Tuesday, January 6, 2015

Tepati masa, hargai masa orang lain!





Punctuality/Ketepatan MASA.. 

Ini je yang saya pegang dari dulu sampai sekarang.. 


Bagi saya, Ini key point untuk kita terus naik or merudum... Lebih2 lagi bagi yg bekerja sendiri or yang punyai business sendiri.. 


U must keep ON TIME OR BEFORE TIME kalau u nak terus survive or maju dalam business yg sedang u ceburi.. 


Biar orang buat kita tunggu diorg, TAPI KITA USAHA UNTUK ORANG TIDAK TUNGGU KITA..!!!


Dan sesiapa pun memang akan frust bila orang tak jaga masa.. Bad impression!!! Apa pun alasannya, ia akan tetap ALASAN !!!



Business Coaching

Hari ni dalam sejarah pulak rasa nya bila sal boleh update blog on the spot.
Ya Allah kan best kalau berpeluang update blog sama macam dapat update facebook. Sebab sal memang kerap update facebook on the spot. Maknanya setiap kali keadaan tu baru je berlaku, sure sal akan muat turunkan status n picture yang menceritakan aktiviti harian sal TERUS DI FACEBOOK.

Dan kisah personal coaching yang tak di rancang awal ni, dapat pulak sal terus update lepas sejam berjumpa dengan bakal permata yang makin menyinar ni.

Rasanya pagi tadi bila dapat tahu yaya n pai akan berada di area Sungai Buloh untuk sesi fitting client Premium Beautiful mereka, terus sal whatsapp diorang ajak jumpa kat area Sungai Buloh yang berdekatan dengan lokasi mereka berjumpa client.

Jarak rumah sal nak ke sini pun tak de la jauh sangat, adalah dalam 32 minit je menurut kata en WAZE.  

So dah alang-alang mereka pun free hari ni jom terus grab peluang untuk set appointment. Sebab tu best buat bisnez ni sebab kita akan di guide A-Z hingga menjadi. Tapi jangan salah faham ye wahai pembaca ku yang jelitawan sekelian...menjadi ni adalah bilamana diri kita sendiri pun ada KOMITMEN untuk menjadikan diri sendiri dan bukan lah bergantung harap 200% pada mereka yang menarik tangan anda.

Bila anda KOMIT, 200% Mentor akan KOMIT!

#IAMNOTSELFISH ;)

After lunch sama-sama terus tukar meja.
Hahaa lantak la ye, asalkan kita dapat sampaikan ilmu dan strategi dalam keadaan yang tenang dan selesa dalam restoren Tempayan yang terletak sebaris dengan ManjaKu Sungai Buloh ni.

Uol yang tak tau mana nak JALAN-JALAN CARI MAKAN di sekitar kawasan Sungai Buloh boleh la waze cari "MANJAKU SUNGAI BULOH" untuk makan pagi, tengah hari dan malam kat Restaurant Tempayan ni. Kalau lunch memang menu dia sangat SUPERB! Banyak pilihan untuk anda yang sememangnya suka makan macam sal ni ha ;)


Love to coach them.
Sangat-sangat serius nak berjaya Pai n Yaya ni.


All the best YAYA and PAIDI.
Kedua-duanya baru balik dari Misi Banjir di Kelantan. Tapi jejak je kaki kat Kuala Lumpur ni terus sambung aktiviti business mereka. Memang ciri-ciri usahawan jutawan dermawan ada pada mereka berdua. In shaa Allah kak sal yakin awk berdua akan pergi lebih jauh lebih baik lagi hari demi hari.

Just believe!
Kejayaan hanya untuk manusia yang berani menepis halangan dan alasan.

Dan hari ni memang saja je nak keluar rumah pakai boot yang baru di beli.
Konon nye nak pakai masa pergi Europe minggu depan ni. Tapi sebab geram tengok booy ni duduk dalam kotak je, so baik pakai je la.


Next appointment ke Selayang Mall.
Sambil-sambil tu sempat cuci mata untuk tengok boot lain juga. Haish mata ku memang pantang nampak boots sekarang ni.


Ni boot yang sal beli Ahad lepas after business appointment di The Curve.
Best boot ni sebab dia siap ada stokin kat dalam n tinggi dia senang nak adjust dan mudah nak muatkan betis-betis yang agak gebu gebas coz dia tak de zip...just bergetah jadi mudah sangat nak sarung.



Quotes of the day ;)



Let us complain LESS and give MORE!


Saturday, January 3, 2015

Hari Orientasi Darjah Dua Nur Damia Shafiqa Binti Halmie

Orientation day.
3rd January 2015. Saturday.


Hari ni mama terlalu rajin nak jalan kaki je dengan Damia ke sekolah.
Kalau last year memang Damia kena keluar seawal 6 pagi sebab masa mama masih bekerja tahun 2014 dulu jarak sekolah dengan rumah adalah sejam perjalanan dengan kereta. Tapi sejak mama full time buat bisnez dari rumah ni, jarak rumah dan sekolah hanya 5 minit je kalau jalan kaki.
Dan Damia pun setuju je untuk bersenam pagi ni dengan berjalan kaki ke sekolah, so jom mulakan langkah kanan dengan BISMILLAH.


Bayangkan, setiap level ada lebih 10 kelas...dan setiap kelas ada 40 pelajar. 
Tu yang ramai sangat jumlah pelajar dalam sekolah ni. Ikut kan rasa nak Damia dapat persekitaran pembelajaran yang tenang dan selesa. Sal bukan la jenis cerewet, tapi sal akan pastikan anak-anak sal akan perolehi suasana yang terbaik mengikut kemampuan sal. Jadi dari sini, terfikir jugak untuk mula sekolah Damia ke sekolah private. Buat masa ni, bagi Damia teruskan buat sementara waktu untuk mulakan sesi pembelajaran 2015 di sini.

Permulaan pagi ni dimulakan dengan doa dan ucapan n amanat oleh Guru Besar dan Guru Disiplin sekolah. Lepas sejam di tapak perhimpunan ni, terus berbaris untuk dapatkan buku teks dan bayar yuran PIBG sekolah sebanyak RM2O 



Lepas tu follow Damia naik ke class yang mana kelas untuk darjah dua ni tak setinggi masa dia darjah satu dulu.

Mama memang suka Damia duduk depan. 
So this year sila duduk depan lagi.

Dalam bag sekolah frozen Damia ni penuh dengan 15 buah buku teks yang di beri percuma. Alhamdulillah thank u Kementerian Pendidikan Malaysia atas sumbangan percuma buku teks ni pada anak-anak Malaysia yang bersekolah di sekolah di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dan dah semestinya bag ni la yang mama n ayah yang akan usung bawa naik n turun kelas nanti..
But i like. Memang impian sal pun nak sentiasa hantar dan amik anak pergi dan balik dari sekolah. Alhamdulillah impian ni dah jadi kenyataan. Sal memang berhasrat nak luangkan masa sepenuhnya untuk anak-anak yang merupakan amanah yang tak ternilai ni. Mereka adalah saham dunia akhirat yang Allah berikan pada sal dan suami. Jadi memang dah jadi tanggungjawab kami untuk pastikan mereka membesar dengan penuh perhatian dan kasih sayang.



Klik link ni untuk kisah:



Happy saturday all

Silence is golden...
Unless u have kids, then silence is just suspicious ;)

Selfie with Muhammad Danish Shafiq.


OOTD hari ni :
Dress as always as usual semestinya Zawara Dress.
Rania Dress Cherry Slush.

Shawl pulak dari pasar pagi ;)

Accessories dari The Street The Curve.

Opsss...OOTD wajib yang tak boleh tinggal dah semestinya Premium Beautiful.

Hari ni aktiviti dipenuhi dengan aktiviti memenuhi undangan majlis aqiqah, majlis sahabat nak ke umrah. 

Bila berjumpa dalam aktiviti kekeluargaan OR small reunion macam ni, sure akan keluar soalan keramat dari mereka iaitu " Tak ade appointment ke hari ni..selalu nampak busy je ke sana sini?"

Hahaa nampak tak contoh soalan tu?
Tu antara soalan dari STALKER!
STALKER ni lebih kurang macam ni la perumpamaan dia, mereka tau aktiviti harian kita, tapi dalam masa mereka tau tu, diorang TAK COMMENT OR LIKE pun any update yang kita share kan tu...tau-tau je bila bersembang masa bersemuka tu diorang tau segala aktiviti kita...betul kan? Adakah anda sebahagian dari STALKER yang dimaksudkan? ;D




Hindari Suasana Kecewa



Biasa kan dengar "Ala.............Kawan saya buat, kakak saya buat, makcik saya buat, jiran saya buat, aweks saya buat, isteri saya buat...bla bla bla bla...tapi tak jadi pun"


Ok la nak share antara tips supaya kita tak turut tersenarai di kalangan mereka yang tak berapa nak menjadi tadi tu... 

HINDARI SUASANA KECEWA!
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika anda berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ni, anda juga akan menjadi salah seorang dari orang yang kecewa.

Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tidak bermakna. Tiada rangsangan dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. “Kejayaan adalah cerita dongeng yang membahayakan. Sedap untuk didengar tetapi tak mungkin boleh diharapkan,” kata mereka.

Anda sudah pasti pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu lebih-lebih lagi kecewa.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Menceritakan kegagalan mereka daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.

Oleh itu, asing kan je diri dari suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tidak mahu melihat kejayaan dan tidak percaya kejayaan itu boleh dikecapi. Anda bukan orang kecewa, anda mahu berjaya!!! "Anda yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali.”

Buka luas daya pemikiran anda. Sentiasa cari jalan dan usaha yang terbaik agar anda mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.


Untuk keterangan lanjut mengenai cara berkesan jana pendapatan bersama TOP LEADERS CIRCLE boleh segera hubungi sal:


Salleha Roslan