Tuesday, July 5, 2016

Menjelang Syawal 2016

Memang lumrah zaman kekanak kan. Selagi tak raya selagi tu la diorang dok try pakai baju raya. Kita dulu pun kekecik macam ni la jugak. Jangan nak tipu la kan...Hehee.

Baju kurung moden purple ni sal beli kat SACC Mall Shah Alam yang depan PKNS tu. Beli awal ramadhan kat butik jual baju budak. Nama butik ni AdeleaNFriends. Ni link Facebook dia Adelea & Friends... Kot-kot la uol nak cari baju anak-anak untuk raya haji nanti ke kan. So boleh la try ke Adelea and friends ni untuk dapatkan size baju kurung modern, dress and jubah kanak-kanak yang confirm gojes meletop untuk anak dara uol yang range umur dari 1 hingga 12 tahun. Range harga baju kat sini dari RM100 ke RM169 kalau tak silap.


Purple is awesome.
Seronok pulak dia nak jadi part of the flatlay.
Tahun lepas 1st day raya pun purple jugak. Tak tau la nape sal suka sangat color purple lembut camni. Rasa ayu la konon kalau pakai baju color pastel cam ni. Tahun ni baju melayu Muhammad Danish Shafiq mama beli kat kedai baju biasa je. Biar baju beli kedai biasa asalkan mode rasa tetap luar biasa ye Muhammad. Baju Muhammad tu harga dia cuba teka????

 RM16.90 je uol. Nyesal pulak rasa last year terbazir beli baju-baju melayu Muhammad kat Omar Ali. Omar Ali sehelai je dah RM129... Kat kedai baju ni bari 16.90. So better lagi beli yang lebih jimat sebab baju budak ni bukan boleh pakai lama pun. Sampin dia je baru RM6.90 bak hang. Tahun depan confirm badan dia besar dah. Zaman GST and penuh korupsi ni semua orang yang income 5 angka pun nak kena pandai berbelanja sebab kalau dulu 20,000 tu memang kaya dah. Tapi zaman Janji di capati ni 20,000 tu dah macam 2,000 je nilai dia. 







Heehee muka bosan Damia dan Danisha tengok Muhammad tak nak share tengok ipad. Tidooooo esok nak beraya.

No comments:

Post a Comment