Wednesday, April 27, 2016

Aktiviti CDM Salleha Roslan bersama Premium Beautiful beliau di hari selasa


Focus.
Jom try buat latihan ni dengan Sal :)


Cuba fikirkan tentang peti ais... 

Macam mana la kan bila kita fikirkan tentang peti ais, memang muncul bayangan image peti ais tu? 

Ni semuanya sebab otak kita ada sel-sel otak yang sangat banyak tak terhingga yang mana bila kita fikirkan sesuatu, maka akan terlahir lah image tersebut.

Maknanya kita boleh kawal apa yang kita nak lihat dalam minda kita sebab Minda kita mempunyai power yang cukup luar biasa hebat. Subhanallah.

Sebab tu selalu lah fikir kan yang baik-baik sahaja kerana apa yang kita fikir, itu lah yang kita akan tarik. Minda kita ni Allah dah anugerahkan sebagai magnet yang kuat. Semoga kita sentiasa menarik perkara yang positif.


 Semalam selasa 26 April 2016 kami terbang ke Osaka untuk melihat bunga-bunga sakura yang kembang cantik dengan color Pink.


Hehee... Acah je... Ni kat AEON Shah Alam. Best tau jalan-jalan kat shopping mall bila hari berkerja ni. Tapi Sal tak de la datang sini untuk buat kerja. 

Sal datang Aeon Shah Alam ni untuk happykan anak-anak syurga ni. Lagipun solat kat Aeon Shah Alam ni memang the best location (Kalau hari biasa lah) sebab setiap level ada surau yang bersih dan cantik. Almaklumla surau kat sini setiap hari akan di renew Telekung nye untuk keselesaan pelanggan. Tabik spring la dekat pengurusan AEON Shah Alam.


 Sebelum tu Sal ke Kelana Jaya dulu untuk urusan Premium Beautiful. Sambil tu singgah makan kuih dan rojak kat warung depan Tadika Al Husna ni di area Kelana Jaya tu jugak. 

Sal gerenti kalau uol datang gerai ni pun uol akan rasa macam nak tapau semua kuih makcik ni.

Punya la sedap makan sampai lupa nak sharing location dan amik nama gerai makcik ni. Tapi kalau uol teringin nak try, just search aje la Tadi Al Husna Kelana Jaya.

Makan punya makan, cecah RM30+ jugak la semuanya walaupun makan rojak dan kuih je..Hehee.. Duit sekarang tak sama macam RM30 tiga puluh tahun lepas. Apa pun naik...apa pun tak boleh...huhuu.. Yang boleh, ubah aje lah. Ubah tahap ekonomi keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak ubah, siapa lagi? 



 Lepas tu ke HQ Klang untuk memenuhi permintaan pelanggan. Rata-rata client Alhamdulillah semuanya dari Blog. Terima Kasih buat semua pelanggan yang tak putus-putus repeat order.

Yang dalam gambar tu semua stock kegemaran ramai.
Premium Beautiful Corset
Bio Ever Plus
Mineral Coffee
JTX Oil 1000
Ibu Minyak JTX
Femi 9
Marine Essence Toothpaste

Kalau uol nak order semua superbrand product ni dari sal boleh je jangan segan-segan contact no ni 011-1631 1641


Alhamdulillah pagi-pagi rezeki dah masuk.
Kalau uol nak tau, business online yang sal buat dari 4 tahun lepas ni memang sesuai sangat untuk orang-orang yang tak cukup masa. Dulu pun sal buat part time je business ni. Alhamdulillah sekarang dah boleh uruskan kerja dari rumah je.



 Lepas ke HQ terus ke Aeon Shah Alam ni ha. Dan macam biasa sampai shopping mall confirm kena paw. 



Bila anak dara dah makin besar nak remaja... :D
Nur Damia Shafiqa Binti Halmie
9 Years.
Cita-cita nak jadi usahawan jutawan dermawan. Aamin.. In shaa Allah dari impian pasti akan jadi kenyataan.


 Lepas solat dan makan sambung jalan. Bila berjalan tu confirm la kaki ni nak jugak masuk kedai-kedai baju kan. 


Ada satu dress putih bersih yang sal berkenan. Harga pun murah je dalam RM139 satu. So amik je la satu dari termimpi-mimpi malam kang. Ikutkan sal nak size XS tapi size tu dah habis.

Alhamdulillah lah dah habis. Tuhan tu nak suruh pakai baju yang longgar sikit. So sal beli je yang size S. Walau agak longgar tapi ok la asalkan dapat Plain white dress Benang Hijau tu.

Actually Hana Basic Jubah putih dari Benang Hijau ni Sal nak pakai masa sesi photoshoot  dengan one of newbrand shawl ahad ni.


Muka puas hati dapat baju baru. 


 Lepas happy dapat baju baru, terus bertambah happy bila dapat fitting Premium Beautiful Corset pada another mother of three di Alam Suria Puncak Alam.


 Walaupun client cantik manis ni dah 12 tahun pakai PB Corset, tapi explanation yang details tentang Premium Beautiful perlu diberikan kerana kami di Top Leaders Circle sentiasa di latih sebagai Agent PB yang bertauliah dan mementingkan service before dan after sales.


Selamat menikmati keistimewaan set PB Corset kedua anda wahai client yang cantik manis. Tersenyum manis client ni bila PB baru mula melekap pada badan beliau.


 Dan terima kasih buat tuan n puan rumah sebab sudi menjamu kami dengan hidangan minuman panas dan siap bekalkan Buah Berangan lagi. 

So pagi rabu ni memang sal duduk lepak-lepak dengan anak-anak sambil makan buah berangan. Sambil tu berangan jugak lah nak capai apa dan apa untuk masa depan yang lebih baik lagi.



Sambil-sambil tu izinkan sal untuk berkongsi sikit ilmu yang tak seberapa ni...

Semoga setiap perbuatan kita sentiasa mengharapkan penglihatan dari Allah iaitu sifat Muraqabah... Bila kembali menemui Allah esok yang Allah lihat adalah apa yang ada dalam jiwa kita, tingkatkan kebersihan hati untuk mencari cinta Allah.

Tanamkan dalam diri untuk jadi baik, untuk jadi ahli syurga walau sejahat mana pun yang pernah kita kerjakan dalam hidup kita. 

Pastikan percakapan kita lebih kepada melihat diri, membuat perubahan diri, dan tidak suka menyalah, mengata, mengutuk dan menghina orang.

  Sebab setiap penghinaan yang kita buat hari ni akan kembali pada kita di dunia dan di akhirat. Jaga akhlak kita.


Ada 4 perkara yang kita perlu tanamkan dalam diri untuk istiqomah. Tinggalkan apa yang dilarang. Konsisten buat sesuatu yang baik walau sedikit tapi berterusan.

1) Cinta pada Allah. Bila cinta pada Allah kita tak perlu cinta manusia, kita bebas dari penghargaan manusia dan tak kan merasa takut bila di cemuh.

2) Kita hanya cari redha Allah. Apa-apa kita buat ni jangan sekali kita rasa suka di puji dan takut di keji, yang penting Allah redha pada kita.

3) Jadi kan diri kita sebagai orang yang rindu mati dalam iman dan yang kita inginkan hanyalah husnul khatimah.

4) Jadikan hati kita ni rindu untuk bersama dengan Nabi dan para sahabat di syurga nanti. Masha Allah. 

Ni semua 4 perkara yang perlu ditanam dalam diri untuk jadi kan hati sentiasa bersih.


Pstttt.. Sal bukan ustazah. Tapi tak salahkan kalau berkongsi apa yang kita faham dan sedang amalkan. Semoga kita sama-sama mencapai kebersihan hati untuk mencapai redha Allah ;)



Salam sayang,
CDM Salleha Roslan

#PremiumBeautifulExpert
#MotherOfThree
#TLCMasterTrainers


5 comments: