Sunday, January 17, 2016

Spice Up Your Life

Biasa kan dengar "Ala.............Kawan saya buat, kakak saya buat, makcik saya buat, jiran saya buat, aweks saya buat, isteri saya buat...bla bla bla bla...tapi tak jadi pun"

Ok la nak share antara tips supaya kita tak turut tersenarai di kalangan mereka yang tak berapa nak menjadi tadi tu... ;)

HINDARI SUASANA KECEWA!
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ni, kita juga akan menjadi salah seorang dari orang yang kecewa.

Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tak ada makna. Tiada rangsangan dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. Bagi mereka "Kejayaan adalah cerita dongeng yang membahayakan. Sedap untuk didengar tapi tak mungkin boleh diharapkan,” 

Dah pasti kita pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu, lebih-lebih lagi kecewa.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Mereka Gemar menceritakan kegagalan daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.

Oleh itu, asing kan je diri dari suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tak mahu melihat kejayaan dan tak percaya kejayaan tu boleh dikecapi. 

Kita bukan orang kecewa, kita mahu berjaya!!! Kita yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali...

Buka luas daya pemikiran... Sentiasa cari jalan dan usaha yang terbaik agar kita mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.



Sekiranya anda pernah berniaga tetapi terhenti di tengah jalan, jangan terus berhenti sebaliknya bangun semula dan lonjakkan diri untuk lakukan yang lebih baik dari sebelum ni. Biasanya bukan silap pada perniagaan, tapi lebih kepada episod untuk kita lebih muhasabah diri dan perbaiki segala kekurangan yang ada secepat mungkin. Naik semula semangat diri untuk lakukan yang lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Post a Comment