Sunday, July 12, 2015

Shopping Raya

Sekarang tengah mode orang berpusu-pusu ke KL Raya Fest 2015 Mood Republik kan. Syok shopping beramai-ramai. Sesuai untuk yang single dan tak perlu usung handbag kiri kanan macam sal  ni..huhuu. Puas dah merasa suasana bersesak di penghujung Ramadhan masa muda remaja dan tak berkeluarga dulu. But now masa yang relax dan santai sangat dititik beratkan memandang ke mana saja sal pergi mesti tak ketinggalan akan bawa sekali Damia Danisha and Danish ni. So for this year Alhamdulillah persediaan pakaian raya dan kelengkapan rumah untuk raya sal dan husband di beri rezeki lebih untuk lakukan sebelum menjelang bulan puasa. Dan alhamdulillah termasuk persedian untuk mak dan mertua turut dapat dilakukan before ramadhan. 


Di The Strand. 
Lokasi santai kami anak beranak. Sambil makan sambil shopping Zawara dress di butik zawara Kota Damansara. Cari Elora Dress for mama and anak dara berdua ni. Biasanye bila datang butik zawara, memang sal takkan try baju yang di beli sebab tau memang size XS from zawara memang dah ngam dengan sal. Tapi bila beli baju Damia n Danisha, after bayar baru terfikir nak try dress diorang tu. So kesan dia, memang tak ngam la elora kids tu dengan diorg. Terpaksa tukar size dan yang sedihnye size damia untuk ditukar pulak tak de size dah kat Butik Zawara Kota Damansara. So terpaksa mama amik color elora kids yang lain dulu n decide untuk cari color yang sama dengan mama di butik zawara di cawangan lain pulak.


 Apa pun weol tetap happy Alhamdulillah sebab dapat grab dress Zawara. Yang pastinye, baju- baju yang di beli ni confirm before raya dah selamat di pakai dulu punye. Hahaa.

 Sambil shopping sambil berlari lari kejar Muhammad Danish Shafiq memang sesuatu yang amat menyihatkan badan. Sebab tu sal akan elakkan shopping di kala peak season dan di area yang jadi tumpuan ramai orang dalam satu masa coz i cant handle the situation yang mana Muhammad Danish Shafiq akan berlari laju ikut suka dia.

 Sebeleum ke Shah Alam singgah masjid Kota Damansara untuk jalankan kewajiban. Sebelum shopping tak tentu arah baik jalankan dulu amanah pada yang memerlukan.


 Destinasi seterusnya. Shah Alam seksyen 7.

 Asalnye nak ke Zawara Shah Alam je, Tap disebabkan Zawara dan Jovian Store Shah Alam ni berdepan je, so termasuk la ke lubuk fashion ni. Dan pilihan sal adalah baju purple yang patung slim tu pakai.

Uol kalau nak shape solid macam patung tu jom pakai premium beautiful jom. Very easy nak select baju bila bentuk badan cantik dan kemas. So that tak de la pakai baju terlipat lipat.

Nanti confirm lepas ni beranak pinak baju Jovian ni dalam koleksi lemari sal. huhuu. Nama pun "wanita"...memang tak boleh lari dari nafsu membeli belah. But alhamdulillah seriously bila berbelanja tanpa perlu tengok price tag, tak terasa penat pun badan coz tak perlu lagi dah nak round-round dulu semua kedai seluruh shah alam then datang balik ke kedai yang dah di survey. Beza sangat berbelanja dengan bajet-bajet dan berbelanja tanpa tekanan.
 Now, once u love the design then u just grab it and pay.



No comments:

Post a Comment