Wednesday, August 6, 2014

Kenapa perlu Boikot Produk Israel



“Boycott adalah satu ‘peperangan’. 
Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan sepertt ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan manis; boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot” -  Aqsa Syarif




Stok lama milo,maggi dan sebgainya tu,habiskan..jangan dibuang  membazir namanya..sebab ianya bukan haram. Cuma leas ni kita jangan beli lagi..sama juga dengan intel tu..gunakan je..kalau rosak, beli jenama lain yg tak de menyumbang ke israel..







Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?

Credit to Dr Irfan Khairi.
Saya tidak pandai dan kurang faham politik. 
Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds
CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel.

Cuma sejak kebelakangan ini, isu boikot telah menjadi tumpuan pengguna dan orang ramai oleh kerana penyebaran mesej boikot melalui media sosial seperti Facbook ini.

Negara seperti Turki baru-baru ini telah menghentikan pengambilan Coca Cola untuk rak-rak kedai/pasaraya. Begitu juga hotel-hotel di India telah mula menghenti pengambilan Coca Cola di premis mereka. Pelanggan di restoran francais McDonald juga terdapat pengurangan. Mungkin dilihat tidak banyak, tetapi seperti yang dikatakan, pengurangan untung 10% akan memberi impak kepada organisasi.

Di Malaysia Persatuan Pengguna-Pengguna Islam telah menekankan 4 produk yang perlu di boikot, iaitu McDonalds, Coca Cola, Starbucks dan Colgate. Walaupun banyak lagi produk yang membantu Zionis, 4 ini diberi penekanan untuk boikot secara strategik.

Adakah dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.


Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sememangnya, untuk lakukan boikot 100% diakui adalah agak sukar. Mungkin anda sedang membaca nukilan saya ini menggunakan PC yang dikuasai Pentium? Atau di pejabat anda menjalankan tugas menggunakan Pentium? Intel juga adalah antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis dan menjauhkan hubungan syarikat-syarikat lain dikaitkan dengan mereka seperti banyak syarikat kini.

Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim




Facebook pulak???
Kenapa tak boikot???


Ada yang kata juga, mengapa tak boikot FB sebab FB dimiliki Yahudi? 
Jawapan saya dah ada dalam artikel saya ni... kan saya kata kalau tak boleh boycot 100%, 50% pun ok... kalau tak boleh, 10% pun ok. Buat la apa yang termampu. Saya tak kata pun saya mampu boikot 100%. Secara jujurnya, my laptop sedang type ni pun guna Intel. Thats the point of my article.

Tetapi, janganlah sebab boikot pula sesama kita kat sini pun bergaduh. Yang boikot mengata yang tak boikot. Yang tak boikot mengata yang boikot. 

Saya yakin, yang tak laungkan "boikot" pun akan cuba kurangkan penggunaan. Just tak sebut "boikot" kerana mungkin masih guna sesetengah produk seperti Pentium (Intel), Milo & Maggi (Nestle), atau masih subscribe kepada Disney, CNN, dan Fox di Astro yang kesemuanya sepatutnya termasuk dalam senarai boikot juga (dan banyak lagi). Yang kata boikot pun mungkin masih guna produk2 ni. 

Bagi yang 100% boikot, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.

Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestine dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma. So, nobody should judge others kan.

Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Baru je mohon maaf sempena raya kan. Spread love, not hate sesama kita.

Tentang fb ni pun dah dijawab oleh ustaz-ustaz yang ternama..
Reason is simple:
As long it can deliver good things, why we wanna stop from doing it?
Dakwah, nasihat, malah hadith2 sahih dan tafsiran quran pun dapat disampaikan melalui media alternatif sebegini.mana tahu,amalan yg kecik ni la jadi asbab kebajikan kita di akhirat berbanding perbuatan baik kita yg  lain..wallahualam..




JANGAN LA BOIKOT SAMPAI MACAM NI SEKALI!
Tak baik tau.

Nak boikot ckuplah setakat boikot. Tak perlulah di bawak sikap yahudi buat macam rumah sendiri main terjah je bawak makanan.lepak.makan sana macam rumah sendiri......jgn smpai offending pekerja sana sebab mereka kerja secara halal.... Boikot secara berhemah. Org melayu dan islamkan ada rasa hormat.

Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang tu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.





Jangan boikot tu sampai kita pulak jadi macam ni:
1. Bergaduh sesama Muslim.
2. Mencaci Maki Sesama Muslim
3. Mengaibkan sesama Muslim.
4. Mendedahkan Aurat dihadapan Ajnabi.
5. Couple atau bermesra dengan yang tidak halal
Baginya
6. Segala yang membuatkan Rasulullah ﷺ sedih
7. Segala apa yang mengundang kemurkaan Allah

Kita boikot yahudi tanda kita benci yahudi.







Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya


Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.









Gambar kanak-kanak di Palestine yang kehilangan ibu ayah dan keluarga ni sangat menyentuh hati :'(

Tak terbayang sekiranya itu adalah situasi anak-anak sal.
ya Allah peliharalah keamanan kami.....!!!












#supportGAZA





4 comments: