Saturday, September 5, 2015


#JanganMembangau
Jom sama-sama fahamkan budaya membangau ni...macam lawak pun ye jugak sebab dulu sal tau nyanyi je :D

Budaya Burung Bangau -
‘Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?’
‘Macamana aku tak kurus, ikan tak nak timbul...’

Penudingan jari bermula just becoz bangau kurus je, akhirnya berterusan hinggalah pada punca masalah iaitu ular yang nak makan katak. Lastly tak de siapa yang untung. Mungkin ular je la yang untung sebab dia boleh baham je katak tu.

Tapi disebabkan semua pihak, terutama bangau yang tak boleh fikir jauh sikit bila ikan tak nak timbul, sedangkan bangau boleh terbang untuk ke kawasan lain yang ada ikan.. Mungkin disebabkan bangau malas nak berusaha, malas nak cari jalan lain, malas nak terbang, maka jalan pintas ialah salahkan ikan. Ikan pula salahkan rumput. Rumput pulak salahkan kerbau... dan begitulah seterusnya menyalah orang lain sebab diri sendiri tak mampu nak hadapai sesuatu perkara. Adakah kita still nak jadi macam burung bangau???

Berhenti salahkan orang lain atas kegagalan kita. Seringkali seseorang mengkambing hitamkan orang lain atas kegagalan yang dialaminya. Ni adalah sikap yang sama sekali tak kan menghasilkan jalan keluar.

Ingat macam ni je, masa depan kita tanggung jawab kita sendiri. Tak de sorang pun yang dapat halang kita untuk berjaya bila kita menginginkannya. dan tak de sorang pun dapat membuat kita berjaya bila kita tidak menginginkannya.

#SembangMalamMotherOfThree
www.salleharoslan.com

No comments:

Post a Comment