Monday, February 22, 2016

Japan Here We Come

Lagi beberapa jam akan berlepas ke Osaka. Doakan semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dipermudahkan ye. Sal takut sikit naik flight ni...Hahahaa...sebab tu tak berapa nak suka pergi travel. Hahaa. Tapi bila dah company bagi travel free tak kan la nak tolak pulak kan. Bukan senang nak pergi negara matahari terbit ni dengan duit poket sendiri. So dah dapat FREE TRAVEL with TLC ni kita redah aje la, Tawakal to Allah. Kami dijadualkan naik Cathay Pacific Airways direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka.

Sal suka pergi negara orang ni untuk belajar culture mereka la especially. Sebab dari situ boleh muhasabah diri dan buatkan diri rasa lebih bersyukur dengan segala yang ada di sekeliling kita.

Ni gambar sepuluh hari yang lepas masa tengah jejalan kat One Utama di hari jumaat nan indah. Boleh pulak kan ada Japan Travel Fair kat One U ni. So rasa Ya Allah lagi la tak sabar nak travel ke Osaka.



Lawa betul kimono dia. Kalau nak beli confirm ribu. Sal siap tanya mana nak sewa kimono ni? Diorang pun tak tau. Ye la macam mana nak tau sebab diorang ni memang pure dari Jepun. Hahaa. Hait.


 Atas stage tu pun semua Jepun mari.
Ramai jugak orang yang berpusu-pusu nak beli pakej travel kat Japan Travel Fair ni.


 Tapi Alhamdulillah Sal dapat rezeki pergi 100% di taja. Uol nak tak pergi melancong serata dunia Percuma? Kalau minat nak pergi travel FREE je, jangan la segan-segan roger ye. Sejak jual baju dalam ni memang kerja sal setahun 2-3 kali pergi oversea percuma je. Kalau yang bayar-bayar ni tak nak la. Sebab sayang la nak keluar duit dari poket sendiri. Pergi free kan best. Lagipun flight, hotel lima bintang, makanan halal, tempat-tempat menarik, semua tour agent yang sediakan. Tugas sal hanya bawa duit shopping je. Tu pun duit shopping yang tak kan usik duit gaji pun. Shopping pun guna duit bonus. 


 Wahhhh dapat merasa pakai Kimono ye kakak.


 Tak reti la nak pakai kimono ni. Main lilit je. Nak suruh mamat Jepun tu tolong buatkan segan. So pakai sendiri aje lah. Jadi, ni lah hasil nye. Kimono ala-ala CDM Salleha.


 Orang jepun suka amik gambar buat tangan peace macam ni kan. So nak buat jugak la, mana tau nampak comel. Hehe.


 Rasa macam terbau-bau dah bunga sakura tu. 

Osaka Castle yang kat dalam gambar tu pun memang in shaa Allah sal akan jejak kan kaki kat situ.


Cari winter coat tambahan. Coat lama masa pergi Europe pun ada lagi tak berusik. So kena tahan lebih sikit nafsu dari beli terlalu banyak. Tak baik membazir tau Sal. Cuba wasatiah lebih sikit :D


 Perut dah buat lagu sakura. So memang nak kena makan. Dan semestinya pilihan kami anak beranak adalah Sushi. Jenuh la 6 hari kat Osaka Kyoto Kobe nanti kami di jamu sushi je sepanjang masa. Kami lunch dah nak pukul 3.30 kat Sushi Zenmai. 


 Bila makan berdua dia best sikit duduk kat sini sebab senang nak kaut sushi yang berpusing tu.


 Suka kacang ni. Bila datang Sushi Zenmai Memang sal akan order ni.

 Dan yang ni paling suka. Kalau kat Sushi Zenmai ni sal memang tak pilih menu lain dah. Memang akan order Salmon Teriyaki ni je. Kenyang makam dan sangat membantu untuk orang yang nak jaga pemakanan supaya badan tak berlebihan lemak.


Dah kenyang makan sushi yang pusing-pusing tu bertingkat-tingkat, makan pulak nasi goreng garlic. Harga sepinggan RM9.80 tak termasuk GST dan service charge. Nasi goreng bawang putih ni mama pun boleh buat Damia ;)



Perghhhhhhhhhhhhhh!!!!Kami dimaklumkan ni la Hotel kami di Osaka.
Alhamdulillah...siapa nak bagi duduk hotel five star dengan rate 4 angka satu malam macam ni kat Osaka...kalau kat Malaysia ni pun, harga hotel lebih RM300 pun dah rasa mahal. Ni kan SHOM belanja duduk hotel Empat angka!!! Ni rate agoda ni...kalau bukan rate agoda mau tak tertelan air liur...

Ya Allah!!!!!! Bestnye dapat golek-golek kat Imperial Hotel Osaka...

Stuck dah mana nak sumbat 4 boots lagi. Betul la kan bila ada yang kata "orang pompuan ni dia kalau balik kampung ke atau pergi melancong, dia tak bawa bag tapi bawa almari" Hahahahahhaaa.


Mama, Muhammad nak ikut mama boleh?

 Ok boleh... Jom mama seledup Muhummad ye. Muhammad duduk diam-diam dalam luggage ni.

Yeayyyyy dapat pergi Universal Studio Osaka.


3 comments: