Monday, February 1, 2016

Congratulation Next DDM Norarni Yusnida for 100K Sales Achievement





{{ WOW! Jualan RM100,000.00 sebulan! }}

Betul tak kalau Sal cakap, dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai nak berniaga tapi ramai takut sebab tak tahu nak jual apa. Tak tahu macam mana nak jual. Toksah cakap jualan RM100,000.00, nak buat sales RM100 pun tak yakin.


Sebab tu Sal suka sangat nak share PELUANG BERNIAGA bersama TLC. Dari Zero Sales boleh buat RM100,000 dan seterusnya Juta-juta sales sebulan pun boleh.

Tahniah TLC Protege Arni kerana berjaya capai jualan RM100,000.00 sebulan. Lepas ni confirm sales makin meletup-letup.


Emcee malam ni seorang bekas sarjan polis. CDM Kak Khaty Jane ni antara CDM otai dalam business PB ni. Walau umur dah lebih 40 tapi tenaga sekuat yang masih muda. Tegap dan berkarisma orang nya. Sudah berniaga hampir sepuluh tahun bersama SHOM di bawah pimpinan Mentor Hebat kami CDM Haji Azlan Deraman.

CDM Salha bila dah pegang mic memang meremang segala bulus yang ada. Ilmu dari pengalaman beliau yang dah berniaga hampir 8 tahun bersama SHOM membuatkan sesiapa pun akan terserap aura positif beliau.

 Full house sampai ke tangga luar class Dolomite.
Yang pegang fon tu bukan tak kusyuk dengar sharing dari mentor-mentor otai, tapi mereka menyalin nota dan ayat-ayat power yang keluar dari mulut-mulut speaker.

Tersenyum Arni terima award 100K direct dari tangan CDM Haji Azlan Deraman sendiri. Tahniah Arni! U deserve it setelah berhempas pulas untuk capai matlamat ni. 

Setiap bulan pasti pewaris 5 angka akan dilahirkan dari team Dolomite. Kita tak boleh nak ubah ekonomi negara, tapi kita mampu ubah ekonomi keluarga kita. Jadi usaha la untuk lakukan sesuatu yang mana masa depan kita akan berterima kasih pada kita. Bersusah dulu, bersenang kemudian. Tak pe la orang nampak kita macam orang gile pun, orang gile yang tak habis-habis pergi belajar, pergi appointment sana, pergi appointment sini. Tapi in shaa Allah hasilnya adalah kemanisan yang takkan terungkap dengan kata-kata. Buat kerja gila untuk hasil yang menggila ;)

Yang sebelah kiri baju hijau tu direct mentor Arni, next CDM Farhana Ramli antara mentor yang banyak membantu arni dan memberi sokongan moral dan fizikal supaya arni sentiasa berada dalam track yang betul.


 Ni yang best nye business with Top Leaders Circle ni, coz apa yang mentor capai, in shaa Allah confirm kita juga akan capai bila follow sepenuh hati tanpa tapi tapi dan tapi tak henti-henti.

 Dalam business ni pangkat dalam pejabat tak boleh bawa dalam business sebab confirm kena tulah tak jadi. Sebab ego perlu letak bawah tapak kaki baru in shaa Allah makin menjadi-jadi. 

Arni ni ex-executive di syarikat construction di Ampang. Ibu pada seorang anak. Dengan azam dan tekad, Arni keringkan hati untuk berhenti kerja dan focus sepenuh masa pada anak dan perniagaan online beliau. Dan Alhamdulillah, hasil kesungguhan dan percaya dengan rezeki Allah, Hari ni arni berjaya membawa pulang anugerah 100 ribu sales sebulan yang menjadi idaman hati semua usahawan Dolomite.




in order to succeed your desire for success should be greater than ur fear of failure...

Kagum sangat dengan TEAM JB ni. Dari pukul 10 pagi bergerak dari JB, hantar pulak anak-anak ke Melaka, dari Melaka terus datang ke KL untuk serap ilmu dan semangat untuk di bawa pulang semula ke JB....

After class sambung lagi O group sampai pukul 2 pagi...Pukul 10 pagi ni ada yang dah kena masuk kerja...

Orang yang nak berjaya dia akan buktikan melalui tindakan bukan hanya dengan kata-kata. Congrats Aisyah ZazuriDiana Dee and Normanja Gussalleh

DREAMS + WORK = SUCCESS

No comments:

Post a Comment