Friday, April 15, 2016

Osaka, Kyoto, Kobe Japan 2016

Allahu sal ni memang ada penyakit lambat nak update entry kisah melancong ke oversea. Almaklumla, setiap kali pergi trip lupa diri kejap sebab teruja dengan kecantikkan syurga dunia. Serius cakap Osaka Jepun memang cantik dan tenang walau risiko gempa bumi sentiasa ada setiap saat dan ketika.


Seronok bermusafir. Seronok dapat melancong FREE lepas berhempas pulas kerah idea dan keringat dalam berniaga. Pendek kata buat business ni memang best.


 Jangan fikir apa kita dapat, tapi always fikir apa yang perlu kita buat untuk upgrade life diri kita dan orang sekeliling kita.


Muka mama ni memang always keluar masuk pejabat untuk amik Damia keluar awal dari sekolah. Almaklumla Damia sekolah petang, nak tunggu balik pukul 6.30 tu macam Ya Allah, lambatnya. So tu yang hari ni amik awal sikit dalam pukul 5 sebab nak terus shot ke KLIA untuk berlepas ke lapangan terbang Antarabangsa Kansai Jepun.

Destinasi yang bakal di tuju adalah Osaka, Kyoto dan Kobe. Terima kasih Sahajidah Hai-o sebab seperti biasa memberi pakej percutian lima bintang buat usahawan cemerlang.


Tour agent kami, seperti biasa dan semestinya GOLDEN TOURWORLD TRAVEL (M) SDN BHD.


Flight penerbangan pergi dan balik adalah Malaysia Airline MH052 dan MH053


Waktu berlepas dari KLIA ke Osaka pukul 11.50 malam. Dan mendarat semula di KLIA pada hari sabtu 27 February 2016 jam 6 petang. And the best part dari MH053 tu, sal suka sangat-sangat dengan cara landing pilot MH53 tu. MEMANG PERFECT LANDING! Semur hidup naik flight, ni la cara mendarat paling terbaik abad ini. Well done Mr Pilot. I lupa la nama u. Tapi Encik pilot memang terbaik la. So uol kalau nak ke Osaka naik la MH053 ye. Hehee.


Damia dan Danisha memang tak pernah miss hantar mama travel for FREE.

Dari Vietnam, Korea, Gold Coast, Shanghai, Austria, Hungary, dan kali ni ke Osaka pula. In shaa Allah untuk kakak dengan adik nanti mama hadiahkan pakej umrah dan travel ke Hong Kong Disneyland ye.


Sambil tunggu team Top Leaders Circle yang lain check in luggage, kita lepaks sini dulu la with another TLC Master Trainers. Sal bawa dua luggage besar kali ni sebab satu bag full with winter coats dan satu lagi full dengan boots. Huhuu tak sampai Osaka lagi berat bag dah cecah 28 kilo. Pengsan!


So maknanya kat Japan nanti jangan berangan nak shopping berat-berat sangat ye CDM Salleha.


After urusan imigresen weol makan dulu kat restaurant GrandMamas KLIA ni untuk melepaskan rindu makan nasi goreng kampung sebab kat Jepun nanti sure non stop makan sushi je.


For Grand Mamas KLIA, Hope u dapat upgrade lebih sikit service u. Tak proper la kalau service client lambat and tak nak senyum, especially the manager i think. Please la Malaysian, maniskan diri anda dengan senyuman ;)


Ready to fly. 


 Duduk dengan roomate.


 Alhamdulillah MH052 selamat mendarat di Kansai International Airport lepas 6 Jam penerbangan di udara... Dan alhamdulillah sepanjang penerbangan segalanya dipermudahkan. Sekarang pukul 6 pagi. Waktu malaysia dengan Jepun tak lari jauh pun. Beza sejam je.


 Lepas dah gosok gigi, cuci muka, baru la syok nak bergambar dan bervideo.


 Destinasi pertama kami di Kyoto. Gion Street.
Dari Osaka nak Kyoto amik masa dekat dua jam. Suhu kat sini antara 0-9 celcius. 
 Jalan raya kat Jepun memang tenang. Setenang warga penduduk Jepun. Siapa yang datang Jepun mesti akan rindukan Jepun bila balik Malaysia sebab budaya HORMAT DAN BERBUDI BAHASA mereka tu bagi sal sangat tinggi nilainya.


Bayangkan, dari imigresen lagi kami di layan dengan penuh lemah lembut dan senyuman. Part akhlak mereka dalam menegur sapa, memang sal bagi A plus la. 


 Friends a like star. They come and they go, but only the true ones glow.












Ni tatacara adab dengan Geisha kat Gion Street, Kyoto Japan. Apa  makna Geisha? Maksud Geisha ni adalah "Entertainer" tradisional masyarakat Jepun. Mereka sekadar penghibur.






 Once a year, go someplace you've never been before.





Business trip kami ni memang tak sah kalau tak dihidangkan dengan makanan halal dari pagi, tengahari dan malam.


Lunch ni kami di bawa makan di sebuah restaurant halal di Kyoto. Wadihana Malaysia Halal Restaurant nama dia. 

 Lelaki Jepun yang berbaju hitam tu Owner Restaurant ni. 


Muka sejuk campur lapar. Dapat pulak roti canai bom, kuah kari ayam power dengan teh tarik kaw memang terbaik lah! Rupanya harga sekeping roti boom yang Sahajidah Hai-o belanja kami ni berharga 1000 yen bersamaan RM40 sekeping. Makan punya la sampai 3 keping. Patut la sedap. Makan free yang berharga ratusan ringgit. Syukur Alhamdulillah sebab Hai-o memang tak pernah kedekut kalau dalam bab belanja makan ni.


 Bersama urus setia Restaurant Halal di Kyoto ni. They're Malaysian. Dan yang cantik tu memang Japanese.


 Jangan risau kalau ada yang nak mencuba makanan sedap Malaysia Jepun ni di negara kita sendiri.

Uol boleh la terus ke cawangan Wadihana Restaurant di Bandar Baru Bangi. Alamat Wadihana Malaysia ni seperti yang sal share kat bawah ni:

No. 25, Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Malaysia


 Restaurant dua tingkat. Kami nak balik dah. Alhamdulillah kenyang sangat. Puas hati dapat makan kat sini. 

Jangan lupa singgah Wadihana untuk uol yang tercari-cari kedai makanan HALAL di Jepun.



 Lepas makan tengahari kami di bawa ke pertunjukan Kimono.


Cantik-cantik kimono ni semua.

 Ayu je berkimono.


 Lepas tu kami di bawa ke Tempat wajib pergi kalau datang ke Osaka Jepun. Ramai betul orang hari ni.


 Kat Kiyomizu Dera Temple ni memang tempat tumpuan pelancong dan orang Jepun sendiri sebab kat sini bagi diorang macam tempat keramat la untuk segala doa.









Temple tertua di Kyoto Jepun, Dengar kata dah berusia hampir 1000 tahun. Dan paling unik bila Kiyomizu-Dera Temple ni di bina TANPA SEBARANG PAKU. Scary pulak bila tau. Huhuu. Tapi Alhamdulillah selamat je panjat atas temple tu walau pada mula nye MALAS naik turun bas sebab tengok banyaknya tangga. 

Temple ni juga adalah salah satu antara yang tersenarai dalam UNESCO Heritage Site.


Cantik gadis-gadis Jepun ni. Diorang sendiri pun suka datang sini untuk memenuhi hajat dan kepercayaan agama mereka. Kat bawah tu jugak ada air untuk di minum. Bagi mereka, siapa yang minum air tu, mungkin segala hajat akan ditunaikan. Erk.

Saya tak minum ye. just amik video je.


Air ni la yang dikatakan air keramat diorang tu.

Bunga sakura yang famous di buat minuman. Kalau kat Jepun, bunga sakura ni memang dijadikan simbol kecantikkan.

Khasiat bunga sakura ni memang terbaik sebagai antioksidan dan anti radang pada kulit. Kat Jepun bunga sakura ni memang diorang buat minum, buat bedak, lotion dan sabun mandian bagai la.


Dinner sebelum balik hotel lima bintang yang di taja exclusive oleh Sahajidah HOM untuk usahawan cemerlang yang berjaya ke Osaka Japan secara percuma.



Makin malam makin sejuk, sejuk sampai ke tulang. Lepas makan kami di bawa ke Imperial Hotel Osaka



Best kan, buat buat buat. Dapat. 

Alhamdulillah. 
Jangan pernah lelah dengan cabaran.
Kerana Allah akan bagi ganjaran setimpal usaha. Allah tak tengok result tapi Dia tengok usaha kita. Selagi di beri kudrat, usaha sehabis baik.

Orang buat baik, kita buat lagi baik. 
Orang buat tak baik pun, kita bagi dia yang terbaik.


No comments:

Post a Comment