Sunday, July 31, 2016

Premium Beautiful Expert Raya 2016

RAYA PERTAMA
6 JULAI 2016
RABU


It is not how much we have, but how much we enjoy.That makes happiness.

Sebelum kita sumbat perut kita dengan macam-macam makanan berlemak dan berminyak yang boleh mengundang pada kemerosotan kesihatan, better find something yang sangat membantu menguraikan segala minyak berlebihan dalam badan. Sal pilih FAT SHOOTER terbaik ni. Celgynic Gold nama dia. Rasa celgynic ni tak de rasa pun. Telan 4-6 biji macam tu je. 

Untuk detail tentang kebaikkan dan kelebihan CELGYNIC GOLD aka PENCUCI KOLESTROL ni, uol boleh ke link ni:


Tahun ni raya dengan ex-boyfriend lagi.
Both of us pakai baju cantik tahun lepas. Baju sal tu dari JOVIAN MANDAGIE Shah Alam Store. Beli last year RM500 je. So this year pun pakai baju yang sama. Sal suka baju Jovian yang ni sebab kain dia tak senang kedut dan cutting dia sesedap rasa. Cuma kali ni sal tambah dengan shawl color contra sket untuk cover part badan yang sewajibnya ditutup. Hakak insaf in shaa Allah. Huhu.

Baju husband pulak dari OMAR ALI. Price Omar Ali baju melayu ni dalam RM250+... Last year baju raya banyak. So this year tak gian sangat nak shopping baju sendiri. Kami lebihkan pada anak-anak. Lagipun sal still ada baju yang tak terpakai lagi.

Ai\r tangan mak. Mak mertua sal memang suka kalau anak cucu datang makan kat rumah. Sebab tu cucu pun suka datang rumah maktok sebab order apa mesti akan dapat punya. Order ngan mama pun dapat jugak, tapi dapat kat kedai la. 

In shaa Allah mama akan usaha luangkan masa untuk belajar memasak. Biar nanti anak-anak dah besar dan berkeluarga, diorang happy je nak balik rumah mama selalu bila tau mama akan masak lauk sedap-sedap untuk anak cucu nanti ;)






















Solat zuhur awal waktu. Before beraya dan lupa diri baik buat dulu perkara paling utama ni.

  With cousins.


Satu syawal 2016

Beraya sekitar Kepong, Kuala Lumpur sahaja.

OOTD
Premium Beautiful memang wajib untuk anak-beranak ni,

Baju Ayah dari Omar Ali

Baju Mama dari Jovian Mandagie

Baju Damia Danisha dari butik Adelea n Friends SACC Mall Shah Alam

Baju Muhammad Danish Shafiq dari pasaraya Karnival Saujana Utama.







RAYA KEDUA
7 JULAI 2016
KHAMIS




Tak lengkap rasa sehari TANPA PREMIUM BEAUTIFUL. Nak maintain pinggang size A4 menegak bukan senang. Nak dapatkan pinggang size A4 melintang anytime anywhere. Hehee.

Biasanya lepas fitting my Premium Beautiful clients, ada TIGA AYAT yang akan keluar dari mulut mereka:

1) "Selesanya nak bergerak...!!!"
2) "Lembutnyaaaaaaa Premium Beautiful ni....!!!"
3) Cantik terus cutting badan saya sal...!!!"

Best kan Premium Beautiful ni. Banyak sangat kelebihan PB Corset ni untuk upgrade keyakinan diri wanita. Tak kira la yang single ke, yang dah kawin ke, yang dah beranak berkali-kali ke, yang dah berusia ke... Tak kisah. Semua peringkat umur pun boleh pakai Premium Beautiful ni. 



Dah sinonim kan, asal syawal je memang akan ada aktiviti ziarah menziarahi. Bukan la sebab budaya, tapi biasanya sebab time syawal ni la kebanyakkan orang bersedia untuk terima tetamu. Ye la kalau bulan-bulan lain majoriti tak berkesempatan nak visit each others. Nak pulak dengan pelbagai komitmen keluarga yang ada kan.

So hari ni kami sekeluarga ke Ampang dan Shah Alam.




 
Yang Familiar lalu sini mesti tau kat mana ni kan :D





Ni mak lang sal. Kakak kepada ibu sal.. Kalau datang rumah Lang wajib minum kopi kaw maklang tau.


Cincin besar gedabak kena pakai supaya match dengan baju :D

Ala beli okat Lovisa One Utama je. Kat situ banyak pilihan accesories bermacam color. Nak senang match, always pilih hitam putih emas silver ;)


 Ni rumah my auntie at Shah Alam. Kami panggil "Cik Melah" Cik Melah ni kakak pada ibu sal jugak sebab ibu anak bongsu dalam family.

Sedap sangat nasi lemak air tangan penuh kasih sayang Cik Melah sediakan untuk kami. Menambah sampai licin lauk-pauk kami kerjakan. Ya Allah cian badan ku kalau tak di jaga dari sekarang. Orang kuat makan dan tak reti control makan ni memang nak kena pakai Premium Beautiful selalu. Biar PB tolong susunkan lemak badan kita dan biar PB yang tolong flush out lemak yang tak patut disimpan lama dalam badan.



" Pak Atan ada kocing nama dia Bingo B I N G O"
Tu lagu favret Muhammad Danish Shafiq. Dan confirm jadi lagu favret anak-anak kecik or anak sedara uol jugak kan. Hehee. Sampai kita pun jadi terikut nak nyanyi lagu kocing pak atan tu.

Tapi kocing ni garang... TAKUTTTTT...


 Sedap ye dik makan homemade nugget tu :D


Ni beraya rumah mertua adik lelaki sal kat Shah Alam seksyen 8




RAYA KETIGA
8 JULAI 2016
JUMAAT

 Hari ni beraya kat rumah abang sal kat Jenaris Kajang.


Dari raya pertama dah plan nak datang sini sebab nak bagi anak dara ni semua puas main dengan cousin diorang.

 Kita kecik-kecik dulu pun macam ni la kan. Keje tu nak main dengan kawan je. 




 Bergambar dengan Puan rumah. Yang baju merah tu la kak ipar sal. Kitorg sebaya. Berkawan dari kecik lagi masa sama-sama duduk kat Flat Taman Bukit Anggerik. Alih-alih jodoh jadi kakak ipar.
 Thank u for having us. Foods semua sedap. Ada sup ikan merah, sambal udang, sambal sotong, spagethi dan macam-macam lagi. Tiga pinggan sal makan uols. MEMANG LUPA DIRI BETUL!



 Muka hampir sama dah. Nama pun sepupu kan. Ni la kenangan Muhammad Danish Shafiq dengan Adam nanti bila dah besar.


Comel je Munirah Habibah pakai baju and jeans Damia masa kecik dulu.



Tuesday, July 5, 2016

Menjelang Syawal 2016

Memang lumrah zaman kekanak kan. Selagi tak raya selagi tu la diorang dok try pakai baju raya. Kita dulu pun kekecik macam ni la jugak. Jangan nak tipu la kan...Hehee.

Baju kurung moden purple ni sal beli kat SACC Mall Shah Alam yang depan PKNS tu. Beli awal ramadhan kat butik jual baju budak. Nama butik ni AdeleaNFriends. Ni link Facebook dia Adelea & Friends... Kot-kot la uol nak cari baju anak-anak untuk raya haji nanti ke kan. So boleh la try ke Adelea and friends ni untuk dapatkan size baju kurung modern, dress and jubah kanak-kanak yang confirm gojes meletop untuk anak dara uol yang range umur dari 1 hingga 12 tahun. Range harga baju kat sini dari RM100 ke RM169 kalau tak silap.


Purple is awesome.
Seronok pulak dia nak jadi part of the flatlay.
Tahun lepas 1st day raya pun purple jugak. Tak tau la nape sal suka sangat color purple lembut camni. Rasa ayu la konon kalau pakai baju color pastel cam ni. Tahun ni baju melayu Muhammad Danish Shafiq mama beli kat kedai baju biasa je. Biar baju beli kedai biasa asalkan mode rasa tetap luar biasa ye Muhammad. Baju Muhammad tu harga dia cuba teka????

 RM16.90 je uol. Nyesal pulak rasa last year terbazir beli baju-baju melayu Muhammad kat Omar Ali. Omar Ali sehelai je dah RM129... Kat kedai baju ni bari 16.90. So better lagi beli yang lebih jimat sebab baju budak ni bukan boleh pakai lama pun. Sampin dia je baru RM6.90 bak hang. Tahun depan confirm badan dia besar dah. Zaman GST and penuh korupsi ni semua orang yang income 5 angka pun nak kena pandai berbelanja sebab kalau dulu 20,000 tu memang kaya dah. Tapi zaman Janji di capati ni 20,000 tu dah macam 2,000 je nilai dia. 







Heehee muka bosan Damia dan Danisha tengok Muhammad tak nak share tengok ipad. Tidooooo esok nak beraya.