Monday, May 2, 2016

Photoshoot With Mia Ziora


Perbualan di antara Intan Nurdamia @ Maisarah (5 tahun) dengan mummynya:

Mummy: Maisarah main apa tu?
Maisarah: Main butik butik.
Mummy: Butik apa tu?
Maisarah: Sara ada butik, 4 orang pekerja. 2 lelaki 2 perempuan.
Mummy: Amboi banyaknya pekerja Maisarah?
Maisarah: Semua tu model.
Mummy: Wow..butik Maisarah nama apa?
Maisarah: Ziora! (dengan spontan) ... 

Subuh 19 Julai 2014, adik Intan Nurdamia @ Maisarah pergi mengadap Ilahi setelah bertarung dengan Muscular Dystrophy. 

Dan 2 tahun kemudian, impian beliau direalisasi oleh ibunya sendiri Puan Masni Salleh.

Mohon kenalan kenalan "like" page MiaZiora (www.facebook.com/ZioraCollection). 
@miaziora

RESELLERS / WHOLESALLERS WANTED.
#MiaZiora #Shawl #InstantShawl #Handmade

<- font="" nasi="" tambah.="">



video


Hari ni hari Pekerja 1 May 2016. Tapi pagi-pagi lagi sal dah keluar bekerja untuk bantu cousin untuk project shawl raya MIA ZIORA. 

Makeup macam biasa, dari MUA KL kegemaran sal iaitu student Tiar Zainal, June Hazy. Sorry June, Pagi-pagi dah gegarkan rumah June untuk dapatkan sentuhan emas Professional make up sorang ni.


Behind the scene.

Yang pakai black shawl tu Founder Mia Ziora. She is my beautiful cousin Puan Masni Salleh.

En photographer yang comel tu pun my cousin jugak, Joy Rudy.

White studio ni Nabil Nadir yang punya. Bukan hakak punya tau. Hakak datang bawa badan je untuk di photoshoot bersama dua orang si cantik manis yang lain.

Next time boleh la bawa geng PB Expert shooting kat Studio Nabil Nadir ni pulak.


Almost 3 hours jugak 3 ketoi comel lote ni teman mama kat Nabil Nadir Studio Shah Alam Sekyen 7 ni. Nak bagi diorang duduk diam terutama yang hero korea tu mama wajib bawa ipad supaya dia boleh layan youtube tobot policar bagai dia tu. Tapi tu pun tak jugak, masa mula-mula tu tak duduk diam jugak Muhammad tu. Hari ni tak dapat nak tinggalkan kejap Muhammad dekat Mak sebab Mak pergi Parit Buntar so perlu la mama usung sekali budak yang sel otaknya sedang berhubung.



Ni la dia rupa lepas 8 pagi di make up kan.


Breakfast dulu kat Old  Malaya Kopitiam. Studio Nabil Nadir ni sebaris dengan kedai makan ni.


Hehee sibuk tau Budak-budak ni nak berselfie sekali. Dah la semua pun tak mandi lagi. Subuh tadi terus usung je masuk kereta. Sampai sini baru diorang semua bangun.



Sampai-sampai je terus pakai instant shawl Mia Ziora yang ni.


First time sal pakai style shawl macam ni.


Menarik jugak rasanya kalau lepas ni pakai style hijab macam ni pulak kan. Lagipun senang, pinless. Sarung kan aje dah siap.


Siap dah sesi Photoshoot.


Bergambar dengan Founder Mia Ziora dan model-model yang cecomel semua ni.


It's a wrap. Thanks kak Mas for having me.


Lunch together. 
Yang baju hitam tu Nabil Nadir. Yang Baju putih tu Joy Rudy. Dua-dua ni anak muda yang berwawasan. Salute la! Hakak dulu baya-baya uol still fikir enjoy lagi. Tak nampak pun masa depan. Huhuu. So jangan jadi macam hakak ye. Thumbs up la to both of u Nabil and Joy.



Melayan Muhammad Danish Shafiq minum. Muhammad ni kalau ikut mama pergi mana-mana confirm dia akan suruh beli any toys punya. Mesti! Asal ada sudah tak kisah la kecik ke besar.


Thank u dik min ajar Damia makan sandwich guna pisau and garfu. :D

And thank u Kak Mas belanja kami lunch.
Semoga Mia Ziora akan berkembang maju dan makin success.


Facebook and Instagram : Mia Ziora






Jom tengok koleksi Raya 2016 dari Mia Ziora Collection.

 Ada Tiga design semua nya. Dan every design got 12 colors.



























 






































No comments:

Post a Comment