Sunday, January 3, 2016

Premium Beautiful Expert : Citadines DPulze Cyberjaya

Date : 24 December 2015
Thursday and Friday
Venue : Citadines DPluze Cyberjaya
www.citadines.com/

Aktiviti : Santai bersama suami dan anak-anak dan juga santai download ilmu bersama Business Partner Premium Beautiful.


Pose favourite with my lovely family setiap kali check in mana-mana hotel. Comel la yang tengah tu punya senyum. Hehee. Muhammad Danish Shafiq memang ikut kakak Damia dan Danisha dah sekarang ni setiap kali bergambar. Dia pun jadi suka bergambar bila selalu tengok weol bergambar. Tapi dengan Muhammad ni kena sekali snap je. Masuk kali ketiga dan seterusnye memang dia akan lari bertempiaran dengan aktiviti dia.


Tapi sebelum check in ke Hotel Citadines Dpulze, Sal singgah jap ke Dengkil untuk Personal Touch or Buat One on One Personal Coaching dengan Premium Beautiful Expert versi niqabis ni, Fatimah Tarmizi. 

Fatimah ni ibu anak tiga jugak. Cekal orang nye. Sal selalu tertanya macam mana Fatimah kuatkan diri bila pernah satu ketika dulu, anak syurga Fatimah Allah pinjamkan hanya beberapa hari sahaja dan kemudian anaknya diambil semasa tidur bersebelahan dengan Fatimah yang masih dalam pantang masa tu. 

Fatimah Tarmizi ni kuat orang nye, sebab tu Allah uji dengan ujian yang hebat. Kerana Allah tau Fatimah mampu untuk atasi kesedihan yang ditanggungnya sepanjang hayat. Kekuatan seseorang sentiasa akan di uji. Hanya yang percaya pada Qada dan Qadar Allah saje yang akan sentiasa tenang dalam setiap ujian dan cabaran.




Lepas dah ambil, kita tolong hantar sekali semula depan pintu rumah Fatimah. Husband Fatimah sedang khuruj, jadi Fatimah tak boleh nak pergi jauh. So tak apa la sebagai mentor yang diamanahkan untuk membantu Fatimah, Sal cuba bantu apa yang terdaya. 

Nak tahu kenapa Fatimah Tarmizi nak berniaga. Berniaga pula dengan Top Leaders Circle.

Fatimah berniaga kerana ianya sunnah dan sikit sebanyak duit side income yang Fatimah dapat, boleh Fatimah buat saving untuk diri nye sendiri walau kalau nak ikutkan husband fatimah pun memang mampu nak beri nafkah bulanan. Husband Fatimah ni bekerja di Singapore dan ayah Fatimah jugak merupakan CEO di Majlis Perbandaran Kajang. So tak apa la kot rasa nye kalau tak buat business pun kan Fatimah? Tapi bagi Fatimah, persiapan untuk sentiasa belajar berniaga tu perlu. Nak pulak business ni adalah business bermentor dan sentiasa ada kumpulan yang support each other.


 Excited nak check in Citadines.

 Hotel ni hotel baru yang beroperasi di Cyberjaya. So memang sesuai sangat lah untuk yang nak bercuti dekat-dekat dan keluar jap dari kesibukkan Kuala Lumpur. Walau kami hari-hari keluar masuk KL Selangor, tapi bila sampai Citadines ni terus rasa macam memang pergi bercuti luar KL pulak.


Baju ni pagi tadi baru packing. Nak datang Citadines Cyberjaya ni kami tak plan pun. Sebab asalnya just nak jumpa yani kat The Curve je. Lepas tu bila tau yani check in sini, terus sal pun book jugak la untuk bermalam kat Citadines ni. Mudah nak spend time dengan Premium Beautiful Expert dari Perak ni nanti. Proses nak kemas luggage ni je pun dah amik masa dekat 2 jam. Almaklumlah nak kemas baju untuk 4 orang punya kepala.


 Cantik sangat dalam hotel ni. Memandangkan Citadines ni hotel baru, so rate price dia memang murah lagi. Lepas ni rasa nye tak dapat dah rate harga kurang dari RM200 untuk apartment macam ni kat Cyberjaya.


Suka sangat bila dapat bathroom yang tak de bathtub. Tak de la budak-budak ni nak main air dalam bilik air selalu.

Damia Danisha Danish dah tak sabar nak mandi pool. Sekejap macam mana sekali pun mesti diorg nak jugak berendam dalam kolam. Padahal masa ni dah nak pukul 6.30 petang dah. Tengok Muhammad tu, siap letak tangan kat belakang lagi nak tunggu kakaks tiup pelampung untuk naik ke pool atas.


Boring nak tunggu punye pasal, Muhammad menjalankan watak sebagai gelandangan yang tertidur di bawah meja. Apa apa aje lah anak oi.


 Hahaa. Comel. Letak tangan kat pipi pulak dah.


Sayang Muhammad xoxo


 Hotel Citadines ni pun ada letak tanda arah kiblat untuk memudahkan kita nak solat. Tapi rasanya rata-rata kotel kat Malaysia ni memang ada letak dah tanda arah kiblat kan. Cuma sejadah dan telekung hotel tak sediakanlah. Tu semua bawa je la sendiri macam biasa. Yang Hotel sediakan adalah steam iron dan tempat nak iron. 


 Berkurun tak tengok TV. So tadi ternampak sharing macam ni rasa bagus nye la hai info-info macam ni untuk semua.


 Lepas siap mandi kolam walaupun tak puas mandi, lepas siap solat maghrib, kami turun ke Dpulze mall untuk dinner. Ingat nak makan boat noodle kat sini. Tapi macam biasala kan kalau dah hari esok nye cuti umum, confirm full house la boat noodle tu sampai kena beratur tunggu turn untuk nak dapat seat. Jadi berjalan la kami anak beranak mencari kedai makan lain yang memenuhi citarasa anak tekak kami berlima. 


Makan nasi Arab kat Zeno Restaurant ni pun sedap jugak. Zeno ni sama je dengan Restaurant Nasi Arab Sultan kat Cyberjaya ni.

Sal amik Mandy Lamb. And husband amik Mandy Chicken. Kambing dia memang sedap. Siap kami tapau bawa balik makan kat dalam hotel untuk jadi stok tengah malam nanti. Price Nasi Arab Zeno Restaurant ni pun ok la. Kambing RM18 dan Chicken RM7.90 je...Duduk kat cyberjaya ni memang kerja kami makan kambing je la siang malam.


After Dinner buat personal coaching dengan Business Partner yang memang kerja di Cuberjaya ni. 


Tekun Jufairah bila sal explainkan tentang kelebihan Premium Beautiful dan macam mana untuk generate income bulanan dengan Business Top Leaders Circle ni.


Lepas kenyang makan dan siap personal coaching dengan Jufairah, terus naik balik hotel untuk buat personal coaching dengan Yani yang sanggup datang KL walaupun duduk di Ipoh, Perak.

Sal suka la Citadines ni. Sebab sal memang suka hotel yang link sekali dengan shopping mall. Senang nak cari makan n sambil shopping apa yang rasa nak beli.



Doing what you like is freedom.
Liking what you do is happiness.


Ni la dia kelebihan berniaga bersama TLC. Kami akan beri 500%  bila business partner bersedia untuk belajar dan diajar.


Salute sangat dengan Yani and husband Hafieez. Walau status mereka di pejabat pun sudah bertaraf Manager, tapi dalam business mereka tetap rela untuk diajar.


Liking what we do is happiness.
Yess memang kami happy sangat bila sambil buat kerja anak-anak sentiasa ada depan mata. Sal dengan yani ni banyak sangat impian yang sama. Alhamdulillah rezeki kami dijodohkan dalam business ni. In shaa Allah sikap positif yang ada dalam diri yani ni akan buatkan yani bergelar usahawan berjaya tak lama lagi.


Look on the bright side on life.


Husband keluar tengok Star Wars kat Wayang bawah hotel ni. Sal tak nak ikut sebab tak minat star wars. Perut pun lapar dah so makan apple la macam biasa. Sekarang ni sal memang suka makan red apple sebab apple memang banyak sangat khasiat untuk badan. Especially untuk orang yang makan tak tentu masa dan jenis suka makan macam sal ni lagi la nak kena rajin makan sayur dan buah.


Sedap nye Muhammad Danish Shafiq tido. Pukul 12 tengahari baru bangun.


Mama turun breakfast dulu dengan Damia. Banyak makanan dah habis.


Alhamdulillah ada jugak something untuk buat isi perut sementara nak tunggu mall buka untuk lunch nanti. 
Sambung mandi dalam kolam Citadines ni sebelum kami check out hari ni. 


Mama tak mandi dalam pool. Malas nak salin-salin baju basah nanti. Tapi kat Citadines ni tak de kolam untuk kids. Kids pun kena mandi kat pool orang dewasa kalau dah nak sangat mandi kolam. Ada pelampung ok la kan. Kalau tak de memang cari pasal namanye sebab air kolam ni pun tinggi paras dada juga.


 After solat jumaat kat masjid baru Cyberjaya, kami sambung business sharing dengan Yani and Hafieez. Engineering student Uniten rupanye mereka berdua ni. Now both of them anaara orang penting dalam TM and TNB Malaysia.



Anak-anak memang tak kacau mama papa dah bila dah ada kawan. Diorang pun buat O Group diorg jugak sepanjang kami bersembang.


Sebelum balik kami makan kat Saba Restaurant belakang DPluze hotel ni. Makan nasi arab kambing lagi. Sedap tau uol nasi arab kat sini. Kat Cyberjaya ni memang ramai orang arab sampai rasa ada kat negara arab je bila dikelilingi orang Arab sepanjang kami makan kat sini. Untuk peminat kambing dan nasi arab boleh la try jalan jalan cari makan kat area Cyberjaya ni.



Jom balik.
Bye Citadines, Bye Nasi Arab Kambing and in shaa Allah kita jumpa lagi ye Hafiees Noharyani.


No comments:

Post a Comment