Friday, December 26, 2014

Jom try Hot Pindang Kitchen punya Asam Pedas pulak



What i can say...............
Ya Allah memang antara yang terbaik!!!

Sal bagi 5 Bintang untuk asam pedas sedap kat Hot Pindang Kitchen ni.
So buat uol yang tercai-cari or memang suka jalan-jalan cari makan sekitar KL Selangor ni boleh la cuba ke sini untuk rasakan sendiri nikmat asam pedas sebenar di area Lembah Klang ni.



Lokasi dan Contact No Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam : 0355231259
Kalau guna WAZE uol boleh search lokasi asam pedas sedap ni dengan menaip Reezqi Academy. Lokasi Hot Pindang Kitchen ni pun tak jauh dah dari Concorde hotel dan Plaza Masalam sekyen 9 tu. Kiranya kalau dari kedai makan ni boleh nampak dah concorde hotel tu.




Lepas memanjakan sekejap diri kat spa yang ala-ala bali ni dengan full package dari hujung rambut sampai kaki, terus ke Shah Alam untuk urusan business appointment. Lepas tu terus search lokasi untuk mengisi perut yang lapar. Sal memang penggemar asam pedas. Ikut hati nak ke Melaka je untuk makan asam pedas cik Ani di MITC tapi apakan daya kena bertabah sekejap dengan berikhtiar cari dulu asam pedas area Shah Alam ni. Dah pukul 4 Petang pun. Tak kan la nak berlari pecut ke MITC Melaka dengan tak bawa persiapan baju apa pun semata-mata nak kan asam pedas sedap yang femes kat Melaka tu kan.


Mana satu nak ni? Semua nampak sedap.


Alhamdulillah rezeki nak makan Asam Pedas Sedap kat area lembah klang ni tercapai. Kalau tengok price pun memang berbaloi sangat dengan rasa dia. Sedap dan Murah Asam Pedas di Seksyen 10 Shah Alam ni. Pada penggemar Asam Pedas sekitar KL Selangor, uol boleh la try ke sini ye. 


 Disebabkan lapar punya pasal, terus order sekali set keropok leko. Ni akibat ketagih makan keropok lekor masa jalan-jalan ke Terengganu hari tu la ni. Alhamdulillah habis jugak sebakul keropok leko ni sal dan Damia kerja kan. Alhamdulillah jugak Danisha and Danish tido, so boleh la mama makan dengan kusyuk dan tawaduk.


My favorite!
Nasi Asam Pedas dan Air Tembikai Fresh from the oven.Huhuu.. Bismillah.


Nampak tak asam pedas dia? Pekat melekat kan..Sedap u.......


 Puas makan asam pedas kat sini. Jom la uol try sendiri ok ke tak asam pedas hot pindang ni. Selain asam pedas ada je jugak menu lain macam masak singgang and daging salai masak kuning kalau sal tak silap. Harga memang kategori murah ;)

Makan sambil pakai Premium Beautiful memang buatkan diri tak rasa bersalah bila makan banyak sampai licin makanan, sebab nye tak payah nak risau yang berat badan akan naik mendadak atau bentuk badan akan mula mengembang tak tentu hala. Sebab bila pakai pb ni automatic bentuk badan maintian macam bentuk tanah yang dah lama dalam pasu ;)


#SayaSukaMakan
#JalanjalanCariMakan



2 comments: