Thursday, June 30, 2016

Photoshoot at Nabil Nadir Studio with Premium Beautiful Expert Utara

Cuti sekolah ni senang la kakak and adik nak ikut mama belajar dengan Dato Dr Fatma. Pagi ni hari khamis 2 June 2016 kami ke Surau Taman Bukit Mulia Bukit Antarabangsa. Hari ni tak de tafseer just tazkirah sempena Ramadhan yang bakal menjelma.


Best sangat bila dapat duduk kat majlis ilmu macam ni. Dato Dr Fatma kata Ramdhan ni is Intensive Care Unit of Ibadah. Bila 30 hari ni kita biasakan diri kita untuk ubah segalanya ke arah kebaikan, in shaa Allah keluar je dari ICU Ramadhan, kita akan dapat sesuatu yang baru.

Dulu tak berapa feel apa tu ramadhan. Tapi bila Allah makin dekatkan dengan orang-orang berilmu dan beraura positif ni, terus rasa BETAPA BEJSARNYA NIKMAT RAMADHAN tu sebenarnya untuk pendosa macam sal ni. Dalam bulan ni la segala rahmat Allah mudah kita dapat. Dalam bulan ramadhan ni la segala pengampunan dari dosa besar hingga sekecil-kecil zarah Allah Maha pengampun akan beri pada kita. Tapi dengan syarat bersungguh-sungguh la dalam mengerjakan kebaikkan.


Dalam bulan ramadhan ni la ada satu hari yang special di mana takdir kita boleh di ubah. Subhanallah. Ramai kan orang kita yang percaya pada takdir. Bila berlaku sesuatu yang buruk pada diri je mula la kata "Dah takdir aku" "Dah takdir, tak boleh nak ubah".... Ya Allah sebenarnya takdir boleh di ubah melalui kebaikkan amalan kita dan doa kita yang tajam dan bersungguh minta ampun pada Allah. Sebab ustazah Dato Dr Fatma pun ada kata, nak doa mudah makbul, banyakkan minta ampun dulu pada Allah.


 Dato Dr Fatma sebut dalam tazkirah tadi yang bersyukur lah dengan SAKIT Allah bagi. Sebab Spiritual kita akan jadi lebih kuat bila fizikal kita lemah. Memang betul pun, bila sakit la kita ada banyak sangat masa untuk mengadu merintih merengek pada Allah untuk bantu sembuhkan kita dari kesakitan. Sakit itu nikmat. Sihat itu pun lagi nikmat. Tapi bila di uji dengan kesakitan, jangan kita merungut sebaliknya bangkit dan terus gandakan kekuatan.


Don't be afraid of change! It's leading you to a new beginning.

Alhamdulillah happy tengok perubahan demi perubahan pada my protege yang sangat positif ni. Walau busy dengan kerja hakiki dan busy uruskan sendiri TIGA ANAK tanpa bantuan bibik, tapi semua tu tak membataskan beliau untuk transform kualiti hidup sehabis baik.

In shaa Allah impian Yanie untuk bergelar fulltime supermama akan tercapai tak lama lagi. Sebab bila ramai yang terbukti boleh buat, tak mustahil wanita cekal sehebat yanie pun akan beroleh pencapaian yang sama!


The difference between who you are and who you want to be is what you do. And what u have to do to get where u want to be. It may not be pretty or may not come easy but it is POSSIBLE!


With kak Azza ex-Elite.


 Habis majlis ilmu arround 1 pm then solat zuhur terus ke Nabil Nadir Photography di seksyen 7 Shah Alam ni. Ni kali kedua sal ke Nabil Nadir Studio ni lepas buat photoshoot dengan Mia Ziora bulan May lepas.


 Make success a habit not a goal.


 Mode orang yang masih kurang cergas kesan dari demam seminggu. Best pulak tido-tido ayam atas buai ni.


 Confidence may not bring success but it gives power to face any challenge.


video
Di sebalik tabir photoshoot. Sweetnye abang pun join sekali. Very sporting and very supportive.


video


video
Meriah studio ;)




Gambar sepenuhnya boleh pergi ke link PB Expert Perak ni di link kat atas ni.


 Always remember that if u fall, i will pick u up. You're are fighter dear. Just move forward.



Cute lil girl, Hanah. Pandai posing ni.


Hanah and Danisha. Dua-dua anak nombor dua.


Diorang pun dah jadi best friend forever dah pulak. Damia Hanah and Danisha.


After seharian siang ke majlis ilmu dan sesi photoshoot my dear partner di Shah Alam, malam pulak luangkan masa ke rumah my mentor.


Better spend a life with who make u happy not who u have to impress. Create a life that feels good on the inside, not one that just looks good on the outside.






Wednesday, June 29, 2016

Premium Beautiful Expert at The Everly Putrajaya

 Hari ni 1 June 2016 hari Rabu destinasi kami sekeluarga adalah di The Everly Hotel Putrajaya.

Cuti-cuti sekolah ni dalam mind anak-anak memang hotel aje la. Sebab ada kolam. So tak kisahlah mereka di bawa ke mana sekali pun, asalkan ada kolam, tu dah cukup buatkan anak-anak happy sangat.

Minggu ni pun minggu tak sihat sal. Dah lama sangat-sangat tak demam seteruk ni. Demam yang memang tak boleh nak bangun n buka mata. Kerja sal nak tido je. Terasa sangat bila nikmat sihat tu Allah tarik sekejap. Tapi maybe Allah pun nak sal rehat kejapkan sebab kalau tak sakit memang tak reti duduk diam. Alhamdulillah hari yang ke Everly Hotel Putrajaya ni boleh la jugak gagahkan diri bangun and demam pun dah kurang. Tinggal selsema pulak yang datang menyerang.


 Enam sekawan lepas puas tak puas la mandi kan. Terpaksa naik pun sebab hari dah hujan.

Dari Kiri ;
Damia, Hanis, Hakim, Hanah, Muhammad Danish Shafiq, Danisha.


 Alhamdulillah Muhammad pun makin berani dah berendam dalam pool. Kalau tak dulu dia yang paling penakut.

Takut tu normal. Takut akan hilang bila kita dan observe orang lain buat dan berjaya, so why not kita pun take a challenge untuk cuba buat perkara yang sama. Sebab bila berjaya buat, kita yang happy. If kurang berjaya, improve dan practice lebih lagi.

Sal suka relatekan Motivation dengan sikap anak kecik. Sebab budak kecik kalau kita tengok, diorang tak pernah fikir benda yang diorang nak buat tu salah ke apa selagi diorang tak cuba, yang diorang tau, diorang mesti kena cuba dulu. Dan bila jatuh ke, rasa sakit ke, dari situ diorang akan belajar dan beringat. Ada tu, even dah jatuh berkali-kali pun tetap cuba buat lagi. Dasyat kan semangat budak kecik.


Damia dah boleh masuk kolam orang besar dah kakak :D

Danisha makin pandai swimming. Nak-nak buat kuak lentang. Well done adik. Dalam family memang kami panggil Danisha ni ADIK. Sampaikan Muhammad yang kecik tu pun panggil dia adik.



 Ala sayang mama. Budak bijak yang alhamdulillah boleh mendengar kata. Dia tau tu, jangan main kat kolam orang besar, bahaya kata dia. Dan memang bahaya pun, sebab tadi ada detik cemas bila ada budak lelaki lemas tapi berjaya diselamatkan lepas budak tu main dekat dengan kolam orang dewasa.

Buat parents yang bawa anak ke kolam atau mana-mana pusat mandi manda, please aware, mata kurangkan tengok phone. Lebihkan mata kita untuk perhatikan gerak geri anak-anak kecik especially yang ligat tak boleh nak control. 

 Peace.

 Geng Muhammad, Abang Hakim. Abang Hakim ni bijak sangat. Petah bercakap dan matang kalau ikutkan umur dia yang baru 7 tahun tu.

 Anak bongsu PB Expert Puan Yanie. Hanis.

 Kolam dewasa dengan kanak-kanak tak de borders kat The Everly Hotel ni. So memang la kena liar sikit mata tu bila anak-anak duduk main kat tembok pemisah kolam tu. Masa budak tu lemas tadi, sal dah campak kasut dah nak terjun... Hahaha kelakar pulak bila ingat balik. Kalau dah detik cemas tu, memang tak sempat nak fikir, tindakan yang ke depan dulu.



Ramai jugak hari ni walaupun hari biasa. Maybe sebab cuti sekolah kan. 



 Business discussion di mana-mana pun boleh berlaku. Sebab nak cerita gosip retis ke apa dah tak de feel sejak kepala kaki tangan badan busy dengan urusan business. Sampai artis apa yang kawin, beranak cerai couple semua kami tak tau dah. Bila ada yang bercerita, memang ternganga aje la dengar.


 Seronok bersembang dengan puan manager TM ni.


 Bila duduk dengan orang yang positif, kita yang sakit ni pun boleh cepat sihat.


Dah siap mandi dah. Diorang sambung mandi pulak dalam bath tab bilik air hotel. 


Before ke class mingguan Dolomite yang terakhir sempena sebelum Ramadhan 2016, Kami berkampung dulu dalam bilik hotel. Lepas mandi jadi lapar pulak budak-budak berenam tu. Nasib baik la ada pizza drumet, boleh la buat alas perut.


Interior dalam Everly Putrajaya ni cantik jugak. Dia lebih kepada moden kontemporari.


Alhamdulillah sampai Dolomite Academy dah. 
Thank you abang-abang yang setia menunggu isteri masing-masing menuntut ilmu. 


Nak berjaya memang kena ada ilmu. Nak ilmu kena berguru. Dalam berguru tak boleh cepat jemu. Bila cukup konsisten buat satu persatu, In shaa Allah kita sendiri yang akan laju dan makin maju.


Let's fight for TIME FREEDOM!











Tuesday, June 28, 2016

Premium Beautiful Expert nak berbuka puasa Ramadhan di Kelab Saujana Utama





Hari ni hari ke dua bulan Ramadhan 2016. Before keluar fitting Premium Beautiful pada client di Subang Bestari, datang Kelab Saujana Utama ni dulu untuk booking and buat payment untuk Iftar dengan family minggu terakhir cuti sekolah ni.

Outfit Of The Day. 

Shawl : Arzu
Top : White top Burberry
Pant : The Element
Shoe : No Brand :D


Damia

Danisha

Danish


 Explore kawasan Kelab Saujana Utama.

 Alhamdulillah pool Kelab dah cantik dan bersih sekarang ni. Nak suruh diorang terjun tak sempat dah sebab mama nak pergi fitting client PB kat subang pulak.


 Actually sepanjang cuti sekolah ni kami semua di beri nikmat demam panas. Dari sorang ke sorang yang lain pun berjangkit. Yang paling kesian kena Muhammad la. Memang bila anak-anak tak sihat, perhatian yang penuh akan di beri sehabis baik pada mereka. Alhamdulillah dah dua tahun mama ayah tak perlu terkejar-kejar amik MC dan apply EL untuk makesure anak-anak dijaga rapi sepanjang demam panas.

#PentinyaTimeFreedom



Lepas selesai urusan booking iftar di Kelab Saujana Utama tu terus ke sini untuk fitting client cash Premium Beautiful. Tinggi lampai orangnya. Lemah lembut je. Lepas bersalin ceasar terus client ni decide nak pakai Premium Beautiful.

 Then bawa triple D ke Tesco Mutiara Damansara pulak nak beli vacum sebab esok ada pembantu rumah nak datang kemas rumah and vacum pun dah rosak so kena la beli baru terus.


 Bila dah berani bawa Damia Danisha Danish keluar rumah, mean kena bersedia la untuk berani keluar duit belikan apa yang diorang idamkan. Tak bagi tak sampai hati...Kesian takut kempunan. Nak pulak kalau bab makanan. Apa yang diorang teringin nak makan, sebolehnya bagi aje la selagi ianya tak memudaratkan.


 Keep calm and shop on.


Nak beli vacum aje la konon kan. End up macam-macam beli. Vacum tu hanya la alasan terbaik untuk buatkan husband lembut hati nak bawa pergi tempat shopping.


Sebab tu kefahaman membeli belah lelaki dan perempuan berbeza.

Lelaki : Lepas beli, belah.

Perempuan : Lepas beli, masuk kedai sebelah :D