Friday, February 13, 2015

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...Tuan Guru Nik Aziz dalam kenangan Al-Fatihah


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un

Al-fatihah...
Allahuakhbar!!!

Hebat sungguh tokoh islam yang disanjungi ramai ni...Allahyarham Dato' Nik Aziz Nik Mat kini hanya dalam kenangan. Segala ilmu dan amalan baik beliau pasti memberi kesan pada ummah . Jutaan manusia merasai kehilangan permata asli di bumi bertuah ni...semoga roh tuan guru Nik Aziz bersemadi dengan tenang menemu ilahi..


Janji Allah itu pasti.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Yang bersedia in shaa Allah kebahagiaan hakiki setia menanti..dan bagu yang leka pasti akan merasa rugi di kala kematian menjemput di waktu dan tempat yang kita tak ketahui 😭

Nik Aziz insan hebat!
Walau tak pernah bersua tapi dari dulu lagi sal suka dengan keperibadian beliau yang sentiasa nampak tenang di mata dan hati.

Beliau tetap tenang setiap kali di cemuh dan difitnah bertubi-tubi...begitu tinggi nye peribadi beliau hingga ke hembusan nafas terakhir tetap tak putus-putus menyeru ummat manusia berbakti selagi hayat masih di kandung badan.


Allahuakhbar!
Jutaan manusia dari seluruh pelusuk memenuhi perkarangan masjid tok guru untuk memberi penghormatan terkahir buat Murabbi yang disanjungi!

Tak tergambar tinggi pekerti mu
Tidak terjangkau mulianya akhlakmu
Tidak terbalas pengorbananmu
Sesungguhnya Tuan Guru Nik Aziz antara tokoh islam mulia.

Ya Allah semoga perkenankan doa hambaMu untuk terus berubah dan berjuang menuju syurgaMu...😭😭😭

Terasa kerdil bila melihat betapa di dunia lagi Allah dah beri penghormatan pada insan semulia TGNA..Allahuakhbar!

No comments:

Post a Comment