Sunday, November 29, 2015

Premium Beautiful Expert : Warung Kita, Nasi manggey Dan Air Kelapa Baldi Lagi

Once again sal repeat lagi makan kat Warung Kita ni. Dan Alhamdulillah hari ni tak ramai orang pun. Maybe sebab hari jumaat dan lagipun dah pukul 3 petang kan. So kami boleh makan 6 bungkus Nasi Manggey dengan relax tanpa perlu berebut tempat.


Kalau uol nak datang sini or uol memang kaki Jalan-jalan cari makan, Sal cadangkan elakkan waktu lunch, tak kira la hari bekerja sekali pun sebab kalau datang waktu lunch, mau jugak dari rasa lapar terus kenyang je sebab lama jugak nak kena beratur untuk dapatkan makanan sebab kat sini bukan nye ada orang ambil order. Semua nye self service. Nak nasi kena beratur, nak minum air kelapa baldi pun kena beratur. Mean kena dua kali beratur.


Hari ni nak menjebakkan my sis aka my dearest business partner Saf sekali untuk makan Nasi Manggey and Air Kelapa Baldi ni kat Warung Kita. Seronok sikit ternak lemak sama-sama. Hehee sian Saf baru plan nak diet tapi kak sal kejam sebab boleh pulak ajak saf sekali kan.

Hari ni Danisha tak de coz Danisha ikut Maktok pergi Pontian Johor.

Rasa best sangat hari ni sebab memang tak plan pun nak PT ke apa. Just tujuan utamanye memang nak makan aje. Tapi bila minda tu dah di pasak dengan minda bisnez, jadi memang takkan lari la untuk kami berbincang tentang plan dan strategi. 

Dan Alhamdulillah saf bakal terbang ke OSAKA pada 2016 ni bersama ratusan usahawan cemerlang yang lain. 

Bila berada dengan orang yang beraura positif ni kan, tak pasal-pasal kita pun akan jadi lebihhhh bersemangat. Tak kira la siapa pun mereka, asalkan mereka positif, memang mereka boleh sebarkan jangkitan positif tu pada sal. Thank u saf sudi spend time makan dengan kami di kampung Melayu Sungai Buloh ni. 

Untuk uol yang teringin nak cuba nasi manggey yang femes ni, boleh set waze uol dengan taip "Warung Kita" and the waze akan tunjukkan lokasi Warung Kita ni yang memang 100% tepat. Masa Warung Kita ni buka setiap hari dari 7pagi sampai 7malam... Dia punye femes tu sampaikan orang luar KL Selangor pun ada yang sanggup datang untuk menjamu selera kat sini.





6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete