Sunday, November 29, 2015

Premium Beautiful Expert : Warung Kita, Nasi manggey Dan Air Kelapa Baldi Lagi

Once again sal repeat lagi makan kat Warung Kita ni. Dan Alhamdulillah hari ni tak ramai orang pun. Maybe sebab hari jumaat dan lagipun dah pukul 3 petang kan. So kami boleh makan 6 bungkus Nasi Manggey dengan relax tanpa perlu berebut tempat.


Kalau uol nak datang sini or uol memang kaki Jalan-jalan cari makan, Sal cadangkan elakkan waktu lunch, tak kira la hari bekerja sekali pun sebab kalau datang waktu lunch, mau jugak dari rasa lapar terus kenyang je sebab lama jugak nak kena beratur untuk dapatkan makanan sebab kat sini bukan nye ada orang ambil order. Semua nye self service. Nak nasi kena beratur, nak minum air kelapa baldi pun kena beratur. Mean kena dua kali beratur.


Hari ni nak menjebakkan my sis aka my dearest business partner Saf sekali untuk makan Nasi Manggey and Air Kelapa Baldi ni kat Warung Kita. Seronok sikit ternak lemak sama-sama. Hehee sian Saf baru plan nak diet tapi kak sal kejam sebab boleh pulak ajak saf sekali kan.

Hari ni Danisha tak de coz Danisha ikut Maktok pergi Pontian Johor.

Rasa best sangat hari ni sebab memang tak plan pun nak PT ke apa. Just tujuan utamanye memang nak makan aje. Tapi bila minda tu dah di pasak dengan minda bisnez, jadi memang takkan lari la untuk kami berbincang tentang plan dan strategi. 

Dan Alhamdulillah saf bakal terbang ke OSAKA pada 2016 ni bersama ratusan usahawan cemerlang yang lain. 

Bila berada dengan orang yang beraura positif ni kan, tak pasal-pasal kita pun akan jadi lebihhhh bersemangat. Tak kira la siapa pun mereka, asalkan mereka positif, memang mereka boleh sebarkan jangkitan positif tu pada sal. Thank u saf sudi spend time makan dengan kami di kampung Melayu Sungai Buloh ni. 

Untuk uol yang teringin nak cuba nasi manggey yang femes ni, boleh set waze uol dengan taip "Warung Kita" and the waze akan tunjukkan lokasi Warung Kita ni yang memang 100% tepat. Masa Warung Kita ni buka setiap hari dari 7pagi sampai 7malam... Dia punye femes tu sampaikan orang luar KL Selangor pun ada yang sanggup datang untuk menjamu selera kat sini.





Testimoni Premium Beautiful 2015

Latest testimoni untuk pengguna Premium beautiful 2015. Client dari Pasir Gudang Johor ni sangat berpuas hati dengan hasil yang beliau dapat dari PB Corset. Lepas bersalin anak pertama adik manis ni terus dapatkan set Premium Beautiful untuk di pakai dengan harapan agar badan kembali langsing seperti sebelum berkahwin dulu.



Dan Alhamdulillah impian jadi kenyataan bila bentuk badan asal berjaya dimiliki. 

Antara kesan paling ketara yang ada pada testimoni PB ni adalah:
Posture badan tegap.
Penuh keyakinan.
Perut buncit hilang.
Masalah sakit belakang tak ada lagi.
Wajah makin berseri.

Best kan. Just pakai PB je badan boleh slim dengan cepat dan selamat.
Premium Beautiful sesuai dijadikan set bersalin sepanjang tempoh anda berpantang ataupun selepas habis pantang. Maknanya PB Corset sesuai di pakai tak kira musim. Dan jangan risau....... Harga Premium Beautiful ni murah aje, tak seperti yang uol gambarkan. Orang yang menghargai nilai kesihatan dan kecantikkan confirm akan kata PB ni murah je ;)

Untuk keterangan lanjut boleh segera hubungi Sal:
SALLEHA ROSLAN

Premium Beautiful Expert : Sabar Sebelum Syabas



Pernah satu masa dulu keluar air mata tangisan dari lelaki yang gagah perkasa kat sebelah sal ni... ;) 

Sedih tak terkata bila tengok suami rasa tertekan dengan bebanan kewangan yang kami lalui dulu...pernah berbulan suami tak dapat gaji berkerja.

kereta, rumah, bil api, pampers, susu anak, barang dapur semua nak kena bayar...susah yang kami lalui tu sampaikan bila jumpa sepuluh sen celah meja pun rasa sangat berharga. 

Ya Allah...pendapatan kami negetif kerana sikap kami yang sangat negetif pada peluang yang positif...orang negetif memang Allah tutupkan pintu hati untuk nampak kebaikan pada setiap peluang yang diberi...

Punya la cantik perancangan dugaan yang kami terima.

kerana dugaan adalah tanda ingatan Allah pada kita, dugaan adalah petanda kebesaran Allah nak angkat darjat kita...Dugaan adalah peluang untuk kita meminta-minta bukan dari manusia sebaliknya dari yang Maha Kuasa.

Terima kasih Allah kerana memberi tamparan kesedaran pada kami. Kalau tak rasa susah, mesti kami tak kan ubah sikap untuk terima nikmat rezeki yang dilimpahkan pada hari ni...

Alhamdulillah...suami yang baik pun adalah satu nikmat rezeki...syukur tak terkata bila 24hours suami ada depan mata...nak belek henfon masing-masing pun rasa tak kuasa sebab sal nampak rutin harian husb dan husb nampak rutin harian sal ;)



#KejayaanSebenarAdalahBilaKitaLebihBaikDariSemalam
#SuamiTolongJanganHalangIsteriNakMembinaDiriMelainkanAndaMAMPUberiBelanjaHariHari

Saturday, November 28, 2015

Dolomite Excellence Award Celebration


Tahniah untuk penerima award 720,000 sales dan 180,000 sales bulan october.. 
Alhamdulillah makin ramai yang mula merasa pegang income luar biasa... Buat bisnez sorang-sorang memang susah nak jadi, tapi bila buat berjemaah in shaa Allah satu persatu potensi diri dapat di gali...

Congrats DDM Safriza Azwani
Congrats DSM Qila Cheman
Congrats DSM Zulhilmi Ali
#AndaPewarisLimaAngkaKami


Tahniah DDM Safriza Azwani...Dari baby step until satu persatu bukti pencapaian Saf mula capai. Memang terbukti la, kejayaan perlu proses. Paling diperlukan untuk berjaya adalah solat dan sabar. Banyakkan amalan menjemput rezeki walaupun ianya hanya dengan sebuah senyuman sahaja. Proud of u Saf. Kak dal doakan saf cepat-cepat capai CDM dan mula capai segala impian saf.

Congrats Qila Che Man. 
Usahawan muda ni berkerja di Dungun Terengganu. Dalam kesibukkan berkerja Qila tetap boleh buat side income. Ok la kan bila everymonth ada second income yang masuk dalam akaun bank sendiri. So congrats and keep going Qila. Tahniah untuk pencapaian 180,000 sales.

Jejaka tulen pun expert bab-bab jual Premium Beautiful. Baru setengah tahun berniaga beliau dah mula buat sales sebanyak 180,000 

Tahniah DSM Zulhilmi. In shaa Allah more to come.

Bergambar bersama DDM lain yang menerima Award 720,000 sales dari CDM Haji Azlan Deraman.

Bergambar bersama 180,000 sales achiever for October 2015. Ramai kan penerima award malam ni. Cuba calculate 180k darab dengan berapa kepala yang ada dalam gambar ni? Mean permintaan Premium beautiful memang sentiasa ada di pasaran walaupun dah 23 tahun di Malaysia. So tak perlu susahkan diri nak fikir "siapa nak beli" " ada ke orang nak beli" sebab semua rezeki Allah dah tetapkan... Tinggal kita nak mula buat aje sampai dapat. Yakin dengan rezeki Allah. Baik sangka dengan ketetapan Allah. In shaa Allah kita tak kan kecewa bila 100% kebergantungan hidup yang kita usahakan kita letak sepenuhnya pada Allah.

And thank you CDM Haji Azlan Deraman for ur fully support pada kami di Dolomite dan Top Leaders Circle.

Sesi bergambar berdua dengan my beloved protege bakal CDM Safriza. 

100k siap
DDM Siap
Car Fund hampir siap
Dan Crown Diamond Manager 2016 confirm!

She still single dan masih menuntut sebagai pelajar di salah sebuah University di malaysia. Tapi sal salute sangat yang beliau tak pernah rasa selesa dengan title single yang beliau ada. Coz muda-muda beliau dah nampak corak masa depan beliau. Impian beliau ingin jadi anak yang dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga tanpa kekangan hutang dan tekanan kewangan semasa.

Congrats both of u.

Bersama penerima award malam ni.

Semoga makin banyak kejayaan yang bakal diperolehi oleh anda semua.
Bersama penerima award bulan May yang lalu. Cantik Myra pakai seluar malam ni.

Di apit ex-HR manager dan ex-accountant... Alhamdulillah happy sangat bila makin ramai yang mula ikut jejak langkah untuk pegang 5 angka setiap bulan...

Cuba uol bayangkan everymonth lebih dari RM15,000 masuk dalam akaun bank lepas kita penat bekerja seharian??? Confirm hilang segala penat kan...Baru berbaloi rasa redah jem n bayar tol setiap hari ke tempat kerja 😄


#RetireYoung
#TimeFreedom


Mereka bukan sekadar rakan perniagaan tapi mereka sebahagian dari sahabat kehidupan sal. Love uol.

Kami adalah TLC, TLC adalah kami.

Mulakan tanpa nanti
Lakukan tanpa henti
Buat sampai jadi
Confirm puas hati.

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, boleh lah segera hubungi sal untuk detai ;)

#AskMeHow
Salleha Roslan

Friday, November 27, 2015

Premium Beautiful Expert : Talaqqi Class, HUKM, Business Sharing near Hospital Sentosa and Famliytime at The Mines


Alhamdulillah hari ni permulaan CUTI SEKOLAH sesi 2015. Orang yang paling happy bukan la Damia Dan Danisha tapi Mama kepada Damia n Danisha adalah orang yang paling bahagia sekali bila tiba cuti sekolah.. Hahaa... Sebab nye cabaran nak siapkan diorg ke sekolah hanya ibu-ibu yang dah melaluinya sahaja yang akan faham apa yang sal maksudkan.

Sepanjang cuti ni, setiap pagi kami akan hantar Damia dan danisha ke kelas Talaqqi di Pusat Bimbingan Rehal. So kalau uol tercari-cari pusat bimbingan yang sistematik mengajar panduan mengaji dengan betul, anda boleh ke laman web www.rehal.edu.my untuk maklumat lanjut.

Pagi ni 1st time Damia n Danisha akan di hantar ke Kelas Bimbingan Al-Quran ni jadi mama pilih baju yang dah siap-siap dobi gosok aje la senang. 

Tengah mama pulak bersiap, diorang dah siap pilih bag untuk di bawa. Tengok-tengok bag Premium Beautiful Emas tu jugak yang jadi pilihan Damia n Danisha untuk ke kelas Talaqqi.

Seronok nampak gayanya diorg nak pergi mengaji.


Adik ngaji kat luar. Damia ngaji kat dalam.  En suami yang temankan anak-anak mengaji. Sal and Muhammad stay dalam kereta layan Magic English.


Ustaz yang mengajar hari ni.


Hujan rahmat masa Damia n Danisha habis mengaji.

Muka orang dah biasa amik darah.

