Tuesday, October 6, 2015

Berapa perlu bayar untuk berjaya?

Semua orang nak berjaya. Nak sebut perkataan "saya nak berjaya" tu memang mudah sangat. Sesiapa pun boleh sebut. Tapi untuk meralisasikan kejayaan tu hanya yang sabar dan sanggup berkorban je yang akan mula merasai hasil dari apa yang mereka semai. Nak berjaya, memang perlu semai keSABARan. Bukan mudah nak senang tapi percayalah yang ianya sangat tak mustahil. Nak pulak untuk anda yang bergelar :
Ibu
Anak
Pekerja
and in the same time buat business.
Jadi cabaran memang tak putus-putus datang. 

Setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian. Bila datang cabaran, Allah tak suruh kita bersusah payah fikirkan jalan penyelesaian, apa yang kita perlu buat hanya solat dan meminta-minta padaNya. Banyakkan menjemput rezeki dari terlalu leka mencari rezeki. Solat dan sedekah antara kaedah terpantas dan paling berkesan menjemput rezeki. Tak perlu tunggu kaya baru nak memberi, tapi mulakan je dengan apa yang ada.

Entry kali ni Sal nak share pengalaman masa mula berniaga dulu. Sal mula berniaga empat tahun lepas dalam keadaan yang masih berkerja. Memang penat buat kerja ofis dan dalam masa yang sama berniaga dan tiada pembantu untuk uruskan kerja rumah dan anak-anak. Kalau ikutkan hati, memang tak nak pun berniaga sebab tak minat! Tak suka berniaga ni sebab sal nak benda yang mudah-mudah je. Tapi sebenarnye hidup ni bila kita ambil mudah, banyak kesusahan yang mula kita hadapi. Paling susah adalah dari segi masa dan kewangan. Tak kan ada perubahan masa dan wang ringgit bila kita always amik mudah untuk tak nak berusaha dan tak sanggup bersusah payah untuk lebih selesa di masa depan.

Ni antara memori kami anak-beranak sepanjang sal berniaga. Kedai kami adalah internet je. Tak perlu sewa kedai, tak perlu susah-susah bayar bil pejabat, tak perlu susah-susah hire pekerja...

Boleh dikatakan sepanjang masa sal nak anak-anak sentiasa ada depan mata. Tu yang sampai sanggup usung anak setiap kali ada urusan business yang perlukan kami keluar rumah. Tak sampai hati rasanya nak selalu tinggalkan anak-anak suruh mak jagakan. Ye la just imagine tiga orang anak dengan pelbagai ragam, nak pulak mak dah tak berapa larat nak bangun duduk. Jadi biarlah kami suami isteri yang berpenat dengan mereka. Anak sendiri, jadi pandai-pandai la jaga. Sal pun ada terdengar semalam kat radio ikim yang tak patut sebenarnye seorang anak tinggalkan anak-anaknya pada orang tua mereka, sedangkan mereka keluar bekerja untuk mencari duit atau rezeki walaupun mak tu kata TAK APA. 

Ni tahun 2013 masa ni Danish tak pandai berjalan lagi. Masa ni mama ada class kat TLC Centre dari pukul 2 sampai pukul 6petang. Bayangkan berejam en suami dan anak-anak berkampung dalam kereta. Tapi Alhamdulillah diorang sendiri happy bila always ada mama n ayah depan mama. Ala.....duduk dalam kereta aje pun. Bukan nye kena duduk kat tepi-tepi jalan pun kan ;)


Ni pun masa tahun 2013.
Masa mama ada class kat Batu Caves.

Ni tahun 2014 masa mama tengah bantu rakan kongsi pergi fitting Premium Beautiful dan buat business sharing.

Ni pun tahun 2014 jugak.
Siap beli tilam yang boleh pasang kat kereta tu.


Ni Muhammad Danish Shafiq yang tertido kat surau class TLC. Ni awal tahun 2014. Penat main dengan kakak-kakak la tu sampai tertido macam ni. Tapi Muhammad memang jenis suka tido bersepah macam ni. Kalau kat rumah pun dia akan tido kat mana-mana je ikut mata dia.


Ni sal dalam patang tahun 2013.
Bila dah biasa pergi class, dia jadi habit tau sampaikan lepas sebulan bersalin terus nak jugak datang class serap aura dan semangat.


Jadi,
Berapa perlu bayar untuk berjaya?
Bayar dengan pengorbanan je...
Semua manusia yang berjaya adalah mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka dulu...Nilai pengorbanan tak terhitung harganya...
Buang rungutan! 

"Saya tak de masa"
"Saya penat"
Etc.
Alasan dan rungutan tu la sebenarnye PEMBUNUH IMPIAN SENDIRI!

Menitik air mata tengok semula gambar ni...masa ni sal masih dalam pantang...masih bekerja...masih ada hutang keliling pinggang lagi dan masih tak berapa kuat nak handle tekanan dari manusia negetif...Tapi yang sal tau, sal ada family, ada mentor dan ada Allah yang sentiasa membantu...
Alhamdulillah hari ni 360 darjah semua berubah...‪#‎TimeFreedom‬‪#‎FinancialFreedom‬ dalam genggaman...All praise to Allah...
Anak sal makin membesar hari ni, makin besar mereka, makin besar belanja...makin besar mereka, makin besar cabarannye...Alhamdulillah saat ni 24 jam anak depan mata...Alhamdulillah hari ni segala hajat anak dapat ditunaikan tanpa mereka menangis sedih meminta-minta...Alhamdulillah...




Alhamdulillah tahun 2015 tempat tido anak dah di upgrade.

Setiap kali naik kereta ni confirm tido. Sampai meleleh air liur basi. Masa ni Muhammad ikut mama jumpa rakan kongsi untuk personal touch session di Nilai.


Hasil pengorbanan yang dah dilakukan, hari ni alhamdulillah Sal happy sangat bila impian nak BEBAS MASA dan ada masa 24Hours dengan anak-anak dah jadi kenyataan. Sal boleh pilih masa sendiri untuk bekerja tanpa terikat dengan tugasan pejabat.


Happiness is a Choice.
Pilih je kita nak happy yang macam mana. Dreams sal memang nak jadi suri rumah berkerjaya dengan income lima angka sebulan.


Dream sal jugak nak kan life yang kita tak rasa terbeban dengan kenaikkan harga barang. Masa ni kat KLIA. Nak jumpa Rakan kongsi jugak. Ni pun antara dream sal, kalau nak parking kat tempat sesak, sal nak parking kat Valet parking je. Tak kisah lah kena bayar sejam RM20 pun asalkan dekat dengan main entrance.

Dream sal jugak nak pegang salji kat europe. Alhamdulillah berjaya impian tu. Dapat pergi FREE Austria, Hungary, German, Dubai tanpa keluar duit sendiri.


Dream sal jugak...Nak bebas masa tengok movie dengan anak-anak di hari orang lain bekerja. Kalau weekend sesak, so better kita enjoy movie on weekdays.

Dream paling utama, nak hantar anak pergi dan balik sekolah hari-hari. Masa ni Damia ada majlis hari raya kat sekolah. Tu yang pakai baju biasa. Siap nak pakai tudung macam mama katanye.


Another dreams. Nak anak-anak happy dapat masuk playground yang ada macam-macam mainan setiap kali mama ada appointment fitting or sponsoring client. RM38 per head untuk sepanjang hari. Dulu RM8 pun sal fikir 100 kali nak keluarkan. Tapi sekarang Alhamdulillah anak-anak sampai boring dah nak duduk dalam ni.

Another dreams... Nak bersenam kat tasik di hari orang bekerja. Dulu tak de masa nak sihatkan nadan dengan aktiviti keluarkan peluh. Tapi sekarang Alhamdulillah tiga kali seminggu sal akan ke tasik atau masuk ladies gym.

Time Freedom with kids.

Kidzania paling best pergi adalah masa bukan cuti sekolah. Coz boleh elak sesak n tak cukup masa nak spend kat dalam ni.

Rasa nak makan seafood kat tepi laut masa ni. So tanpa fikir banyak husband terus bawa ke area Morib.

Mother's day kami jatuh pada setiap hari. :D

Dengan mama sekali lencun sebab kena terjun kolam selamatkan Muhammad yang dah tertonggeng masuk kolam.

Mama always choose shopping mall setiap kali appointment. Sambil berkerja sambil shopping. 

Dreams nak celebrate birthday anak kat private playground.




Dreams nak breakfast selalu dengan anak-anak di hari biasa.

Meaning, nak capai apa yang kita nak, basic dia kita just perlu ada IMPIAN je. Tak kisah la apa pun dreams kita asalkan terus tarik impian kita. Macam sal memang impian sal besar terhadap anak-anak. Sal nak spend banyak masa dengan anak. Sal nak anak-anak selalu ada depan mata sambil bebas memenuhi keperluan anak-anak tanpa sekatan wang ringgit. Sal dah pernah rasa membesar dalam keadaan serba biasa. Dah pernah biasa makan nasi dengan kicap je masa kecik-kecik walaupun tu bukan la my favourite food pun telo and kicap tu. Tapi Alhamdulillah sebab pengalaman hidup macam tu la yang buatkan rasa bersyukur dengan peluang yang Allah berikan dalam hidup. Allah bagi kita serba kekurangan dulu supaya kita tau bersyukur dan meminta-minta padaNYA and in the same time akan buatkan kita tau hargai orang lain di waktu kita mula senang.

Bukan senang nak senang tapi ianye adalah sangat tak mustahil. Nothing impossible bila kita sendiri NAK berjaya.

Setiap kali datang cabaran dan halangan kuatkan diri untuk ingat semula apa niat kita untuk berjaya. Hanya yang always positif je yang akan makin ke depan. In shaa Allah semoga kita semua berjaya merealisasikan impian kita dunia akhirat.





4 comments:

  1. tiffany and co jewelry, http://www.tiffanyandco.in.net/
    prada handbags, http://www.pradahandbagsoutlet.co.uk/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbag.us/
    tiffany jewellery, http://www.tiffanyjewelleryoutlets.co.uk/
    hermes belt, http://www.hermesbelts.us/
    ugg outlet, http://www.uggsoutlet.us.org/
    karen millen dresses, http://www.karenmillendressesoutlets.co.uk/
    replica watches, http://www.replicawatchesforsale.us.com/
    christian louboutin online, http://www.christianlouboutinonline.us.com/
    canada goose jackets, http://www.uggbootscheap.eu.com/
    gucci, http://www.borseguccioutlet.it/
    air jordan shoes, http://www.airjordanshoes.us.org/
    the north face outlet store, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    louis vuitton, http://www.louisvuitton.in.net/
    ugg boots, http://www.uggbootsclearance.in.net/
    nobis outlet, http://www.wellensteyn.com.co/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglassesonline.us.com/
    snow boots, http://www.wintercoats.us.com/
    lebron james shoes, http://www.lebronjames.us.com/
    beats by dr dre, http://www.beatsbydrdre-headphones.us.com/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlets.in.net/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    montblanc pens, http://www.montblanc-pens.com.co/
    vans shoes, http://www.vans-shoes.cc/
    dansko outlet, http://www.dansko-shoes.us/
    2015109caihuali

    ReplyDelete
  2. seronok baca kisah kak cheq. lamanya tak jumpa. enny slalu baca kisah kak cheq, mmg sumber inspirasi sungguh ;)

    ReplyDelete
  3. seronok baca kisah kak cheq. lamanya tak jumpa. enny slalu baca kisah kak cheq, mmg sumber inspirasi sungguh ;)

    ReplyDelete