Friday, January 1, 2016

Premium Beautiful Expert : 2015 Best Nine On Instagram



Apa benda la 2015 Best Nine On Instagram ni ye?
Heee tu la yang Sal tertanya -tanya masa tengok almost my friend dalam Facebook dok upload gambar 2015 Best Nine mereka kat wall masing-masing.

Rupa nye 2015 Best Nine On Instagram ni adalah di mana ia mengumpulkan 9 gambar terbaik di instagram kita sepanjang tahun 2015.

Macam tu rupanya ;D

For me, semua gambar yang diupload dalam insta tu semuanya adalah yang terbaik sebab setiap gambar ada kisah disebaliknye. Sal memang suka bergambar sebab di setiap gambar tu akan buatkan sal mudah nak recall kenangan-kenangan yang sal dah lalui tanpa perlu banyak bicara. Memang sal bukan jenis yang banyak cakap. Jadi bergambar merupakan antara cara bagaimana nak ekspresi kan perasaan diri sendiri.

Kalau uol nak cuba buat Best Nine uol dari Instagram ni, uol boleh la cuba step ni ye:

1. Pergi ke website : http://2015bestnine.com
2. Kemudian masukkan id instagram,tekan get dan tunggu




Ni Contoh kat mana nak letakkan ID Instagram uol. Jangan lupa ID Sudah la ye ;)


Sabar jap sementara nak tunggu gambar the best uol di upload. Tak sampai 10 minutes pun.


And this is the result.

1) Gambar selfie dengan Neelofar yang memang hot sokmo. Gambar ni snap masa Mentoring program bersama Dato' Shahrizat Jalil di INTAN Mont Kiara.

2) Gambar kedua tu masa Gala Dinner Imbas By Zawara. Sal dapat special invitation dari owner Zawara sendiri iaitu Puan Dilla Karim. Thank you Dilla and Zawara atas jemputan ke grand event uol di Empire Subang.

3) Masa ni follow business partner buat presentation di Masjid Jamek KL. Kami ke Masjid Jamek ni naik train je berdua. Even dah ada my own luxury car, tapi amalan naik public transport tak mungkin Sal lupakan. 

4) Gambar ke empat ni Sal suka sangat sebab masa ni bercinta jugak nak cari rumah client Premium Beautiful ni, Sal teman my business partner dari Kelantan ni iaitu Cik Yaya untuk fitting and business sharing pada client yaya di kawasan KL. Yang best nye masa amik gambar ni tudung jadi terbang-terbang macam tu kan sebab masa ni kat tingkat 16 kalau tak silap sal. Memang cantik view dari atas rumah client ni. Boleh nampak satu KL. Thank you Pai untuk gambar ni.

5) Gambar kelima ni adalah gambar lunch kat tempat makan favret sal iaitu di DAPO DESIGNER Sungai Buloh. Kat sini, Asam pedas dan Patin Masak Tempoyak dia memang buat terangkat kening sebab chef pun di import pure dari Temerloh Pahang. Dan malam ni jugak adalah malam sal bertugas sebagai pengerusi majlis di Majlis Ilmu Dolomite untuk hari rabu.

6) Al-fatihah buat Ulama terulung dunia yang tak mungkin dilupakan oleh kita semua yang mengenali beliau. Tuan Guru Nik Aziz pergi menghadap Ilahi. Guru yang banyak memberi contoh terbaik buat kita semua. In shaa Allah roh Tuan Guru Nik Aziz pasti berada di kalangan mereka yang soleh di sana. Alfatihah. Terima Kasih atas tunjuk ajar terbaik untuk kami semua.

7) Gambar personal coaching my PB Expert di The Curve Damansara. 

8) Masa ni lepas selesai urusan stokis dan postage barang-barang yang di order oleh clients. Macam biasa bila ke sini, kami akan Parking at Valet parking SACC Mall untuk cari makan.

9) It's moday. Bila buat kerja ikut masa sendiri ni, setiap hari adalah hari minggu. Tu yang no more monday blues. Senyum je selalu walau naik public transport sebab bila buat kerja sendiri, kita boleh arrange masa kita supaya tak keluar kerja di waktu penuh sesak di pagi hari. So pagi-pagi sempat la nak golek-golek dulu dengan anak-anak.












No comments:

Post a Comment