Friday, June 3, 2016

Premium Beautiful Live In Tapah, Perak

SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN DDM SAFRIZA AZWANI 
Cantik inai di jari. Teringat sal masa mula-mula kahwin dulu.



Pagi sebelum ke Tapah, Perak.. kami sekeluarga sarapan ala-ala diet dulu supaya perjalanan berjalan dengan lancar.. al-maklum lah cuti sekolah ramai buat kenduri kahwin masa ni confirm RnR penuh warga-warga kota pulang ke kampung halaman..



Damia dan Danisha bukan main lagi bibir merah menyala.. "nak pergi kenduri auntie Safriza kena lah merah menyala" katanya.. 

Tiba saja di Tapah kampung halaman DDM Safriza Azwani.. keseronokan anak-anak terukir.. Terutama anak laki sal seorang ni.. memang Mohd Danish ni ada ciri-ciri 'Kampung Boy' nampak tu dah buka kekuda nak terbang.



Pengantin lama yang dah sepuluh tahun turun pelamin yang rasmikan bergambar dulu kat pelamin DDM Safriza Azwani.



Awat pengantin lelaki duk intai-intai tu.. sabaq yea.




Khusyuk ke apa ni?.. Tenang-tenang.




kedua-dua Ibu Bapa pengantin perempuan tenang menyambut bakal menantu yang pertama..


Berbaju melayu merah ni Tok Imam.. kuat menyakat juga orang nya tapi sporting habiss..

Abgmie pun pernah kena juga..hahaha.. biarlah rahsia hanya yang hadir masa sal nikah dulu saja yang tahu..

Cantik kan pengantin perempuan DDM Safriza Azwani..







Alhamdulillah dengan sekali lafaz Safriza dan Zarul dah sah bergelar suami dan isteri, Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah hendaknya Aaminn.


Saja je abgmie ni ambil gambar tenggolok penganti lelaki.. berkenan kot dulu tak sama..


Muhammad Danish Shafiq nak juga bergaya..


Our Favourite photographer.


Official photographer yang very ohsem untuk hari pernikahan dan persandingan Safriza, Syukur Abas dan Ebi Junaidi



2 comments: