Tuesday, October 21, 2014

Videoshoot for MUT ke 22 CDM Salleha Roslan

20 Haribulan 2014 telah diadakan hari penggambaran untuk video pendek yang bakal ditayangkan pada Majlis Ulangtahun Syarikat yang ke 22 di MIECC pada 8 November 2014. Videoshoot ni telah diadakan di HQ Wawasan Jalan Kapar, Klang.

Belum naik stage lagi dah rasa nak nangis.
Sebak pulak bila terkenang-kenang kembali kepahitan yang sekarang ni dah jadi kemanisan. Ni lah yang dikatakan USAH DIRENUNG LETIHNYA USAHA, TAPI RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN..!!!

Nak naik ke stage SM pun bukan mudah, ni kan pulak untuk mendaki tinggi ke puncak CDM. Bila kejayaan baru bermula ni sal makin faham KENAPA KITA PERLU CDM!!!

Kenapa ada ketika ujian demi ujian didatangkan pada kita.
Kenapa ada ketika sukar rasanya untuk mencapai impian.

Mungkin kalau Allah tu bagi kita cepat dan mudah untuk capai impian, kemungkinan besar kita akan jadi manusia yang ANGKUH! SOMBONG! RASA HEBAT! EGO! BESAR KEPALA! KUASA MELEBIHI BOS BESAR!

Sal sendiri Alhamdulillah tak begitu cepat dan tak terlalu lewat untuk ke garisan permulaan kejayaan pada hari ni. Almost three years berkerja keras untuk sampai ke puncak dengan pelbagai ujian yang mematangkan diri sendiri. Rezeki Allah dah tetapkan. Takkan pernah lewat seminit pun rezki kita yang Allah dah tentukan. Tinggal diri sendiri je samada nak sungguh-sungguh lakukan atau pun tidak.

Bagi sal ujian adalah teguran.
Teguran untuk kita berubah dan sentiasa merasakan Allah adalah tempat rujukan terbaik. Kerana manusia memang tak kan perasan bila mana mereka lakukan kesilapan. Jadi bila ujian didatangkan pada kita, biasanya manusia akan mula merendahkan hati dan mengecilkan ego.

Jangan takut gagal. Gagal Lapan kali, bangun Sembilan kali.
Kegagalan paling memalukan adalah bila diri kita gagal mengawal marah dan mula menyalahkan orang lain atas masalah hidup yang dihadapi.

Pesanan kak sal buat uol yang sedang tercari-cari apa saja peluang untuk ubah pendapatan atau peluang untuk jana pendapatan, teruskan je niat murni uol tu. Tak kira la bisnez apa pun yang uol sedang usahakan, teruskan je niat dan terus buat kerana petanda doa kita makbul adalah bila kita mula berusaha ke arah kebaikan.

Buat buat buat!!! Sampai dapat!!!
Buat jangan kejar pangkat,
buat jangan kejar tempat di mata masyarakat,
tapi biar kita buat kerana bekalan akhirat.

Buat bisnez memang melibatkan emosi.
Ada ketika jiwa kita ibarat mati bila satu persatu masalah muncul menerjah diri.
Sebab tu sunnah berniaga ni kerana selain meluaskan rezeki, lama-kelamaan sikap negetif kita boleh di cuci. Bila berniaga kita direct dengan Tuhan..
Nak tambah gaji tak perlu appraisal,
nak besar bonus tak perlu kipas boss,
nak naik pangkat tak perlu caci mencaci sebab bila berniaga 100% rezeki kita direct dari Allah. Lagi kerap kita merayu meminta, in shaa Allah lagi banyak Allah akan bagi.


Macam pengacara Nona pulak rasanye. Ahaks.


Lepas di Make up kan dengan MUA Meiko Cosmetic, sal ke surau Selayang Mall ni untuk salin baju and bersiap lilit shwal.

Kalau uol yang di sekitar KL Selangor ni tercari-cari MUA untuk sebarang event, tak kisahlah bertunang ke kawin ke, dinner ke apa, boleh la try make up kat MEIKO COSMETIC Selayang Mall ni. Murah je charge Makeup dia. Without bulu mata pelesu RM48 je and usually sal memang tak pakai fake eyelash coz tak selesa. 


Kan dah nampak macam jepun jepun gitu.
coz Meiko Cosmetic ni is organic base yang memang didatangkan dari Japan and sal sendiri dah almost 5 times makeup kat sini untuk pelbagai event.


Ok OOTD hari ni:
Yellow Shawl : Cala Qisya
Yellow dress : AnnaWong Showroom
MUA : Meiko Cosmetic
Baju dalam wajib mention ye coz sal memang duta tetap tak berbayar pada PREMIUM BEAUTIFUL ;)


Alhamdulillah sampai awal ke tempat yang dijanjikan.
Jaga masa tu amat penting kerana kita melibatkan masa orang lain.
Jadi bila dah janji untuk mulakan sesi videoshoot pukul 2.15 maka pukul 1.30 sal dan hubby dah terpacak kat HQ Wawasan ni. 

Senang sampai awal ni, boleh siapkan keje dengan tenang dan boleh terus solat dan bersedia awal. Dan alhamdulillah tak perlu tunggu pukul 2.15 pun untuk shoot coz 15 minit menunggu je videographer dah panggil sal untuk shoot video terus.


Muka tak berapa nak neves sebab Alhamdulillah dah prepare.


Fuhhhhh... CDM Salleha Roslan in action!

Alhamdulillah dua kali shoot je siap.
Result dia uol tunggu ye 8 November nanti di MIECC.
Siapa yang nak tiket percuma dan nak tengok show Dato' Sheila Majid boleh la cepat-cepat contact sal.


Yess!!!!!!
This is My Dream and My Destiny!

Permulaan jejakkan kaki dalam business ni dulu, kuning jugak otak sal ni bila selalu disuapkan dengan gosip-gosip liar tentang syarikat hebat ni. Ada je momokan yang cuba merapatkan diri untuk menyampaikan isu-isu negetif yang berkaitan dengan business ni.

Alhamdulillah Allah bantu jaga minda sal supaya tak termakan dengan kritikan.
Sakit jugak emosi di permulaan dulu nak mengawal tekanan bila siap ada yang inbox untuk buktikan halal haram nya berniaga dengan syarikat yang tersenarai sebagai syarikat patuh syariah ni.

Dear,
Kita buat kerja kita je.
Kerja kita adalah solat, doa dan usaha sungguh-sungguh.
Dalam Dhuha pun kan kita dah meminta-minta "JIKA HARAM ENGKAU SUCI KAN" jadi kenapa nak saratkan minda dan jiwa kita untuk buat sesuatu yang tak tercapai dek akal mu...
Solat!!!! Solat Dhuha...!!! Solat Tahajud...!!! In shaa Allah rezeki kita akan diberkati.
Selagi jiwa tak tenang, selagi tu amalkan zikir, amalkan selawat, amalkan solat sunat dan paling utama amalkan solat awal waktu.

Sal bukan ustajah..hehehee
Tapi sal pengamal ajaran islam.
Pengamal Islam yang tersangat yakin dengan rezeki Allah ;)


Habis shooting baru berkesempatan nak makan.
Ikutkan rasa, nak je sal makan terus dua pinggan nasi goreng ni.
Tapi ikutkan sunnah, berhentilah kamu sebelum terlalu kenyang.

Memang saja dari Klang nak makan kat One Utama ni sebab nak jejalan jap jumpa business partner baru dan nak tengok collection baru untuk Winter season kat H&M


After that amik anak-anak yang pelbagai ragam menarik ni rumah mak mertua sal.
Malam ni tak de sebarang aktiviti luar rumah. So mama memang plan nak spend time untuk mantapkan latih tubi kakak Damia yang akan periksa minggu depan dan nak siapkan beberapa kertas kerja untuk next project mama bersama adik beradik Top Leaders Circle.







5 comments: