Monday, July 4, 2016

Premium Beautiful Expert dan Baju Preloved

Orang yang bahagia bukan lah sebab dia pandai, tapi sebab dia baik -Prof Dr Muhaya-



Alhamdulillah 28 Ramadhan ni dapat lagi berkumpul dengan family tersayang untuk berbuka puasa sama-sama. Konsep kami hari ni adalah potluck. So sal pilih untuk beli satay sebab tak lalu nak redah masuk bazar cari menu berbuka petang-petang hujung ramadhan ni.


Hari ni tetiba terajin pulak naik atas mengemas kain baju. Ye lah dah lama sangat dah sebenarnya nak pilih-pilih baju Damia Danisha yang masih elok lagi untuk di bagi pada sorang kenalan yang siap msg sal lagi before puasa dulu.


"Assalammualaikum..

Anak dara awak x de ke baju kurung n dress masa baby...

Kalau ada sedekah kat kami leh..

Leh pakai tuk raya ni n duk2 umah"




Happy pulak rasanya bila ada yang personally message sal nak kan baju anak-anak. Sebab before this terfikir jugak kat siapa la sal nak bagi baju-baju Damia Danisha yang kebanyakkan nye memang sal sayang sangat. Ye la, banyak sentimental value untuk dapat kan baju-baju anak masa zaman tak cukup makan dulu sampai sanggup simpan baju-baju baby diorang selamat lebih 7 tahun.


 Tu yang kalau boleh nak bagi kat someone yang memang akan happy bila dapat pemberian baju-baju preloved Damia Danisha yang sal sayang ni. 


Lagi membuak-buak happy, lepas dapat hantar by hand sendiri semalam pada kawan tersebut walau cabaran jem tahap dewa masa nak ke lokasi yang dijanjikan tu sangat menguji kesabaran. Happy dia tu sampai bangun pagi ni pun boleh senyum sampai ke telinga ;)


4 jam packing bag by bag untuk bahagikan baju-baju masa Damia Danisha umur 6 bulan hingga 3 tahun ni.


Sebahagian baju sal bagi pada adik sendiri sebab dia ada baby girl. Yang mana baju berpasangan sal bagi kat yang ada dua baby girl, Raeesa and Khayla Sofia... Yang mana baju damia masa dia sorang-sorang dulu sal bagi kat adik yang ada anak gegurl chubby comel Mahirah Habibah. Mesti comel terkedek-kedek diorang pakai nanti.


Dan sebahagian lagi sal bagi kat kawan yang request nak kan baju tu. Alhamdulillah happy sangat rasa bila clear part baju masa diorang 6 months till 3 years ni. 


Lepas ni kena rajinkan diri untuk kemas baju-baju yang Damia Danisha dah tak muat masa 4 years ke 7 years. Banyaknya baju diorang. Bila dah berkemas macam ni kan terus terfikir "Takde, takde duit dulu pun, bukan main mewah lagi aku menyoping ye...memang dasar lupa ukur baju kat badan sendiri rupanya...boleh pulak gaji ciput, hutang banyak tapi berbelanja lebih dari kemampuan" HUWAAAAAA! Uol jangan jadi macam Salleha Roslan yang dulu ye....Please please please... Berbelanja ikut kemampuan. Jangan ikut kemaahuan. Ye, faham, mak mana yang tak suka shopping baju kcantik-cantik untuk anak, sampaikan baju sendiri pun tak berganti pun tak pe. Tapi kalau keininginan kita memang tinggi, why not, tinggikan jugak semangat dan usaha kita untuk jadi orang yang bebas berbelanja tanpa guna credit card ataupun personal loan especially di musim raya ni.


But Alhamdulillah sangat Allah buka kan hati dan gerakkan diri untuk sal keluar dari SIKAP BURUK dulu tu. Sikap yang nak bermewah tapi malas nak usaha untuk mewah. Thank you ya Allah jodohkan sal dengan peluang business online with Top Leaders Circle. Busines yang pada awalnya sangattttt mencabar emosi, jiwa dan raga. Business yang pada awalnya buatkan mata tak cukup tido, otak sarat serabut fikir strategi, badan lemah lunyai bertindak ke sana sini. Tapi hasil dia sekarang Alhamdulillah SANGAT LUAR BIASA HEBAT. Memang tak de jalan senang untuk senang. Kita kena sabar jap di peringkat awal nak senang tu. Kalau sabar tak de, bersedia lah untuk bertabah dengan life yang sama seumur hidup kita.


Alhamdulillah now officially sal happy sangat bila ada dalam lingkungan SURIRUMAH BERKERJAYA LIMA ANGKA. Mean kalau sal boleh, tak mustahil uol pun pasti boleh! Cabaran berniaga di peringkat awal ni sama je cuma yang bezanya adalah perniagaan apa yang kita buat dan SIKAP adalah penentu kejayaan. Bila kita boleh ubah sikap, in shaa Allah kejayaan akan makin dekat dengan kita.




 Jenuh keluar masuk butik Guess Kids kat One Utama tu untuk nak beli baju-baju ni masa dulu.


Kawan kata "Jangan ajar anak pakai baju branded nanti dia terbiasa, kita yang susah"


Bagi sal, ni bukan sebab ajaran parents. Sebab sal sendiri masa kecik pakai baju sepuluh ringgit je setiap kali raya. Tu pun berjalan kaki naik bas pergi petaling street. Dapat baju baru tiga helai cap petaling street pun dah rasa happy sangat masa tu. Jadi kat sini, tu bukan sebab ajaran, tapi kemahuan kita sendiri. Memang sal tak tipu, masa zaman tak mampu dulu sal suka berangan nak pakai baju mahal-mahal ada jenama. Nafsu namanya kan. Tapi tu semua akan muncul waktu kita TAK ADA KEMAMPUAN untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan tu. Tapi once u mula capai apa yang u impikan tu, kita akan rasa biasa je and jadi tak kisah dah lepas tu nak pakai baju mahal-mahal.


Moral of the story, kalau impian tinggi, tinggikan jugak doa dan usaha sekali. Jangan berangan tanpa usaha. Tu bahaya. Bahaya untuk masa depan dan kewangan kita.










 Sayang sangat baju ni. Baby Guess.


 Beli masa Danisha baby. 
Gaji tak sampai 2 ribu masa ni tapi baju nak Guess sokmo. 






 Zara kids.

Ni baju tempah khas.
Kurung Moden for Raya. Ni baju tahun 2011 tapi cantik sangat lagi.



 Ni baju tahun 2010 
Baju mak anak mesti sedondon. Huhuu. Bila baru baru ni ternampak kat FB satu update ni terus teringat diri sendiri masa zaman banyak hutang bank ni.


Ayat dia:
 "Kalau hutang masih keliling pinggang, tak payah nak pakai baju sedondon sangatlah raya tahun 2016 ni" 


Alhamdulillah tak sentap pun baca ayat tu sebab tu bukan sal yang sekarang :D





Mama pun ada baju kurung moden hitam putih ni :D




















Ni baju masa Damia tak de adik lagi. Still cantik lagi baju-baju ni.


Banyak lagi baju sebenarnya, cuma tak sempat nak snap je and tak terkejar dah nak snap sebab jap lagi nak hantar dah baju-baju pada owner baru. Mudah-mudahan diorang happy dapat baju-baju ni.


 Full house rumah tokma bila anak cucu datang berkumpul.


Main bubble yang diorang paw mama semalam kat Taman layang-layang.


Balik kampung lah sangat kan. Happy la tu en husband sebab sal tak bawa almari, tapi bawa paperbag je kali ni :D


Buat anda yang dalam perjalanan balik kampung, sal doakan semoga selamat pergi dan balik. Bawa banyak-banyak bersabar bila di atas jalanraya. Semoga mudah segala urusan kita semua di hujung Ramadhan dan menjelang Syawal ni.

No comments:

Post a Comment