Hari ni sal kena amik darah kat HUKM untuk proses follow up masalah kesihatan lama di klinik endokrin 2. Lama sangat dah tak datang checkup kat HUKM sebab sejak berniaga sal akan refer di private hospital je. Tapi kali ni nak jugak dapatkan semula khidmat rundingan dari pakar HUKM tentang kesihatan sal. Walau masalah kesihatan tu dah lama kembali normal, tapi sal tetap jugak nak rujuk HUKM untuk pengesahan. Empat bulan tunggu untuk dapatkan tarikh appointment hehee so sempat la 3-4 kali checkup dengan private hospital. 


Dah bertahun tak buat rujukan kat sini. Dah macam-macam perubahan ada kat HUKM ni. Service makin bertambah baik. Rasanya almost staff kat sini senyum dan bercakap dengan penuh santun. 


Now nak ke area Titiwangsa pulak untuk meet up my business partner. Balik dari HUKM memang akan lalu sini. Oh sekolah ku... Teringat kenangan-kenangan sepanjang lima tahun menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras ni. 


Happy sangat bila dapat follow Business Partner bekerja. Hari ni berkerjasama dengan my Protege yang rajin ni, Puan Hasikin Ali. 


Sharing is caring.
Di era currency RM merudum ni, semua orang terpaksa ambil peluang untuk buat side income. Tapi dalam mencari peluang, uol kena smart dalam memilih peluang yang terbaik. Pastikan sekiranya uol nak mulakan perniagaan tanpa pernah ada basic berniaga, 1st of all decide untuk pilih business yang ada transaction jual beli product yang aktif. Agak kurang cerdik sekiranya kita terus decide untuk buat bisnez yang keluar modal tapi tak mementingkan JUALAN. Kerana nadi perniagaan yang berterusan adalah ada nya jualan product yang konsisten setiap bulan.

Jangan pilih business yang hanya jual plan. Menjerat diri sendiri kalau kita nak kaya cepat tanpa kita sendiri faham nilai product dan sasaran pelanggan dari business tersebut.

Tu antara tips pilihan perniagaan untuk anda yang masih tercari cari peluang untuk tambah pendapatan. Paling terbaik, pilih peluang perniagaan yang buatkan anda mudah berkomunikasi dengan mentor-mentor perniagaan yang dah terbukti berjaya.

Nak lebih banyak tips? 
Boleh set appointment dengan sal untuk sal kongsikan tips bagaimana dalam masa dua tahun berniaga sal dan suami boleh bebas masa bekerja dan bebas dari bebanan hutang lapuk! Serius tak best bila life penuh dengan hutang. Rasa nak hantuk kepala kat dinding selagi tak settle hutang. Tapi Alhamdulillah dengan kesabaran dan berterusan usaha dalam perniagaan, masalah hutang satu persatu akan dapat diselesaikan.

Kena faham ye adik-adik sekelian, nak bebas hutang dan nak dapat hidup senang ni bukan la kita boleh capai dalam sebulan dua.. Tapi perlukan at leasr 2-3 tahun untuk kita keluar dari tekanan kewangan dan in shaa Allah after that rasa macam nak terbang bebas ke mana mana sahaja bila segala hutang yang difikirkan tak mampu diselesaikan akhirnya lupus satu demi satu hasil dari tuaian dalam perniagaan.


Heading to Seri Kembangan pulak. Let's meet up and fitting Premium Beautiful pada orang Seri Kembangan.

Selfie dalam Smart Tunnel menghala ke Sungai Besi.


Walau sibuk kerja macam mana sekalipun, sal akan pastikan ada masa terluang untuk anak-anak pun bersantai dengan aktiviti yang buatkan diorg happy. Jadi after a few appointment, sal decide bawa diorang mandi kat pool free atas The Mines Shopping Mall ni. 


Kelebihan bila datang sini time hari berkerja. 

Bukan tak ramai orang lagi dah tapi terus tak ada orang...Yuhuuuu so splash pool ni kami yang punya.


Durian Puff at The Mines. 
Sedap sangat durian puff ni. Ada 6 ketul RM10.60 lepas mandi confirm lapar kan. Sebelum tu kami anak beranak dah pergi makan kat food court The Mines ni. Makan yong tau foo, nasi asam pedas, dan nasi goreng ikan. Total makan kat food court je dah RM70.00 

Kat food court ni setakat nak alas lerut boleh la. Tapi kalau nak makan puas dan sedap dengan price yang macam tu memang sal rasa better uol pergi makan pizza ke atau old town white coffee dalam The Mines tu.

Kat food court The Mines tu Yong Tau Foo dan Teh Tarik dia memang sedap sangat. Tujuan masuk sini sebab nak makan yong tau foo je tapi lepas tu jadi rambang mata pulak nak makan nasi bagai.


There's no way to be a perfect mother, but a million ways to be a good one.



Premium Beautiful Mencantikkan Wanita Selepas Bersalin

Tak putus-putus permintaan terhadap Premium Beautiful especially permintaan dari wanita-wanita lepas bersalin. Memang sesuai sangat zaman sekarang ni berpantang dengan pakai Premium Beautiful je.

Gambar yang sal kongsikan ni adalah hasil testimoni mereka yang semakin tegar menjadikan Premium Beautiful sebagai pakaian dalam Exclusive harian mereka. 

From the left:
Mother of FOUR, Mother of Two and the right one Mother of One.

Dasyat kan penangan Premium Beautiful Corset ni pada sesiapa je yang memakainya. Tak kira la dah berapa kali bersalin pun, PB Corset tetap mampu memberikan hasil yang terbaik sepertimana yang kita impikan. No wonder la Premium Beautiful sentiasa mendapat permintaan tinggi dari kalangan mereka yang baru lepas bersalin. Terbukti PB Corset ni sesuai dijadikan set bersalin terbaik sepanjang tempoh berpantang. Yang best nye bukan setakat masa pantang je kita boleh pakai Premium Beautiful ni, tapi lepas habis pantang dan sampai bila-bila pun tetap boleh pakai Premium beautiful ke mana-mana sahaja.

Cantik sangat!
Nampak sebaya dan susah nak bezakan siapa ibu anak satu, ibu anak dua dan ibu anak empat. Bila pakai Premium Beautiful, kita ibarat anak dara sepanjang masa. 

Premium Beautiful Meremajakan Wanita 40an Ke Atas

Testimoni hot Premium Beautiful 2015!

These kakaks rampings will turn 40 next year!
- ada yg turun jeans size from 29 to 25
- ada yang turun berat from 70kg to 45kg
- ada yg siap lengan sekali kurus heheh
- baju dari size M jadi XXS

Beauty, Health , Confidence with Premium Beautiful.

Best kan uols.
Tukar baju dalam biasa pada baju dalam Premium beautiful aje pun boleh buatkan seseorang berubah 360 darjah penampilan diri. Bagi sal sendiri, bila badan cantik, automatically rasa keyakinan diri bertambah 100%

Untuk anda yang berminat nak slim dengan Premium Beautiful, anda boleh segera hubungi sal untuk maklumat lanjut tentang Premium Beautiful ni. In shaa Allah special promotion untuk anda yang mendapatkan service dari PB Agent No 1 2015 ni ;)

SALLEHA ROSLAN

Wednesday, November 25, 2015

Premium Beautiful Expert : Thank You Beautiful Clients



Thank u kakak cantik and semua client yang sangat-sangat beautiful kerana sudi berurusan dengan kami ;)

#PremiumBeautifulExpert
#TopLeadersCircle
www.salleharoslan.com

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan Premium Beautiful dengan harga jimat, anda boleh hubungi sal sendiri di:

Friday, November 20, 2015

Premium Beautiful Expert : Selamat pengantin Baru Norita and Amar

Hari : Sabtu 14 November 2015
Lokasi : Puncak Alam,
             Shah Alam, 
             Sri Gombak, 
             Cheras, 
             Bangi.

Wefie pagi bersama anak teruna. Baru keluar pagar rumah. So jom teman mama selfie. Hari ni banyak tempat nak pergi jadi memang kena la keluar awal kan... Awal ke pukul 10??? Hehee untuk surirumah berkerjaya macam sal ni memang rasa awal sangat dah keluar pukul 10 pagi sebab biasanya pukul 10 tu tak habis lagi bergolek kuch kuch hota hai dengan anak-anak kat rumah.

Destinasi pertama, terus ke stokis Shah Alam memandangkan Shah Alam adalah lokasi terdekat dengan area rumah sal. Singgah jap untuk beli stok Premium Beautiful dari Cash buyer yang dah excited sangat nak pakai baju dalam lock lemak ni.

Alhamdulillah semua size client ada so mudah sangat urusan nak fitting client. Cash buyer Premium Beautiful ni merupakan ibu pada empat orang anak tau...Body cantik lagi and in shaa Allah confirm makin bertambah cantik bila hari-hari pakai baju dalam jenama Premium beautiful ;)

Lepas habis fitting cash buyer Premium Beautiful di Sri Gombak, kami anak beranak yang pelbagai ragam yang bakal dirindui saty masa nanti bergerak ke Cheras untuk memenuhi undangan perkahwinan kawan sal dari sekolah rendah sampai la sekarang. Dulu kat dewan ni la jugak mama n ayah bersanding. Dan kat area ni la jugak mana n ayah ada bergambar. Alhamdulillah sekarang dari berdua dah bertambah umat jadi lima orang...


Bersama sebahagian kawan kawan Sekolah Kebangsaan Taman Midah, Cheras.

Selamat pengantin baru Norita dan Amar. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Cantik sangat Nor di hari bersejarah beliau. Berseri seri pengantin baru ni.

In shaa Allah semoga mendapat berkat dan rahmat dari Allah dunia dan akhirat. Welcome
 to the club dear.



Thursday, November 12, 2015

Premium Beautiful Expert : Special NDO with CDPian Top Leaders Circle


Together we are an ocean.
Alhamdulillah almost 100 young entrepreneur yang hadir majlis NDO OR New Distributor Orientation team kami hari ni.

Untuk abang-abang yang tolong jaga anak-anak kecil kat belakang tadi tu, Terima kasih. Bertuah isteri yang ada husband yang boleh membantu untuk sama-sama turun padang sekejap. Tak lama pun majlis ilmu kita hari ni kan. Dalam tiga jam je untuk cover pelbagai ilmu business serentak.

Buat anda semua, kak sal ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi memberi kerjasama dan sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ilmu CDP kita pada hari ni.

Mereka hadir dari serata tanah air Malaysia, Utara, Timur, Selatan dan Sabah demi menuntut ilmu yang sentiasa perlu ada untuk meneruskan perjuangan dalam meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Nak berjaya, ILMU mesti kena cari berterusan.


Kusyuk dengar ilmu yang disampaikan speaker.


Full House NDO cdp. Cubaan pertama kali yang luar biasa sambutan nya. Terima Kasih semua kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk hadir ke NDO kita.


Ternganga semua dengar perkongsian ilmu tentang killer product wanita ni dari bakal DDM Nuzul Hafiz yang berasal dari KUANTAN. Nuzul ni lelaki sejati ok uols, ayah kepada dua orang anak perempuan. Tapi beliau punye knowledge tentang Premium Beautiful Corset memng la super power! Tip Top penyampaian beliau untuk memahamkan kami semua hari ni. Memang sebaris Raja PB yang sedia ada dah Nuzul ni.


Kaum hawa bila dengar perkongsian beliau mengenai Premium Beautiful, confirm akan terliur terus nak pakai PB Corset masa tu jugak. No wonder la Nuzul tak putus-putus dapat cash buyer PB. Tapi uol jangan pelik pulak, pelik macam mana Nuzul ukur dan pakaikan orang ye? heee.. Tugas memakaikan Premium Beautiful pada kaum hawa, semua nye dilakukan oleh isteri beliau yang turut sama menjalankan perniagaan baju dalam kesihatan no 1 ni.


Siap ada trainning untuk ajar ukur client lagi. Sebab tu uol tak perlu risau sekiranya berminat untuk dapatkan Premium Beautiful kerana agent kami di CDP Top leaders Circle sentiasa di beri ilmu fitting and converting size yang tepat. Ini dapat mengelakkan cient dari memakai premium beautiful dalam keadaan mengah dan senak. So nak beli Premium Beautiful, dapatkan hanya dari kami premium Beautiful Expert TLC.


Rancak belajar mengukur.

Miss Emcee hari ni, Ammyyra Atyka Halim.


Very komited leaders Myra ni.


Second speaker hari ni yang berkongsi tentang plan pemasaran Top leaders Cirle, bakal DDM Melati. Beliau merupakan Head Manager di sebuah syarikat antarabangsa yang berpusat di Melaka. Walau masa bekerja beliau sendiri dah terlalu padat, tapi beliau masih boleh berniaga dan jana pendapatan melalui online dengan ilmu dan strategi yang ada dalam Top Leaders Circle.


Kalau uo teringin nak jana extra RM5000 ke RM14,500 Sebulan sepertimana yang mereka dah capai, uol jangan segan-segan hubungi PB Experts Top leaders Circle atau anda sendiri boleh terus hubungi sal untuk sal sharekan pengalaman berniaga bersama TLC.


Selfie sekejap about 5 minutes before next session.


Now is my turn untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.


Kita tak mampu nak ubah ekonomie negara mahupun dunia, tapi kita masih mampu untuk ubah ekonomi diri dan keluarga kita. Jadi, Berniaga lah. Kan berniaga ni 9/10 punca utama rezeki.


Business with Top Leaders Circle ni mudah je untuk yang tak pandai berniaga, kerana serba serbi diajar dari zero hingga anda benar-benar pro. Business ni hanya duplikasi sahaja gerak kerja mentor yang dah terbukti berjaya.


Rata-rata pendapatan individu di Malaysia ni hanya dalam purata RM3,000 sahaja sebulan. Betul kan? So cuba uol bahagikan RM3,000 tu dengan tiga puluh hari? berapa je sehari yang kia boleh belanjankan sehari dengan income 3K tu. Tolong jangan kata uol selesa dengan jumlah pendapatan 3k sebulan. Yang kata duit tak penting, sebenarnye mereka adalah orang yang sang pentingkan diri sendiri.

Majoriti yang berniaga bersama TLC, bukanlah kerana mereka tak cukup duit gaji, tapi kerana persediaan tabungan dan persediaan untuk hidup bebas hutang yang buatkan mereka mengambil langkah untuk berniaga. Zaman inflasi ni, semua keluarga dah perlu ada back up plan untuk jana pendapatan tambahan. Siapa yang tak ambil peluang berniaga, confirm dia akan ketinggalan.

Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi kerana bersyukur la kita perlu usaha lebih lagi sementara kudrat masih ada, dan taraf kewangan masih selesa. Jangan tunggu waktu yang tepat untuk lakukan sesuatu, kerana waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yang menunggu.


Ya Allah part ni paling menyentuh hati.
Sampai hati uol buat kak sal macam ni kan!
Siap ada surprise celebration from my team sempena birthday sal yang ke dotdotdot.


Terima kasih tak terhingga buat anda semua. 
Kak love u and proud to have all of u as my team.


In shaa Allah semoga kita semua sama-sama menjadi inspirasi antara satu sama lain untuk berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.




























Terima kasih kak lia sudi datang jauh dari Port Dickson.





UNITY IS STRENGTH.
WHEN THERE IS TEAMWORK AND COLLABORATION, WONDERFUL THINGS CAN BE ACHIEVED.

Want to be a part of our team?
Don't hesitate to contact me,

SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641