Friday, January 15, 2016

Asam Pedas Paling Power Di KL Selangor

Its' Friday. Semalam seharian tinggal rumah mak tok sebab mama and ayah ke hulu kehilir round KL Selangor untuk selesaikan misi closing bantu rakan kongsi baru dari Perak set up business. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

So hari ni fulltime spend masa dengan anak-anak memandangkan cuti sekolah masih berbaki lagi beberapa hari. Pagi golek-golek dulu kat rumah sambil basuh baju, sidai baju and kemas rumah (Semua tu en suami yang buat) Heeee :D

Weol tak pernah ada bibik.
Jadi kerja rumah, jaga anak semua kami buat bersama. Alhamdulillah bila suami dah berenti kerja dan focus uruskan business kami sepenuh masa, makin rajin pulak dia membantu dalam urusan rumahtangga.

Lepas solat jumaat teringin nak makan Asam pedas power favret kami sekeluarga di Damansara Damai. Dalam perjalanan memang Muhammad Danish Shafiq akan tidur punye. Sedap kan kena aircond sambil terbuai-buai dalam kereta. 

Sebelum sampai ke Gerobok Danga Cafe untuk makan asam pedas paling power kat KL Selangor ni minta en suami belikan pulut mangga pure dari orang thailand ni. Gerai pulut mangga pure thailand ni betul-betul bertentangan dengan Cafe asam pedas power tu.

Sebelum sampai en suami dah call siap-siap owner kedai yang merupakan orang muar ni untuk standby ikan siakap asam pedas sekor. Selalunya kami akan order ikan merah. Tapi hari ni nak try ikan siakap pulak.

Nampak menarik kan asam pedas dia. Tak de bijik, pedas secukup rasa, dan memang tip top rasa dia. Antara banyak-banyak asam pedas yang pernah sal makan sebelum ni, Asam Pedas Gerobok Danga Cafe ni lah YANG PALING SEDAP!

Uol wajib cuba! Please la cuba. Memang puas hati. Sekali makan mesti nak makan lagi.
Harga asam pedas dia pun murah. Ikan confirm fresh dari kuala selangor.

Nampak....
Ni petanda betapa sedapnye air tangan pure orang muar bila buat asam pedas menusuk hati.

Anak-anak pun suka. Bila budak dah suka, tu tandanya memang sedap lah.

Nampak tak Muhammad kat sebelah tu, kakak dia cicah pinggan, tapi dia cicah meja. Apa kes la Muhammad ni. Anak bertuah sungguh.

Gerai simple tapi yang penting tempat duduk selesa, service terbaik 5 bintang dan taste masakan tak sama langsung dengan taste masakan yang berlambak kat luar sana. 

Alhamdulillah perut pun dah kenyang. So jom balik.

Kami bagi terbaikkkkk untuk asam pedas paling power kat KL Selangor ni. Memang tak carik lain dah. Ingat asam pedas ingat Gerobok Danga Cafe je.

Untuk uol yang memang tercari-cari kat mana tempat sedap untuk dapatkan asam pedas, uol boleh contact no fon owner  Gerobok Danga Cafe ni sendiri untuk dapatkan lokasi yang tepat. Or paling mudah uol search aje la McDonald Damansara Damai. Lokasi asam pedas power ni berhampiran dengan McD Damansara Damai.

Alamat Gerobok Danga Cafe:
G-168, Season Square Retail,
Jalan PJU 10/3,
Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor.

Chef Jamal
012-605 8959

Opening Hours: Mon - Fri 1000 - 2030
                  Sat 1000 - 1900
          Sun Closed

No comments:

Post a Comment