Wednesday, October 1, 2014

Demam Frozen tak habis-habis :D

Kehebatan pengaruh FROZEN sampai sekarang pun ada lagi...hebat nya motivation dan gambaran penuh kasih sayang dalam movie Disney tu ye..😅

Yang pening kepala dah tentu la mama ayah seluruh dunia bila rancangan TV banyak yang dah tak boleh tengok sebab nye, anak-anak dah conquer TV 24hours pasang CD Frozen tu sampai sudah...DVD player tu kalau boleh menjerit dah lama dia menjerit suruh stop ulang tayang cerita yang sama kan...

Ada yang tanya sal mana sal beli dress FROZEN Damia n Danisha yang kilat kilat tu...sampaikan pergi curve ahad lepas pun habis femes kejap bila jadi tumpuan orang ramai once diorg hangout dengan baju Queen Elsa tu..

sebenarnye kat Malaysia ni pun ada je jual baju Frozen Queen Elsa ni. Tak dilap sal kalau uol pergi time square ada kot cuma design dia maybe lain sket n harga dia quit expensive dari yang sal dapat beli kat Shanghai minggu lepas.

Alhamdulillah sal lepas tapisan untuk ke melancong percuma bersama adik beradik Top Leaders Circle ke Shanghai last week...Bila berkesempatan ke sana, Damia n Danisha pun amik kesempatan jugak buat list order! Hahahaa.

Macam-macam diorang request..
And list tu diorg siap tulis dalam ipad mini mama.

Haaaa ni la dia senarai barangan yang di tempah oleh anak-anak mama.
Ni diorang tak follow. Cuba kalau diorg sekali follow ke Shanghai? Tak ke badah ketiak n meleleh peluh kat dahi tak berenti bila semua benda pun diorang nak. 😅


Sal tak beli banyak pun kat Shanghai coz kebanyakkan barang macam towel kadut roda tu boleh beli kat Malaysia je..
And lagi pun jenuh nak bergaduh dengan penjual kat AP Market tu untuk dapatkan harha yang kita nak.

Ni antara barangan from Shanghai AP Market yang sal grab dulu masa 1st day shopping kat AP Plaza. Sebab kat Malaysia baju ni susah nak dapat below than RM50 tapi kat Shanghai AP Plaza Alhamdulillah lepas seram sejuk bergaduh dengan penjual yang tak faham bahasa inggeris tu, sal dapat jugak dua helai baju ni dgn RM100 n quality dia pun not bad.

Dan kitchen tu memang sal puas hati sangat bila dapat beli dengan harga RM40 je. Kalau cari kat toy r us atau kat Chow Kit pun tak dapat kot RM40 untuk kitchen besar Danish ni.

Thomas n Friend tu pulak RM25 je. Dia boleh bergerak depan belakang dan ada sensor. Memang murahhhhhhhhh sangat toys kat AP Plaza Shanghai.

Tapi kita kena pandai tawar n make sure bila tawar dengan harga yang kita nak tu kita akan ambil once peniaga tu pun dah setuju nak bagi. Kalau tak siap la korang kena katok. Hahaa. Bargain boleh di buat sampai 80% dari harga asal yang dia bagi.

Kalau korang dah bargain pun dia tak nak bagi, gerak je cari kedai lain. N biasanye bila kita mula nak gerak tu la dia kan panggil n setuju dengan price kita. Hahahahahampeh! Dah la cakap macam ayam dengan itik. Macam orang bisu pun ada jugak rasanya sebab majoriti diorang yang berniaga kat AP Plaza ni tak boleh bertutur dalam english.


Yang ni pulak the latest edition of Frozen punya toys. Dia ada muzik dan boleh terbang melepasi bumbung rumah! Hahaha scary jugak main mainan frozen yang terbang-terbang ni. Sambil mainkan toys ni sambil suka tengok muka Danish takut dengan sayap frozen ni. Hahaa.

Toys ni RM50 je satu. Kalau tak bargain memang dia kehel kita sampai RM180 satu. Masa ni RMB dah habis so sal offer dia Ringgit Malaysia n diorg happy je accept our RM 😍


Shopping sampai lebam!
Ohhhh how i miss this moment!!!


Ni la rupa pintu gerbang AP Plaza Shanghai. Tiga jam kami bertapa kat sini masa hari kedua shopping di APP ni.

Hahaha memang happy masa ni walau kaki minta di pijak pijak.

Banyak sangat winter coat MURAH GILER kat sini. Rasanye la kan, kedai-kedai winter kat Dunis ni majoriti amik tempahan dari sini...sebab harga dia memang 80% MURAH DARI MALAYSIA!

Pilih je mana uol nak!
Tapi make sure lepas tawar menawar wajib beli! Kalau tak selamat la main kejar mengejar ye :D


Tips kebersihan:
Hahaha pastikan sebelum masuk AP PLAZA ni uol dah buang air siap-siap kat hotel kalau boleh. Sebab toilet dia sampai hari ni sal still terbayang-bayang "kebersihan" yang enak mata memandang n enak bau yang menghidu
😖😷

After full day kat luar terkinja kinja, petang nak maghrib baru la kami di hantar ke Hotel. Hotel Radisson Blu Shanghai ni kategori Five Star kat sini tapi yang best nye sal dan kawan-kawan pergi PERCUMA! Yeayyyyy!!!! Alhamdulillah rezeki dapat melancong percuma lagi lepas Vietnam, Korea, Australia..lepas ni tak sabar nak berhiphip horay kat AUSTRIA HUNGARY pula ;)

Best tak bilik hotel Radisson Blu Shanghai ni? 😍

Hari pertama landing atas tilam empuk ni sal tak cakap banyak dah. Terus lelap tak ingat apa langsung. Lepas mandi terus babai Shanghai..hahaha lena mimpi Europe pulak.



Ootd ahad 28 September 2014 masa appointment dengan prospek n client n sambil tu macam biasa, bawa anak-anak jalan jalan cari makan di The Curve Mutiara Damansara.

Frozen Dress from AP Plaza Shanghai.
Zawara Dress mama from Zawara KD.
Shawl tiffany blue mama from Nfarhana Ramly ;)
Metal belt atau tali pinggang besi dari Zawara KD @ Zawara Kota Damansara.

No comments:

Post a Comment