Tuesday, October 28, 2014

I Love Monday

Haaaaaa Tajuk hari ni kan "I Love Monday"
Sejak dah berkerjaya sepenuhnya di luar waktu pejabat ni memang sal suka sangat hari isnin sebab isnin adalah hari untuk sal masuk keje lewat sikit. 

Alhamdulillah kerja sendiri dengan pilihan masa sendiri adalah yang terbaik. Pagi-pagi dapat siapkan anak ke sekolah dengan tenang dan sementara bersohobiz dari rumah sempat jugak siapkan kerja rumah macam membasuh, vacum lantai n carpet n melayan telatah baby boy yang ligat and bijak sorang ni.

Cuma kalau bab sidai baju memang sal bagi en halmie yang handle.hehee. Dan aktiviti melipat baju biasanya sal panggil bibik datang lipatkan. ;D


Hari ni mama terlebih rajin panjat tanggan nak kelas Kakak Damia yang tinggi di tingkat tiga.
Fuhhhhh...merasa la jugak mama berpeluh-peluh dengan dukung Muhammad Danish Shafiq lagi. Hari ni kakak Damia exam, so nak bagi support supaya Damia lebih bersemangat nak jawab exam minggu ni, mama jemput Damia sampai depan pintu kelas terus. Melompat happy Damia bila nampak muka Mama, Adik Danisha n Muhammad depan class. Hahaa.. Maaf la ye cikgu, saya memang macam ni...over excited nak penuhi hajat anak saya yang nak mama dia jemput dia balik dari sekolah ;)


After that singgah pejabat pos Bandar Sri Damansara untuk renew lesen D Class yang dah lama di peram. Sal dah lama ada lesen kereta cuma sejak mengandungkan Muhammad Danish Shafiq terus tak de feel nak bawa kereta. Ditambah pulak dengan suami pun dah sama-sama buat business ni secara sepenuh masa, jadi sal lagi suka bila en Halmie yang drive walau ke mana sahaja. Sal pulak prefer duduk sebelah sebab boleh geletek-geletek Muhammad Danish Shafiq dan sambil tu boleh jugak update status, instagram dan blog sementara nak sampai ke next destination ;)


Hari ni teman mama appointment di Selayang Mall and jom kita makan kat Secret Recipe la ye..sebelum makan pastikan biasakan diri sebut nama Allah yang Maha memberi nikmat rezeki.


Sambil anak makan, sal update kedai online sal.
Ni la yang usahawa Top Leaders Circle lakukan sehinggan ada yang bergelar jutawan muda hanya dengan menggunakan masa sekurang-kurangnya dua jam je sehari untuk Blog, Instagram dan Facebook.

Peluang berniaga melalui online ni la yang membuka mata sal sebesar-besar nya untuk tekad ubah kehidupan melalui berniaga bersama Top Leaders Circle sebab with TLC segala ilmu social media dan teknik pemasaran berkesan di guide untuk sesiapa sahaja yang serius nak belajar dan rela untuk di ajar.

Rezeki tak datang dalam bentuk wang, tapi rezeki biasanya datang dalam bentuk peluang yang akan menghasilkan Wang.


In shaa Allah rezeki melalui berniaga memang sangat ajaib bila kita yakin sepenuhnya bahawa rezeki itu datang dari izin Allah. Bila hati tak tenang, legakan dengan Solat. 9 per 10 rezeki datang melalui perniagaan dan sebagai islam pastikan kita berniaga dengan penuh muamalat.


3 comments: