Monday, February 22, 2016

Majlis Kenduri Doa Selamat Dolomite

Berpeluang beramah mesra bersama icon network No 1 Malaysia CDM Hajah Siti Rohana.

Bekas seorang guru sejarah. Sekarang dah hampir 15 tahun kak Ana dan Abang Lan berniaga. Nampak sangat company pengeluar Premium Beautiful ni sangat kukuh dan stabil hinggakan ramai yang kekal berniaga berbelas tahun.

Alhamdulillah sal antara yang terpilih terima jemputan untuk ke majlis kenduri doa selamat Dolomite malam ni. Dapat je mesej dari CDM Abg Lan terus rasa happy sebab majlis yang diadakan ni bertujuan untuk memanjangkan kesyukuran pada Allah atas limpah rezeki yang tak putus-putus Allah berikan pada kami semua. Dan majlis doa selamat malam ni jugak bertujuan untuk beramah mesra antara sesama CDM-CDM Dolomite. 

Betul jugak, bila saling kenal, nak bertegur sapa pun tak de la rasa segan sangat. Bila tak rasa segan, nak berkerjasama pun mudah je kerja. Nak pulak dengan Usahawan-usahawan senior yang dah berbelas tahun berniaga dalam bidang business ni. Tunjuk ajar dan aura mereka sentiasa sal perlukan untuk terus kekal bertenaga dalam terus mendaki ke puncak jaya.

Sal jatuh cinta 200% dengan business ni sebab sal banyak di beri tunjuk ajar supaya sentiasa meletakkan diri kita di lapisan kedua. Maknanya, sehebat mana sales kita, sebesar mana kumpulan kita, pastikan kita sentiasa merendahkan hati untuk tak sesekali sombong dengan pencapaian yang ada. Tak hebat mana pun kita tanpa huluran tangan dan contoh-contoh terpuji dari pemimpin-pemimpin terdahulu yang dah makan garam dulu dari kita. 


With CDM Izyan Liyana aka Kak Along TLC.

Kami sampai awal. 
Both from area Shah Alam. Untuk permintaan Premium Beautiful area Shah Alam dan Puncak Alam memang kami antara kakak kawasannya. Jadi sekiranya uol antara peminat corset, boleh je contact sal untuk free fitting Premium Beautiful di serata lembah klang. Even uol yang di luar lembah klang pun tetap boleh request untuk sal datang fittingkan Premium Beautiful :)


 Malam ni kami perform lagu nasyid. 

Hahaa tak lah. Tersama pulak jubah sal dengan CDM Idola malam ni. Teruja tengok CDM Zalina pun pakai jubah yang sama dari SuciByYattHamzah ni. Frekuensi sama kan, that's why pakai jubah pun tersama. 

Kak ina ni pun antara CDM Senior yang dah belasan tahun berniaga dalam bidang business ni. Cekalnya beliau dan CDM Ramzi dalam mempertahankan kejayaan mereka dan kejayaan kumpulan.

Malam ni kami solat diimamkan sendiri oleh CDM Haji Azlan Deraman. Tapi sebelum solat jemaah bermula, kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh CDM Ramzi yang membacakan ayat-ayat suci alquran dan zikir-zikir memuji kebesaran tuhan dengan penuh merdu. Masya'Allah lunak sungguh alunan suara pemimpin kami.


 Maghrib kami berjemaah. Lepas solat fardu maghrib, kami bersama-sama buat solat hajat dengan merendah hati memohon segala kebaikan untuk seluruh team Dolomite.

Lepas solat, tanpa sengaja mengalir air mata semua jemaah semasa bersalam-salaman lepas solat. Rasa eratnya ukhwah kami bila disatukan dalam majlis macam ni. 


 In shaa Allah suasana ni akan kerap dilakukan di Dolomite dengan niat supaya setiap usahawan sentiasa erat berukhwah dan sentiasa bersaing sihat antara satu sama lain.


Damia gigih salin nota dari tazkirah yang disampaikan CDM Abg Lan pada kami semua. Ciri-ciri pelapis jutawan Premium Beautiful terserlah.


Lepas selesai solat dan sesi berkongsi ilmu oleh CDM Abg Lan, kami dihidangkan dengan makanan hasil air tangan CDM-CDM Senior yang baik hati di bawa ke majlis doa selamat Dolomite ni. Terima Kasih CDM Abang Lan untuk kambing golek ni. Sedap sangat kambing pilihan mentor kami.


 Berkali-kali tambah. Get ready la control kolestrol masing-masing ye. Balik ni kena lebihkan sikit dos Garlic tablet .


 Makan kambing memang sinonim dengan makan sayur. Hehee.


 Rendang ayam. Sedap nya air tangan CDM Cik Cida.


Yang ni pun sedap sangat. Ya Allah, tak tau la berapa kilo sal makan malam ni. Sebab memang tak boleh control nafsu makan bila dah di jamu dengan makanan hasil air tangan sahabat-sahabat CDM.


 Sambil makan tak sah kalau tak tercerita tentang business. Bila dah business minded tu, bab gosip artis memang tak ke laut dah. Asal berkumpul mesti sentuh bab-bab business dan strategi untuk mantapkan kumpulan. Suka dengar my mentor CDM Salha bila bercerita tentang business sebab apa yang keluar dari mulut beliau sentiasa buatkan sal rasa nak pergi buat aje la tanpa banyak bunyi.


 Macaron Tower with cake ni special ordered from Wahdi_le.choutte.macaron
Thank you very much CDM Salha Zain dan CDM Alfaath untuk macaron cake yang berharga 400 ringgit ni. Rasa sayang pulak nak makan.

Uol yang nak order macaron cantik dan sedap dari Wahdi ni boleh la contact no ni 016-212 6254 (Zain) Bukan Zain suami Che Ta tau. Just whatsapp only, no call.


 Seronok sangat bila dapat peluang duduk beramah  mesra bersama usahawan jutawan humble yang lain. Makin rapat in shaa Allah makin mudah dapat segala cabang rezeki. 

Terima kasih tak terhingga buat semua CDM-CDM yang menaja menu makanan malam ni. CDM Kak Lini dengan pulut kuning nye, CDM Kak khaty dengan bubur nya, CDM Kak Suhana Tamyis dengan teh tarik power nye, CDM Kak Da, CDM Kak Aida, CDM Kak Yah, CDM Kak My kusayang, CDM Kak Zura, CDM Dr Huda, CDM Ayu Lisa, CDM Said, CDM Achik, dan semua CDM yang terlibat. Terima Kasih. Minta halal segala yang termakan terminum malam ni. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan di dunia dan paling penting urusan di akhirat kelak.


 Sesi menapau makanan.

I love this picture. Sahabat awal dan akhir in shaa Allah. Love u CDM Izyan. Business ni buat kan kami mudah untuk identify sahabat sejati. Hanya yang melalui dari awal hingga ke habis garisan CDM je yang faham apa yang diperjuangkan oleh kami dalam business ni. Bila makin lama berniaga, duit bukan niat paling utama untuk kami, tapi segala perubahan sikap negetif pada positif lah yang makin membuatkan kami enjoy dengan business ni. 



Premium Beautiful Expert,
SALLEHA ROSLAN.

No comments:

Post a Comment