Monday, June 13, 2016

Pengakuan Premium Beautiful Expert Tentang Makeup

Dengar macam propa aje kan bila Sal cakap sal tak reti makeup.


Hahaa... Betul tau, sal memang tak pandai makeup. Jeles tengok orang yang penuh bag dengan make up. Sal eye shadow pun tak de. Eye shadow mainan anak-anak adalah :D


Kali ni nak bongkarkan apa je sebenarnya yang sal biasa pakai setiap kali keluar appointment, jalan-jalan, pergi raya bagai.


Gambar yang kak atas tu baru je restock. Stock raya namanya sebab stok lama dah habis. Sal beli kat Victoria Jackson Shah Alam. Kalau dah berani jejakkan kaki kat Vioctoria Jackson ni, jaga-jaga la poket anda ye. Sebab tak pasal-pasal kita akan jadi pick pocket sendiri... Hahaa terbang duit kat sini aje dah boleh buat bayar duit kete.


Sal suka tahap maksima Ultra Satin Mousse Makeup ni. Sebab senang sangat nak nampakkan muka tu flawless. Just spray 3-4 tempat kat muka then ratakan dengan berus yang sesuai. Jangan la berus sabut pulak dik, naye jadinya.

Victoria Jackson ni memang femes dengan gelaran NO MAKEUP MAKEUP. Yang ni sal setuju sangat! Bila pakai product VJ ni, tak rasa berat pun muka tapi boleh pulak nampak halus je muka walau tak berbedak pun.

Mousse makeup ni long lasting. Tapi kalau nak solat kena bersihkan betul-betul la.


Dah la long lasting, lepas tu improves skin with benefits of a base and foundation.


Blends easily and adheres evenly.


Ideal for daily use, to make skin looks brighter and healthier. Yang ni memang sal akui... Sebab bila pakai mousse VJ ni skin tak rasa berminyak dan tak cepat naik jerawat. Dia melembapkan kulit jugak sebab ada Soy Extract sama dalam mousse ni.


 Ni la dia pencuci make up yang di suruhnya kita beli sekali. Tapi sekali pakai memang tak nyesal. Sebab makeup terus tanggal je lepas lap muka dengan cotton muka tu. Jimat sangat pakai makeup remover ni. Sal beli dari tahun lepas tapi tak abis-abis lagi. Kat sini nampak tak yang sal jarang makeup... Konon... Huhuu.


 Ni base eh orang panggil... Yang ni sal baru je pakai sebab beauty advisor Victoria Jackson tu kata pakai yang ni dulu sebelum pakai Mousse tu supaya muka nampak lebih shinning shinning gitu...


Bila pakai ni dulu, then pakai mousse muka memang nampak lagi flawless. Nampak natural sangat. Yang ni memang betul tau sebab sal dah buat memang nampak natural je.


 Ni keadaan dalaman base tu. Dah tak payah bedak-bedak pun tak pe bila dah pakai ni dengan mousse makeup tu. 


 Yang ni VJ bagi free. Ni la first time sal ada loose powder. Siap tanya dia bila nak kena pakai benda ni sebab serius tak reti. Lepas ni kena masuk class makeup la... Ke ada tak MUA yang nak amik sal jadi model... Boleh la melawa sambil belajar cara makeup.


Ni blusher Victoria Jackson. Padahal dah ada blusher. Tapi bila pakai blusher ni lagi best pulak. Sebab pipi terus nampak naik bila pakai blusher VJ ni. 


Tu je barang makeup sal. Jangan gelak tau. Sal memang terpinga-pinga nak makeup kalau ada red carpet event. Sebab tu asal ada event je memang berdoa yang MUA gojes June Hazy tu boleh makeup kan sal.


Harga Victoria Jackson ni berapa?
Harga VJ ni kalau uol tanya sal masa tak buat business dulu memang sal akan kata "TAK BOLEH TAHAN" 

Harga yang buatkan kita telan air liur jugak la kalau nak keluarkan bajet guna duit gaji. 

Masa nak bayar ni pun, tau-tau tak cukup duit dalam bag. Hahahaaa ingatkan 300 cukup la tapi terpaksa la bocor rahsia kat en suami bila tak pasal-pasal kena call dia datang kat counter Victoria Jackson tu untuk topup separuh lagi duit beli barang makeup ni. Aduhhhhhhh kantoi!


Sal memang jenis tak pegang cash banyak dan kad-kad debit memang bagi en suami yang pegang sebab kalau sal yang pegang memang habis satu counter VJ tu kena sapu. Bahaya tau orang pompuan ni pegang duit banyak-banyak. Orang pompuan ni mudah di goda bila bab-bab nak cantik ni.


 Siap dia goda suruh beli lipstick Victoria Jackson lagi. Beli satu free satu katanya sebab Sal dah beli banyak. Tapi memandangkan hakak pengguna setia lipstik Cozuma keluaran Haio, maka godaan itu berjaya digagalkan.

Yang dalam gambar tu lipstik Cozuma. Siap ada collagen dan ekstrak buah betik untuk gebukan bibir.

Ada biji minyak safflower dan minyak sottonsed supaya dapat bibir dengan kemasan satin.


Ada vitamin C dan E untuk perlindungan bibir.


Ada jugak sualane untuk rasa licin dan ringan.


Harga lipstik Cozuma ni RM44 je. 


Nak try boleh je order dengan hakak ye ;)


Kebiasaan nye jugak sal akan sapu dulu bibir dengan lipstick ikut darah dari DCL ni. Memang bertahun dah guna lipstik fantasiola ni sebab dalam banyak-banyak lipstick, ni yang paling selesa pakai coz dia tak mengeringkan langsung bibir sal. Lipstik ni Ibu sal yang pakai sambil jual. So kalau uol nak order pun boleh je. Mana la tau memang ada pengguna setia lipstik ni jugak kan coz sekarang dah susah sikit nak jumpa orang yang menjual stok-stok DCL.


Ok kalau bab cuci muka memang sal Malas tahap nauzubillah. Sebab tu sejak berniaga ni sal akan spend masa ke facial untuk bagi diorang yang tolong jagakan muka sal. Huhuu maafkan kemalasan ku ini.

Sal memang guna set penjagaan muka Luminez ni dari dulu. Best sangat pencuci dia, toner dia, cream siang n malam dan eye gel luminez ni. Kalau rajin pakai confirm kulit cantik sangat. Tapi disebabkan sal seorang yang tak rajin menjaga muka, maka kulit memang agak kering. That's why sal sambil-sambil tu minum BBPlus collagen supaya kecantikkan dari dalam tu boleh membantu serlahkan seri muka di luar ;)


Sekian saje perkongsian sal untuk topic makeup ni. Thank u uol sudi spend masa baca sharing dari orang yang nak kata amateur pasal makeup pun tak boleh, sebab nye banyak benda yang sal tak tau. 


Thanks sangat kat kawan-kawan FB yang kerap naik kan ilmu-ilmu makeup uol yang memang power tu. Sikit sebanyak sal dapat belajar dari situ.


1 comment: