Friday, January 1, 2016

Premium Beautiful Expert : Short Trip To Johor Bahru

Short Trip to Johor Bahru.
Date : 15, 16,17 November 2015
Venue : M Suites Hotel Johor Bahru

Premium Beautiful expert terjah Johor Bahru. 
Memandangkan market Premium Beautiful makin membesar di Selatan Tanah Air, maka tanpa membuang masa Sal decide untuk ajak En Husband tolong bawakan Sal ke JB untuk urusan melebarkan sayap di Johor Bahru. Tak sangka pulak berpeluang sekali lagi jejakkan kaki ke Johor Bahru. Tempat yang penuh kenangan suka dan duka sepanjang Sal belajar di JB dulu.

Tapi hari ni banyak nye perubahan kat Johor Bahru ni ye. Siap laut kat Danga Bay tu habis dah di tambak jadi laluan darat.

Kat Johor Bahru ni terlalu banyak sangat hotel yang ada. So tak payah gaduh la nak duduk mana sebab setiap ceruk bandar mesti ada Hotel punya. Dan kali ni weol duduk kat M Suites Hotel. Orang kata Hotel M Suites ni keras. Huhuu...Orang kata la. Tapi bagi sal, kat mana-mana pun benda keras tu ada. Kita tak payah layan sangat la "benda keras" tu kan sebab bila layan nanti makin menjadi pulak dia mengacau kita. Alhamdulillah sepanjang tiga hari dua malam di M Suites Hotel ni, kami tidur dengan nyenyak dan selesa tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah.


Triple D ni bawa la pergi hotel sebelah rumah pun, asal ada kolam, menjadi je mood happy diorang ni. Kalau ikutkan cuti sekolah belum bermula lagi masa ni. Ada lagi seminggu untuk habiskan sesi persekolahan 2015. Tapi mama dah cuti kan sekejap diorang ni hari Isnin dan Selasa untuk follow mama and ayah outstation ke Johor Bahru.

M Suites Hotel Johor Bahru.

Ni dalam hotel. Ok la keluasan dia untuk yang bawa anak-anak kecik. Macam Bayou Lagoon pun ada jugak. Cuma Bayou Lagoon Melaka tu hotel baru. Yang M Suites ni dah lama sangat dah since 2002 rasanya dah ada M Suites ni kat JB.


Ok la swimming pool M Suites Hotel ni. Damia Danisha pun happy sebab kids pool M Suites Hotel ni ada gelongsor air untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi macam biasa lah, mama pun confirm akan join main gelongsong sekali.

  
 Cuma kat area kolam renang ni banyak nyamuk aedes je. So kalau boleh sila la berendam dalam air je sebab kalau duduk luar air confirm nyamuk aedes buat lauk badan kita ni. 


Muhammad Danish Shafiq yang tak padan dengan demam. Everytime outstation keluar KL, mesti akan ada one of them yang akan demam. Tu biasa dah. Asalkan always pantau suhu diorg, bagi makan ubat, dan jangan biarkan panas more than 39 je.


It's a long road but it's really worth it.
Happy tau sambil-sambil buat bisnez sambil boleh spend masa dengan family. Ni dah siap-siap untuk business appointment. Bersusun appointment dengan orang-orang Johor Bahru yang teringin nak berniaga Premium Beautiful with Top Leaders Circle. Ok la kan kalau setiap bulan ada income kedua masuk dalam akaun. Siap ada tu boleh dapat lebih dari income gaji kerja hakiki.


Business Appointment di lobby hotel. Orang JB pun tak kurang hebatnye dalam nak cantikkan bentuk badan dengan Premium Beautiful.

Dalam hujan lebat pun redah jugak ke area Pathlab JB untuk berjumpa dengan client. Kat deret hotel ni memang penuh klinik-klinik pakar. Dan rasa best pulak bila Sal pun antara Pakar jugak, tapi pakar baju dalam Premium Beautiful. Dan kedai Sal adalah di hujung jari sahaja ;)

Memang lebat sangat hujan hari ni kat JB sampaikan banjir kat area bandar City Square tu.


Lepas jumpa client yang nak beli Premium Beautiful dan yang nak repair for free Premium Beautiful yang dah di pakai almost 10 years, kami singgah buat zuhor kat Masjid dekat balai bomba Larkin ni sebelum ke Medan Selera yang ada jual Kacang Pool Haji tu. Mama kalau datang JB ni tak sah kalau tak makan kacang pool kat Larkin tu.


Adik Danisha lena tido dalam kereta. Hujan kan, tu yang sedap je tido. So mama turun solat dengan Damia dan Danish je.


Huhuu waze Lokasi Kacang Pool Haji, Larkin. Seminit lagi nak sampai.


Alhamdulillah hari ni hari isnin. Hari orang berkerja. So lega sangat bila tak ramai orang yang datang makan kat sini waktu tu. Tu yang senang je nak dapat parking betul-betul depan Kedai Kacang Pool ni. Dulu pergi hari cuti memang kena pusing banyak kali untuk tunggu parking. Hujan pun dah reda. Tapi still kena keluarkan sorang-sorang rakyat dengan payung ;)


Heaven nye dapat makan Kacang Pool ni time hujan-hujan dan masa tak ramai orang macam ni. Siap tambah dan bungkus buat makan kat hotel nanti. Pepes kat sini pun sedap sangat. Dari beli lapan terus tambah jadi 20 pepes. Makan sampai gatal hidung. Hehee.


Terus rasa lapar pulak nak makan Kacang Pool dan Pepes ni masa update entry blog Sal ni. Kat KL mana nak cari ye kacang pool dan pepes sesedap di JB ni.


After that, terus gerak ke AEON Permas Jaya pulak.
Ready for Premium Beautiful business appointment. Menjadi-jadi market PB Corset kat Johor Bahru.


Damia Danisha and Danish melepaks sambil tengok youtube belajar ABC sementara mama buat work. Tu yang diorang suka sangat ikut mama go to work tu. And mama pun suka buat kerja macam ni sebab kerja apa yang bawa anak-anak sekali masa kerja kan. Masa kerja ofis hour dulu, jangan kata nak bawa anak masuk ofis, nak call anak-anak tanya aktiviti diorang pun tak sempat. Kerja pejabat sentiasa bz mengalahkan menteri yang buat 3 kerja dalam satu masa. Tapi berlainan dengan kerja sendiri ni, busy-busy pun, anak masih depan mata.


Business appointment with new Agent from JB.
Bakal Premium Beautiful Expert under Top Leaders Circle yang makin menyinar. Congrats Manja kerana menjadi sebahagian dari usahawan TLC. Peluang yang ada gunakan sepenuhnye untuk menambah nilai pada orang lain.


Terus slot kan one on one personal coaching session dengan Manja. 


This is another PB Expert Johor Bahru.
Aisyah Zazuri dan Diana Dee. Dua-dua ni bukan anak dara tau. Keduanya dah jadi mother of two. Ni kesan dari amalkan pakai Premium Beautiful Corset secara konsisten la ni. Tu yang badan jadi macam anak dara. Untuk uol yang berada di JB, kalau teringin nak pakai PB Corset atau nak tau lebih lanjut peluang jana pendapatan dengan pakai PB je, uol boleh jangan segan-segan untuk contact dua Power Premium Beautiful Expert Johor Bahru ni ye.

Aisyah Zazuri - 014 338 9190
Diana Dee - 017 613 7513



Thank you Aisyah, Diana and Manja sudi luangkan masa untuk jumpa kak Sal di Permas Jaya ni. Dengan ilmu dan tindakan yang ada, semoga kita sama-sama success dalam perniagaan online ni. Work together till success and never give up on ur dreams.

Lepas business appointment di Permas Jaya, terus balik semula ke M Suites Hotel sebab ada yang dah menunggu. Ya Allah tak sangka macam ni sekali sambutan orang-orang Johor Bahru untuk peluang berniaga bersama TLC ni. Hampir setengah jam Ema tunggu Sal di Lobby. Thank you Ema. Walau datang ke M Suites Hotel dengan teksi je, tapi tu tak menghalang Ema untuk terus kuatkan diri untuk upgrade kualiti hidup Ema dan keluarga. Ni pertama kali Sal jumpa Ema. Ema asal dari sabah, tapi menetap dan berkerja di JB ni dah betahun jugak.


Memandangkan jam pun dah nak pukul 11 malam, so Sal offer untuk hantar Ema balik rumah sampai depan pintu rumah. Kesian pulak nak biarkan Ema naik teksi. Lagipun bukan nye jauh pun dari Hotel area Danga Bay ni nak ke Tampoi. Dapat jugak la sal berjalan-jalan JB sambil-sambil hantar Ema ke rumah. Serius rindu JB. Banyak nye kenangan remaja Sal kat JB ni. Best ada, yang tak best pun of course lah ada. Tapi yang paling best adalah, tu semua adalah kenangan yang memberi pembelajaran dalam hidup sal. Rindu Tampoi...Tak sangka rumah Ema tu dekat dengan hostel sal masa study kat Kolej Islam Johor dulu. Kat area tu la sal selalu ke pasar malam, selalu makan nasi goreng kampung pedas extra belacan, dan paling tak boleh lupa adalah selalu menunggu duit masuk ke Maybank. Huhuu... sian ayah, everyweek mesti anak dia ni akan mesej minta duit. In shaa Allah segala pengorbanan ayah dan ibu chek akan balas satu persatu. Paling tak sabar adalah, nak bawa kedua-dua orang tua yang banyak berjasa ke Tanah Suci tak lama lagi. Tolong doakan ye.


Ni dah masuk pagi selasa. Muhammad Danish Shafiq yang tak berapa sihat bangun pagi korek hidung sambil nangis. Nangis sebab kakak kacau dia.


Bangun awa Damia Danisha Danish pagi ni sebab nak mandi kolam. Memang lama jugak diorang berendam pagi ni. Dari pukul 7.30 sampai pukul 11. Ni pun ada hati tak nak keluar pool. Dah tu bila nye kita nak check out.

Hingga jumpa lagi swimming pool M Suites. Best sangat bila bercuti hari orang lain berkerja sebab rasa macam pool ni kami yang punye :D


After 12 kami check out dari M Suites Hotel JB ni. Terus plan ke Angsana untuk lunch.


Makan Mee Rebus Hj Wahid yang famous amos kat JB ni. Memang sedap lah kan mee rebus Haji Wahid ni. Rasa tak pernah berubah dari belasan tahun dulu. No wonder la kukuh hingga sekarang branding Mee Rebus Hj Wahid ni.


Muhammad Danish Shafiq sejak dapat berendam lama dalam pool tadi, terus good mood dan banyak celoteh happy dia.


Siap berjoget senang hati lagi sebelum makan. Kalau uol buka Instagram atau Facebook sal uol boleh terhibur dengan telatah budak kecik yang tak masuk tiga tahun lagi ni.


Tengok la tu, minum teh tarik pun dah macam gaya apa dah. Muhammad kata "tengok ni ma, mamat jadi kocing"

Huhuu..layankan aje la anak soleh bijak sorang ni.


Damia and Danisha request nak makan yong tau foo. So ayah beli semangkuk besar terus untuk makan semua. Yong tau foo kat Plaza Angsan JB ni dia serve sekali dengan sup kan. Sedap. Lain dari lain. Harga pun tak semahal yong tau foo kat The Mines yang kitorg makan tu. 


Lepas makan jalan-jalan jap dalam Angsana ni. Danish paw ayah mainan. Tak habis-habis mainan dia. Sehari satu transport baru dia akan paw mama ngan ayah. Kalau kumpul-kumpul, total mainan dia tu je dah boleh buat bayar ansuran kereta Viva sebulan.


Damia pulak nak telekung. Eh damia nak ke mama yang nak? Hehee.. Lama dah mama nak belikan Damia telekung baru sebab telekung lama dia dah kecik dah. Yang ni mama pun muat pakai. Tapi harga boleh tahan RM90. Kena pulak sal ni jenis tak reti minta kurang, so bayar aje la 90 pun. Kita support orang melayu islam yang berniaga. Bila dah jadi usahawan ni, tak sampai hati nak minta diskaun pada peniaga-peniaga yang buka gerai-gerai kecil dalam mall ni. Sebab faham sangat dah, bukan mudah sebenar nye nak arrange business yang ada kedai ni, macam-macam kos kita kena pandai control.


Dari JB Terus ke Jovian Mandagie Boutique di Shah Alam. Sal nak cari baju untuk pakai masa Majlis Ulang tahun SHOM yang ke dua puluh tiga nanti di PICC Putrajaya. Cari baju ready made je la senang. Lagipun design Jovian Mandagie memang tak de yang tak lawa. Dan paling sal suka bila setiap kali try baju kat Jovian ni, confirm muat punya tanpa ada benjolan yang tak sepatutnya ada. Tu la dia kelebihan bila sentiasa jadikan Premium Beautiful sebagai pakaian dalam kita. Senang nak pilih baju ready to wear.


Tak tau pun ada sales kat Jovian hari ni. Memang langkah kanan la datang Jovian Mandagie Boutique petang ni. Siap en husband pun dah pandai dah jadi perunding imej sal. dia la yang akan advice apa yang cantik and apa yang tak kena dengan baju-baju yang sal pilih. Sal tak beli banyak pun hari ni. Cukup la tiga pasang je untuk petang ni. Semua baju yang sal pilih tu ada 30% less. So memang la sangat berbaloi beli baju kat Jovian Mandagie ni masa terkena langkah kanan macam ni.


Thank you uol sudi membaca entry sal dalam blog ni.
Untuk yang berminat nak sal share kan pengalaman berniaga untuk bebas masa dan bebas bebanan hutang, boleh je jangan segan-segan contact sal ye. 

Best nya bila hari hari adalah hari ahad ;)

SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah happy budak2...mak ayah budak senyum aje ;) hehee

      Delete