Saturday, June 20, 2015

Dari Page Facebook Siakap Keli

Assalamualaikum dan Salam sejahtera dan Salam Ramadhan para sahabat..
Bapa En Nazri disahkan mengidap canser kulit tahap 4 dan disahkan oleh doktor hanya mampu bertahan selama 6 bulan kerana penyakit beliau semakin teruk.
Sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang putera yg kini berusia 1 tahun 8 bulan. Ujian demi ujian diturunkan apabila ketika umur Adik Nasrullah 3 bulan, anak comel ini telah disahkan menghidap penyakit Sindrom Men'Sky Kinky Hair yang menyebabkan kerosakan otak, Sawan & Pundi kencing yang bermasalah.
Adik Nasrullah juga bergantung susu khas dan menyusu hanya mengunakan tiup yg dipasang melalui lubang hidung.
Tabahnya mereka.Memandangkan En Nazri tidak boleh bekerja Puan Norazreen penganti En Nazri mencari sesuap Nasi untuk kehidupan mereka.Puan Norazreen hanya menolong ibunya berniaga Kuih kecil2an.Berapa sangatlah Puan Norazreen dapat jika dibandingkan kos2 rawatan & harian mereka.Tabahnya seorang Ibu.Tapi didalam hati tiada siapa yang tahu.
Mereka jugak telah menerima Bantuan dari Kebajikan Masyarakat & Majlis Agama Islam tapi ianya tidak mencukupi
Memandangkan kos rawatan adik Nasrullah amat tinggi dan memerlukan wang yang lebih untuk membayar tambang teksi berulang alik ke Hosp Sungai Buloh & Hospital Besar Kuala Lumpur.


Ni wajah penyejuk hati Adik Nasrullah.


Anak kecil yang hanya mampu terbaring sejak dari usia TIGA BULAN. Sekarang Adik Nasrullah berusia setahun lapan bulan dan masih meneruskan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.


Adik Nasrullah dan ayahnye En Nazri. 
En Nazri pun dalam keadaan yang tak berapa mengizinkan. Tapi beliau tetap gagah dalam membesarkan anak kecik ni. Ada ketika beliau la yang membawa motor sendiri ke Hospital. Apa yang sal difahamkan, En Nazri mempunyai penyakit kulit yang kritikal dan beliau sangat alah dengan cuaca panas especially bila terkena direct matahari.

Ya Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi, Hanya padaMu kami bermohon semoga limpahkan lah rezeki dan kesihatan yang baik buat mereka sekeluarga dan kami semua.Amin.


Lepas baca je status dari page siakap keli, terus kami sekeluarga bersiap untuk ziarah dan membantu apa yang termampu untuk keluarga en Nazri ni. Nak beri sumbangan tenaga kami tak terkejar nak penuhi, jadi in shaa Allah kami akan cuba memberi saluran yang lain.

Ibu ayah pesan, bulan puasa banyakkan bersedekah, berzakat dan infaqkan harta ke jalan Allah...Banyakkan memberi sepenuh hati. Bina saham akhirat sebanyak mungkin. Tak perlu menunding jari pada pihak-pihak berwajib yang lambat turun padang. Apa kata kita galas tanggungjawab bersama untuk membantu apa yang termampu.

Orang kata "sorokkan kebaikkan mu sebagaimana kamu sorokkan kejahatan mu" tapi apa kata setiap kali kita nampak post-post berkaitan dengan orang memberi sumbangan itu dan ini, kita pandang pada sudut positif. Amalkan sikap berbaik sangka...cuba anggap itu adalah pembakar untuk kita pun berlumba-lumba berbuat kebajikkan. Berlumba-lumba untuk memberi pada yang memerlukan. 

Bergenang air mata bila mula mendaki tangga menuju ke tingkat empat rumah ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.





untuk menyumbang, para sahabat boleh bank in ke acc parents adik Nasrullah
Akaun no :
12168020017605 Bank Islam (Muhd Nazri bin Nuwis Abdullah @ Anthony Anak Nuwis)
Tel no: 01123382877 @ 0192710034 Muhd nazri
Kepada sesiapa yang ingin melawat keluarga ini boleh bebruat demikian ke:
K7-L4-13 Rumah Pangsa Kristana 7, Taman Sri Pristana 1 Saujana Utama 47000 Sg Buloh, Selangor
Semoga sumbangan para sahabat dapat memberi sedikit sinar buat mereka sekeluarga menempuh liku-liku hidup dan marasai nikmat Ramadhan seperti kita semua



3 comments: