Wednesday, April 8, 2015

Cinderella 2015

Kemon guys. Even i have a business to manage, tapi tak semestinya kami para usahawan ni tak de masa langsung untuk luangkn masa dengan keluarga.

Lagi best tau sebenarnye bila dah buat business ni secara FULLTIME sebab kita tak kan terikat lagi dengan masa pejabat. Pagi-pagi lepas subuh boleh golek-golek jap dengan suami n anak-anak. :D

Biasanya kalau sal dulu, pukul 5.30 pagi dah bangun siap-siap redah jem untuk punch card dari 9 pagi sampai 6 petang. Hampir sepuluh tahun buat rutin yang sama. Bangun pagi gosok gigi lepas tu gosok baju pulak, lepas gosok baju siap-siapkan barang anak-anak nak sekolah dan anak-anak yang nak ditinggalkan. Lepas tu angkut pulak satu persatu anak masuk kereta. Tak sampai 5 minit keluar rumah, dah kena tahan sabar ngadap jem pulak. Kalau kena hari hujan dan ada eksiden lagi la masak di buatnye. Ngadap la jem 2 ke 3 jam sebelum masuk pejabat. 10 tahun buat perkara yang tak banyak beza nye. Best ke???

Kalau ada yang kata best tu Sal salute spring la kat uol sebab uol memang orang yang luar biasa hebat. Yang sal share kan ni life kat KL tau. Uol yang kat luar KL tu sal tak pasti la pulak ngadap jem ke tak. Tapi kalau life bekerja kat Kuala Lumpur Selangor ni memang kami terpaksa hari-hari hadap jem. Tambah perit lagi bila kena bayar tol lagi tu setiap kali pergi n balik keje. Buat nye gaji n bonus tak naik, memang menangis air mata darah je la demi nak tampung komitment hidup yang tak kan pernah surut. Macam sal dulu memang hari-hari akan lalu guthrie untuk amik jalan pintas lah sangat untuk ke pejabat. Tapi tak berapa nak pintas pun highway sekarang sebab tetap kena redah jem jugak walau macam mana pun. Guthrie highway ada dua kali tol. Kalau masa tak de side income, memang pening kepala jugak nak bayar RM8 SEHARI untuk pergi balik kerja. Minyak lagi dah RM30 sehari. So uol kira la sendiri berapa harga minyak and toll setahun kalau macam tu punye commitment every monday to friday. Spend untuk minyak je dah cecah RM10,000++ SETAHUN.

Cuba check pulak increment uol, cecah tak 10K Setahun?????
Hehehee bertuah sangat la kalau company uol memang bagi increment 5 figure macam tu every year. 

10 tahun kerja tak pernah lagi sal dapat inrement lebih dari 1000 setahun. Nak pengsan rasa bila cari cara untuk tampung hutang. Nak buat skim cepat kaya masa tu pun, skim cepat kaya dah diharamkan. Nak buat business buka butik bayi, blur pulak macam mana nak mula dan dari mana nak cari modal...nak buat business jaga anak orang? huhuhuuu...saya bukan la seorang yang penyabar sangat...Ya Allah...memang tak senang nak jadi senang ni. Tapi in shaa Allah ada cara nye.

Misal kata uol nak sal sharekan cara nak buat business ni yang mana dalam masa dua ke tiga tahun je kita penat setengah mati, in shaa Allah sal sedia kongsikan pengalaman sal dari zero sampai lah boleh BEBAS MASA dan BEBAS HUTANG  sekarang ni. Uol kalau boleh jangan la amik cara mudah dengan contact kawan-kawan untuk buat hutang pulak tau, tapi kalau boleh biar cari jalan untuk bebas dari masalah hutang. Sebab dari mula-mula sal buat business sampai la sekarang ni, ada je yang contact nak pinjam duit. Tak bagus tau ada sikap meminta-minta tanpa usaha macam tu. Keja mudah namanya...orang lain punya la berhempas pulas bergadai berkorban, tapi kita senang-senang je nak mesej kawan-kawan semata-mata nak pinjam duit. Tak baik okay. Respect usaha orang lain. Lagi kurang adab bila oraang yang uol minta pinjam duit tu adalah orang yang uol tak pernah bina hubungan pun dengan dia. Atau erti kata lain, orang yang uol tak de say hai-hai bye-bye pun dengan dia.




Movie time. Tok ayah triple D Joins skali.
Kasi chance ok CDM Salleha nak tengok movie dengan family. Dah tiga tahun keje plus business non stop ni. So, please kasi chance sekarang ni untuk luangkan masa lebihhhhhhhhh dengan family. Sebab tujuan sal buat bisnez pun adalah untuk BEBAS MASA...uol nak rasa apa yang sal mula rasa tak??? Buat la business... ;)

Hari ni layan Movie "Cinderella"

Lepas solat maghrib kat the strand Kota Damansara ni, kami tengok cinderella pukul 8 malam punya slot. Sal memang suka book online tickets setiap kali nak tengok movie coz nak jimat masa dari kena que. Actually kan, untuk uol yang tak suka sesak-sesak ni, sal sarankan uol tengok je movie kat TGV The Strand ni sebab memang tak ramai orang pun kat sini. 

Masa ni baru beberapa hari cite Cinderella ni ditayangkan. So lepas beberapa hari non stop dengan tugasan sebagai CDM, even siang tadi pun busy uruskan urusan business, jadi jom tengok cinderella jap. Tapi tak berapa nak best sebab heroin dia seksi skit.heheheh.. Tapi kan baju mak tiri cinderella tu semua lawa-lawa la. Dan cite ni pun tak de la aksi 18sx yang tak sesuai untuk anak-anak.

Cuma danish masa half story tadi dia dah mula bosan dengan jalan cerita...boboy la katakan...so memang cite fairy tale ni agak membosankan dia. Terpaksalah encik hubby bawa Muhammad Danish Shafiq keluar dari panggung.

 Bila tanya Damia and Danisha suka tak cerita Cinderella? Damia kata Boleh la..Danisha pulak kata Biasa je...and Danish pulak kata "Anakkkkk..." mean tak nak. Hahahaa. 

Even miracles take a little time.

Never look back. If Cinderella went back to pick up her shoe, she wouldn't have become a princess

Ni sebelum tengok movie tadi.
Pergi Ativo Bandar Sri Damansara dulu untuk selesaikan urusan business.

Kemudian ke KL Capital Square.


Tapi sebelum tu sempat berdating dulu dengan en hubby kat Old Town Ativo untuk lunch sama-sama. Best nye makan berdua. Baru la boleh nak mengunyah 44 kali. Kalau ada Muhaammad Danish Shafiq memang mama kena telan cepat-cepat apa yang di makan. Huhuhuu.. Yang ada anak satu pun dah rasa tak menang tangan kan...Sal ada tiga...ibarat macam ada 300 jenis kisah. Macam mana la yang ada 13 anak pulak tu..Ya Allah memang hebat.





1 comment: