Wednesday, October 22, 2014

Jeruk mangga muda asam boi cili padi



Hahaha serius menjejes air liur bila scroll je wall non stop friendlist kat facebook tu dok update gambar resipi simple menyengat ni! Jeruk Mangga Muda Asam Boi.

Akibat tak tahan godaan melihat cili-cili merah, biji-biji asam boi dan buah-buahan hijau tersebut maka, dengan penuh perasaan geram sebab nak makan jeruk tu secepat mungkin, sal pergi terus ke pasaraya untuk beli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jeruk mangga muda yang viral di fb tu..



Bahan-bahan nak buat Jeruk Asam Boi ni adalah:

Buah-buahan hijau..
1) Tak kisah la mangga boleh, epal hijau, jambu muda, betik muda, atau apa-apa aje la yang uol suka nak try.

2) Gula

3) Garam

4) Asam boi sepeket (dalam 10 biji)

5) Cili padi


Cara buat Jeruk Mangga Muda Asam Boi:
Potong buah ikut suka
Gaulkan semua bahan tadi sebati dan sinpan jap dalam peti ais supaya buah tu terserap dengan bahan-bahan tadi.

Hahahah kalau sal memang tak sempat nak simpan dalam peti ais pun...tengah gaul-gaul tu pun dah boleh licin..


Selamat mencuba.
Resipi paling simple
Tak payah buka api pun.
Sukaaaaaa sangat!!!!

3 comments: