Friday, July 31, 2015

Dolomite Award For May and June 2015

First class after raya with my team.
TLC Premium Beautiful Expert.

Malam ni kami meraikan kejayaan usahawan usahawan cemerlang yang berjaya menepis cabaran dan halangan yang pada mata kasar manusia nampak mudah, tapi hakikatnye hanya tuan empunya badan je yang tahu betapa struggle nye mereka untuk achieve pencapaiAn tersebut. Apa pun TAHNIAH buat my team yang menjadi sebahagian besar penerima award pada malam ni. Semangat juang uol sangat memberi inspirasi pada kak sal dan yang lain.

Tahniah DDM Farhana Ramli untuk award DDM.
Satu anak tangga je lagi untuk bergelar Crown Diamond Manager.

Tahniah penerima award 100K!
DSM Aisyah Zazuri dan DSM Zulhimi Ali. 100K Ni adalah simbolik pada income five figures. 

Tahniah penerima award 180k award. 
DSM Liyana Tahar.
DSM Ammyrra Atyka
DSM Arni Yusnida
DSM Melati 
DSM Aisyah Zazuri

Sentimental value ni bila CDM Multimillionaire sendiri yang menyampaikan anugerah cemerlang pada semua penerima award.
DDM Farhana di apit mentor-mentor nye.
Beruntung sangat bila berlapis mentor yang sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan pada kita dalam berjuang mencapai kejayaan. Thank you CDM Abang Lan dan CDM Kak Salha kerana tanpa jemu membimbing dan memberi sokongan padu pada sal dan team TLC.


Yang atas tadi tu wife dia dan ni Zulhilmi husband pada Farhana. Wife siapkan DDM, Husband siapkan 100K. Memang terbaik usaha dan semangat juang mereka suami isteri. Bayangkan lelaki pun power berniaga Premium Beautiful.


Tahniah untuk our family member yang juga berjaya untuk 100k award, DSM Suraya SK and her mentor yang ceria selalu DDM Lynn Shukor. Sorang sonographer dan sorang lagi CEO syarikat. Sal selalu rasa tercabar bila CEO yang merupakan anak jutawan dermawan pun masih nak pelbagaikan perniagaan beliau, ni kan sal yang biasa-biasa je.


This is DSM Award. Ni merupakan pencapaian ketiga tertinggi dalam business baju dale ni ;)
Diana Dee mewakili DSM Melati.

Tahniah bakal DDM Aisyah Zazuri. Beliau dari Johor tapi mempunyai rangkaian besar di pantai timur tanah air. Walau jauh, ulang alik JB KB bukan halangan utama untuk sama-sama menambah nilai pada rakan kongsi yang lain.


Yang ni pun memang fighter! Bagi la task apa pun memang Arni akan siapkan. Semangat membara tak pernah padam pada ibu muda cantik jelita ni. Tahniah bakal DDM Arni Yusnida. Alhamdulillah sekarang dah bergelar ibu sepenuh masa. Bebas masa dah sejak mula ceburkan diri dalam business ni.


DDM Safriza Azwani mewakili anak didik beliau DSM Liyana Tahar yang berada di Terengganu. Tahniah both of u saf n liyana atas pencapaian 180K Sales. 


Tahniah DSM Ammyra Atyka Halim. Alhamdulillah satu demi satu tangga kejayaan myra dah lalui. In shaa Allah more to come. Let's do this Myra!


Kesemua penerima anugerah 180K .


Kesemua penerima anugerah 100k bersama CDM masing-masing.


Emcee untuk malam ni. CDM Acik.
Simple, bersahaja tapi padat dan menyengat!


New CDM dari Kelantan. CDM Najiha.
Jie ni senior engineer yang ada company sendiri. Tujuan buat business ni sebab nak bebas berbelanja walau ayah sendiri tokey besar di Kelantan. Tapi beliau sendiri nak buktikan yang beliau boleh berjaya melalui hasil titik peluh sendiri tanpa perlu bergantung 100% pada kekayaan keluarga.



Thanks orang JB datang dari jauh untuk majlis ilmu malam ni.


We are Top Leaders Circle Premium Beautiful Expert!


Let's Join us sekiranya anda ingin mengalami pengalaman bebas masa, bebas hutang dan bebas berbelanja. Free training and free coaching available.


















“In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure.”
Contact sal kalau ada berimpian untuk bebas masa, bebas hutang dan bebas berbelanja. 

SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641

Tips Berkesan Turunkan Berat Badan Dan Turunkan Paras Kolestrol Jahat

Ingat lima perkara sebelum lima perkara. 
Simple je quotes tu tapi kesan dia luar biasa.
Setiap apa yang Allah izinkan berlaku sama ada baik atau buruk, memang ada hikmah nye. Yang baik adalah ujian, yang kurang baik jugak adalah ujian. Allah maha hebat bila DIA berkuasa mengizinkan kita merasa pelbagai rasa. Ada masa kita happy, seronok, teruja dan ada masa kita sedih, murung dan rasa kurang bermaya. Semua tu terjadi dengan izin Allah. Allah nak uji kita, Allah nak beri banyak mata pahala pada kita. Jadi, sepanjang masa biasakan berzikir ingat Allah. Opsss! Sal bukan ustazah. Dan sal pun masih belum sempurna. Cuma agak terpanggil untuk tulis entry ni untuk diri sendiri jugak yang tak terlepas dari pelbagai ujian.

Lately badan sal rasa kurang selesa, sampaikan tergerak hati nak ke HUKM untuk buat ujian semula berkaitan thyroid panel yang Sal dah diagnos ada since 2006. Dan alhamdulillah pada tahun 2011 my hormon dah jadi normal dan bengkak mula surut. Tapi bila lately ni jantung kerap laju dan berdebar debar, sal ke HUKM untuk buat check up. Tapi as we know bukan mudah nak dapat appointment dengan hospital bersubsidi coz my appointment with endokrin HUKM will be on November 2016. Lambat nyeeeee lagi..So 25 June tu jugak  lepas submit surat refer HUKM sal terus ke Putra Medical Centre untuk jumpa pakar perubatan endokrin sana. Alhamdulillah tak sempat nak scroll facebook pun dah kena panggil masuk bilik doctor. Memang padan la harga dengan service dia, untuk consultation sahaja dia dah buka RM130 untuk kita...tak kisah la asalkan service tiptop dan jimat masa.

For the 1st result, My hormon memang normal. Doctor kata cantik sangat dah. Dan bengkak leher pun kecik je. Normal.

Then sal tak puas hati coz "KENAPA SAYA MASIH BERDEBAR DEBAR DAN TAK SELESA" kemudian doctor kata kita try check lagi 4 minggu dari sekarang. Tengok samada ujian darah tairod tu still normal atau akan ada perubahan hormon.

Sambil tu sal buat research tentang tairod ni. Sal buat bacaan dan tengok segala experience pesakit tairod. Bayangkan, dari 2006 sal hidap tairod, baru sekarang tergerak hati nak study tentang rawatan dan cara pencegahan tairod ni. Group TAIROD DAN ANDA di facebook banyak membantu sal tentang penyakit hypertyroid ni. Sal dulu jenis grave disease.

Simptom Grave Disease ni :
Jantung laju
Berdebar
Gelisah
Rasa nak marah
Murung
Mata terbonjol keluar
Muka cengkung
Badan melengkung
Sakit sendi
Agak sukar bernafas
Tangan berpeluh
Tangan menggeletar
Kuat tido.
Kuat makan tapi berat susah naik.
Bengkak leher.

Tu antara simtom masalah hypertyroid. Kalau hypo pulak, dia terbalik dari hyper tu.

Beza kan muka sakit dengan muka sihat?
Tudung hijau tu ketara nampak mata tersembul. Masa tu still hyper lagi. Yang baju pink tu alhamdulillah hormon mula stabil.

Masa 2006 tu macam biasa la doc mulakan dengan carbimazol, then sal pregnant doc tukar PTU. And sometimes sal amik propanolol untuk kurangkan jantung laju. But for Carbimazole n PTU sal selalu skip amik. Tapi uol jangan follow ye...sal tak matang lagi masa 2006 until 2011 tu, so sal memang jarang sangat amik ubat sebab takut bila dengar risiko makan ubat tyroid ni. Doctor suruh RAI pun sal skip. RAI tu sal tak buat sebab tak boleh nak pisah dengan anak. Konon nye seminggu tanpa anak nanti gundah gulana la hidup sal. Coz once amik RAI kita akan diasingkan dari manusia supaya kesan nuklear tu tak masuk dalam badan orang lain especially kanak-kanak yang tak berdosa tu ;)

And now syukur Alhamdulillah.....!!!! Semalam second appointment with endokrin doctor di PMC. And the result NORMAL dan doctor cakap bengkak pun actually tak de. Cuma sal request doctor to scan my neck sebab sal nak tau jugak apa yang ada kat leher coz sometime rasa tak selesa bila telan air liur. Dia tak sakit tapi tak selesa seakan akan ada something yang mengikut masa telan air liur tu. 


Ni result darah untuk tairoid dan my kolestrol.
Alhamdulillah dua-dua ada perkembangan positif.

Untuk uol yang ada masalah hypertyroid, apa kata uol try sekali check paras kolestrol uol. Coz kita yang ada tairod ni kan jenis kuat makan dan suka belasah apa je sebab berat badan susah naik. So dalam dok bedal je segala foods yang ada, kita tak perasan paras kolestrol kita tinggi dan berada di paras membunuh. Huhuu scary nauzubillahiminzalik.

Sebab sal tergerak hati sebelum puasa tu nak check paras kolestrol. Ye la sebab doctor tairod kata my hormon was normal, so ni mesti ada something ni pada badan...sal boleh rasa sal ni high kolestrol adalah sebab:

Jantung rasa tak selesa.
Mengantuk tahap gaban.
Murung.
Tak bermaya.
Sakit sendi.

Dan.......memang betul sal very high kolestrol. 
1st result darah 6.9
2nd result darah 7.2
ya Allah serius cuak kot masa tu. Sebab fikir kenapa makin naik???
Huhuhuu...tu dia "u are whay u eat"!!! Banyak sangat makan telur, daging, udang n seafood bagai...no wonder la berjaya ternak kolestrol dalam darah.
Baca tentang masalah kolestrol ni memang buat kan jiwa raga rasa nekad nak turunkan kolestrol ke paras normal semula. AKU NEKAD!!! hahaa tu dia, bila dah terjebak jadi usahawan ni, tak pasal-pasal nekad nak berubah ke arah yang lebih baik tu mudah je nak meresap.

Nak tau apa yang sal buat selama seminggu lepas sal check total kolestrol 7.2 tu? Untuk uol yang berimpian nak turunkan paras kolestrol tu, jom cuba follow sepenuh hati antara tips-tips berkesan yang sal buat. Alhamdulillah berkesan.


Sal amalkan pemakanan sihat. Makan ikut sunnah.
Rasul kita memang terbaik. bila mana segala sunnah kita ikut in shaa Allah membantu naik taraf kehidupan kita. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Serius tak lalu makan kot bila kenang kan tahap kolestrol terlalu tinggi. Tapi sal motivate kan diri dengan baca kisah-kisah testimoni yang berjaya turunkan paras kolestrol mereka.

Antara yang disarankan adalah:

1) Kawal pemakanan... 
Kurangkan atau lagi baik tak payah amik langsung dulu buat sementara waktu ni makanan yang menjadi penyumbang tertinggi kewujudan kolestrol such as daging, telur kuning, seafood.

2) Amalkan setiap pagi sebelum sarapan, dan setiap malam sebelum dinner makan OAT BG 22 dari bio grow yang ada dalam gambar tu. Serius power oat bg 22 tu bila dalam masa seminggu je paras kolestrol sal turun pada tahap normal. Thanks my dear sis Soraya Nashir atas tips makan oat jenis BG22 ni.

3) Makan Epal Hijaou at least 2 biji sehari. Sal makan sebelum makan nasi.

4) Amalkan makan bawang putih...erkkkkk bawang putih? Biar betul? Hehee jangan la amik yang mentah mentah tu. Tapi dapatkan yang dah di buat juice atau yang dah ditabletkan. Sal amalkan minum garlic juice yang my friend masak sendiri (macam dalam gambar kat atas tu)..dah habis dah pun sebotol. Sedap sangat Garlic Juice hasil tangan Che Nadya Arshad tu. 1st day minum Garlic Juice terus rasa panas-panas sedap je saluran darah satu badan. Alhamdulillah rasa bernyawa la bila garlic juice ni bertindakbalas mengikis saluran darah yang tersumbat.

Kalau uol nak order untuk cuba bantu ahli keluarga yang ada masalah arteri tersumbat atau tinggi paras kolestrol, boleh je contact Garlic Juice CheNad 016-2090702

Dan sal jugak amik dua tablet garlic Hai-o yang ada kat gambar tu. Alhamdulillah memang sangat membantu merendahkan paras kolestrol bila amalkan pemakanan basic macam ni.

Paling best adalah BERAT BADANKU TURUN 4 KILO!!!!!!!!
Mana tak turun kan, makan oat je dah memang dia tarik habis lemak jahat semua keluar. Ditambah pulak dengan khasiat epal hijau yang memang femes sebagai antioxidant, siap belasah garlic lagi hari-hari coz garlic terkenal sebagai pemecah lemak dalam darah dan badan. So sesuai sangat la semua ni untuk uol yang memang plan nak turunkan berat badan.


Sambil tu jangan lupa bersenam. Mesti kena bersenam keluarkan peluh. Kalu uol tak de masa nak workout kat gym atau pergi tasik buat lari lari anak, uol mop mop rumah ke sapu sapu sampah sampai keluar peluh pun dah ok. Sebab cara singkirkan toksik memang akan melalui peluh dan buang air besar dan kecik.

Nak sihat tak boleh malas dan kedekut. Mesti nak kena spend lebih untuk kekalkan kesihatan.

Alhamdulillah tuhan uji sal dengan ujian kesihatan ni di waktu sal mula dapat kebebasan masa dan bebas berbelanja. Jadi kurangla sikit tekanan untuk ke sana ke sini bagi nak sembuhkan balik masalah kesihatan yang ada. Sebab nilai sihat memang tak terhitung harganya. Tuhan pinjamkan kita segala apa yang ada pada tubuh kita ni, jadi kita mesti nak kena jaga sungguh-sungguh nikmat yang dah Allah beri sebaik mungkin.

Benda bernilai memang mahal!
Thats y rasa berbaloi jugak sejak 4 tahun dulu dah invest untuk pakai Premium Beautiful walaupun masa tu tak ada duit pun nak beli pb. Ye la hilang akal apa gaji dua ribu nak beli baju dalam dua ribu jugak. Tapi Alhamdulillah pb antara asbab hormon thyrod sal maintain normal sepanjang 4 tahun ni. Workout sambil pakai pb pun memang antara kaedah terbaik untuk dapatkan bentuk badan kemas dan cantik. Niat kan pakai untuk sihat. Sebab bila sihat baru datang cantik. Sungguh sal cakap,bila sakit, kita sendiri tak kan ada mode nak senyum dan bergaya...kita mudah murung...tapi bila jadikan Premium Beautiful sebagai alternatif rawatan, in shaa Allah ianya sangat membantu.

Nak tau apa itu Premium Beautiful?
Jom ke link ni...details.
http://www.salleharoslan.com/2014/05/apa-itu-premium-beautiful.html

Bila uol follow tips :
Makan oat
Makan epal hijau
Amalkan Garlic
Workout
memang in shaa Allah uol boleh turunkan berat badan punya. Tapi bila berat turun, biasanya kulit kita pun mesti nampak jatuh. Kulit jadi tak firm. Sebab tu premium beautiful sangat digalakkan pakai untuk membantu tegangkan kulit yang meggelebeh pada badan selepas kita turun berat badan. Sambil tu boleh la pb bantu control berat badan uol dari naik semula. Eh letih tau nak jaga badan selalu ni. jadi apa salahnye invest je la sekali seumur hidup untuk pakai pb. Biar pb yang jalankan kerja dia untuk maintainkan berat badan ideal kita.

PALING PENTING!
WAJIB JANGAN TINGGAL!
DOA.......DOA SENJATA PALING MUSTAJAB UNTUK SEGALANYA. SUNGGUH SUNGGUH DOA MINTA SESUATU YANG KITA NAK HANYA DENGAN ALLAH. TAK KISAH LA WALAU KITA BERHAJAT NAK TURUNKAN BERAT BADAN SEKALI PUN.


Tuesday, July 28, 2015

Jom Sihat...Berjogging di Puncak Bestari

Ready nak keluar bersenam bersama tiga handbag berjenama ni ke Puncak Bestari, Puncak Alam. Tempat paling dekat nak beriadah dengan area rumah sal ni memang kat area situ je la.

 Turun kereta terus semangat nak berlari...

 Tengok je la Muhammad tu kemain semangat membara mengalahkan mama. 

 Seronok jogging dengan adik adik ni. Eh..anak-anak..hahaa


Tujuan kita perlu bersenam bukan la untuk nak kurus semata-mata, tapi sebab nak sihat. Jangan tak percaya yang bersenam ni merupakan keperluan penting jugak untuk badan. Walau sesibuk mana pun kita, pastikan kita dapat luangkan masa untuk keluar kan peluh melalui bersenam.

Trust me, bersenam mampu kurangkan penyakit dan paling best untuk anda yang masih sihat adalah, bersenam dapat hindarkan penyakit... Lagi best bila dapat bersenam dengan Premium Beautiful. Tak terasa pun badan bergegar. Untuk uol yang berbadan agak 50kg ke atas, pastikan anda selalu pertimbangkan untuk segera dapatkan set lengkap pb corset untuk membantu membentuk badan dan menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

Monday, July 27, 2015

Berat badan turun dengan Premium Beautiful

Testimoni Terkini Premium Beautiful.

Alhamdulillah happy client bila mula dapat berat badan dan bentuk badan idaman...bukan senang nak control makan di musim raya ni kan. Dari 51 KG turun 4 Kilogram lepas sarungkan PB Corset di badan setiap hari. Mudah kan cara nak turunkan berat badan dengan berkesan dan selamat? Just tukar baju dalam biasa anda kepada pakaian dalam berteknologi FIR je seperti PB ni. Nak sesuatu yang berkesan jangan tengok pada harga, tapi biasakan tengok pada NILAI yang mampu diberikan oleh sesuatu benda tu.

Contoh:
Nak kulit cantik dengan makan epal, jangan la beli epal murah yang lebam, tapi dapatkan epal organik yang segar. Dan harganya dah tentula extra sikit dari epal lebam tadi kan ;)

Jadi sama la jugak kalau uol ada terdetik nak cantikkan shape badan dengan corset, so dapatkan je la premium beautiful corset yang memang terbukti berkesan dalam membentuk badan wanita ke arah bentuk badan idaman yang menyihatkan.

Fulltime Mama


Hari ni beraya kat kantin sekolah Damia...Alhamdulillah sejak bebas masa ni anytime sal boleh berkepit dengan anak-anak...makin mereka membesar, makin kita perlu rapat bagai sahabat dengan anak 
wink emoticon

Kisah Benar Dari BREAST CANCER SURVIVOR yang menggunakan Premium Beautiful

Sharing dari kak soraya...
BREAST CANCER SURVIVOR...



"I am myself a cancer survivor ...I want to share how it feels because when you are fighting between life and death you want to hear benda2 yg 'sahih' - genuine, authentic, sound. Proven things and not be hoodwinked by crack remedies. Sebab dlm market ada mcm2 claim tentang rawatan cancer e.g Kangen Water, Transfer Factor, reverse osmosis, tukang urut cancer, rawatan ghaib etc etc etc 
 Semua ni akan datang bila you sakit, so who to believe?
To be honest, I know my health has been enhanced through the PREMIUM BEAUTIFUL.
I started using the PB Corset 1.5 years after I had surgery, chemo, radiotheraphy. Syukur Alhamdulillah.

Yang paling ketara, during a follow up mammogram the radiologist commented that my breast skin n scar nampak bersih/cantik tak macam dulu. The scar used to be hard n the skin hitam and dry due to 35 radiotheraphy sessions. Skin tu dulu mcm terbakar. Selepas pakai PB ia bertukar, probably because the FIR concentrated at the lace stitching yg ada di cup area.

Also, because cancer cells thrive in and love cold bodies, I believe wearing the PB helps as it helps to regulate our body temperature through the FIR. So keeping your body temperature up is vital in fighting/preventing Cancer and a fact that many do not know.

Cancer cells also grow in Oxygen free environments, sebab tu exercise is important. So even when I run or go to the gym I use my PB sebab the FIR enhances blood circulation, thus increasing oxygen levels. Cancer cells don't like this! " 

Kak Soraya bersama dua dari empat orang anaknya.

With kak Soraya yang sangat kuat semangat orang nye. Masa ni bercuti sama-sama di Gold Coast Australia.











Thursday, July 16, 2015

Iftar at KL Tower with Top Leaders Circle CDM

This year punya Ramadhan rasa sangat sangat bermakna bila banyak sangat masa yang sal boleh luangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah ada hikmahnye kenapa di awal berkerja sambil berniaga dulu sal terlalu sibuk sampai rasa penat yang boleh buatkan menangis. Sibuk kerja, sibuk dengan bisnez, sibuk dengan urusan anak-anak. Tapi segala pengorbanan dua ke tiga tahun lepas Alhamdulillah Allah dah ganti dengan nikmat bebas masa dan bebas berbelanja yang kami sekeluarga mula rasai. Alhamdulillah.......tak terluah dengan kata kata bertapa bersyukur nye dengan nikmat hidup yang Allah berikan. Dalam dugaan demi dugaan rupanye pasti terselit manisnya kehidupan. Dugaan buat kan kita makin bersyukur dan jauhi kufur.

Kalau uol tengok entry sal sepanjang Ramadhan ni mesti uol ingat sal selalu makan kat luar kan. Actually this year adalah tahun paling banyak sangat kami berbuka puasa sama-sama di rumah. Selesa berbuka dengan sejenis ikan dan sambal hitam sahaja. Rasa puas dah makan di luar jadi bulan ramadhan tahun ni memang kami lebihkan berbuka puasa di rumah dan boleh kira berapa kali sangat ke bazar ramadhan.

Cuma hari ni sengaja nak luangkan masa dengan rakan seperjuangan di TLC untuk berbuka puasa sama-sama di KL Tower. Sal tak pernah sampai sini walau dah berpuluh tahun duduk di Kuala Lumpur. Biasa la, orang dekat memang tak berapa teruja dengan apa yang ada berhampiran mereka, tapi bila jejakkan kaki ke KL Tower ni punya la excited kami anak beranak. Siap malam sebelum iftar kat sini sal n husband survey jalan nak ke menara Kuala Lumpur ni sebab nak elakkan jem petang esoknye. Bila dah tau jalan mana nak lalu, boleh la kami bajet masa pulak supaya sampai dalam keadaan yang tak tergesa-gesa.

 Alhamdulillah pukul 6.30 dah selamat sampai ke KL Tower.

Dapat partking pun dekat dengan main entrance KL Tower.

 Bagus sangat reception kat menara KL ni sebab dari pintu masuk sampai la ke atas menara ada je orang yang guide kita untuk ke arah mana.

 Let's follow.......nak naik atas dah.

 Sebelum tu bayar tiket entrance dulu. Satu kepala dewasa rasanya RM150 and kids rm68

OOTD hari ni dari Zawara. Elora dress for kids untuk Damia dan Danisha.  
Suka la Kakak dengan adik dapat pakai dress Zawara sama macam mama. Ikutkan baju ni beli sebelum puasa hari tu untuk di pakai raya tapi kalau dah ada depan mata tu memang terus pakai aje la. Hehee.

 Posing jap puas puas kat garden ni before naik KL Tower.

 En suami layankan aje. 

 ;D

 Thank you sayang. Selalu je ada dengan anak isteri tak kira masa. Alhamdulillah Allah pinjamkan husband terbaik untuk sal sepanjang hampir sepuluh tahun berumah tangga. 

 Sedondon dengan tema warna pink and grey. Pakaian kami tidak di taja oleh mana-mana organisasi. Ianya adalah sendirian berhad ;)




 Ready nak naik lift dengan ketinggian hampir 500 Meter dari permukaan bumi.

 Laju je lift bergerak. Tak dan nak panas punggung dah sampai.


 Gathering with CDMs
CDM izyan, CDM Salha dan CDM Nur Fadzliah...yang comel kat tepi tu CDM Fateh.

Bersama Chef Ismail yang merupakan Chef utama dan pemilik restaurant di atas KL Tower ni. Masakan Chef Ismail memang semua sedap! Berbaloi sangat makan kat atas ni dengan dihiasi pemandangan KL yang berlampu terang benderang.




 Happy sangat dapat iftar sama-sama satu family.

 Menu makanan kat sini terlampau banyak. Masakan ala kampung dengan pelbagai jenis lauk pauk dan ulam ulaman yang sangat-sangat membuka selera.

 My mentor enjoy their foods.

 Yang ni sedap sangat! Serawa durian dengan pulut.

 Didendangkan dengan ghazal untuk rabiah.

 Berborak borak sambil layan makanan. Non stop kami makan. Sampai orang lain dah balik tapi kami still lagi duduk tak bangun bangun dari kerusi.




 Cantik kan KL view.

 Bila sudah tinggi di awan, jangan lupa memandang bumi yang sering dipijak ;)

 Untuk capai ketinggian dalam hidup, lupakan je mereka yang sering merendah-rendahkan usaha kita kerana usaha yang tinggi pasti akan membuahkan hasil.


 Bersama insan-insan yang banyak mendorong untuk terus terbang tinggi.
Nak berjaya, selalu berdampingan dalam zon positif dan selalu la berdampingan dengan mereka yang dah terbukti berjaya. Hanya aura positif yang mampu menarik segala yang positif.

 I love TLC.
We are Premium Beautiful Top Agent.

 Nak balik dah. Dari pukul 6 sampai pukul 11 kat sini.
Balik sambung terawih.

Sekian, iftar untuk hari ni. Good place, Good foods, Great memories!