Friday, August 1, 2014

Iftar Anak-anak Yatim Rumah Nur Kasih Bestari, Kepong

KEPONG: Alhamdulillah, last Thursday (10/7/2014) Top Leaders Circle (TLC) together with Malaysia Premium Beautiful Top Agents successfully organised ‘The One Heart Project’ which we manage to donate a sum of almost RM17,000 to the orphanage of Rumah Nur Kasih Bestari, Kepong. The collection together with other goodies we given to the school manager at the Iftar event. Here are some of the highlights for the event.


Team HBO bersama sebahagian Anak-anak Yatim Rumah Kasih Nur Bestari, Kepong.



Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
 Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini - sambil Baginda menunjuk dengan kedua-dua jarinya - jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya, sebagai isyarat rapatnya mereka dan duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga). (Hadis Riwayat Bukhari)


Anak yatim merupakan duta kecil Nabi. 
Mendekati mereka bermakna mendekati Baginda.
 Banyak hadis yang menceritakan kelebihan orang yang menjaga dan berbuat baik kepada anak yatim. Sayang sekali kalau kita tidak teruja dengan tawaran eksklusif ini. Islam sangat mengambil berat perihal anak yatim. Jika disemak dalam al-Quran, Allah menjelaskan berkenaan anak-anak yatim di pelbagai tempat.


Allah Taala menyebut di dalam Surah ad-Duha ayat 9-10 :
 "Pada anak yatim itu ada penawar yang menyembuhkan. Pada anak yatim itu juga ada racun yang sangat menyakitkan. Sekiranya hatimu tega dan rela dengan kesusahan mereka ertinya kau lupa dengan pesan Allah ini. Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berkasar, dan terhadap pengemis janganlah kau herdik."

Mereka ini mempunyai hak untuk ditunaikan seperti mana yang disebut dalam ayat di atas, berbuat baik kepada mereka adalah perkara yang paling terpuji, dan menyakiti mereka adalah perkara yang paling dikeji.

 Rasulullah SAW bersabda : 
"Sesiapa yang menanggung makan minum seorang anak yatim Muslim sehingga cukup keperluannya, maka wajib baginya syurga." (Riwayat al-Tabarani)











 Wajah-wajah comel mereka yang menjadi penghuni di Rumah Nur Kasih Bestari ni.

Sayu je bila renung wajah-wajah mereka.

Dari kecil dah diterap adab budaya islam supaya sentiasa meraikan tetamu.



CDM Salha Zain sebagai pengerusi majlis.

 Rumah Nur Kasih Bestari ni di huni seramai 60 orang anak-anak yatim dan asnaf.

Kami dihiburkan dengan dendangan lagu selamat datang dan tarian comel dari anak-anak kecil ni ;)

 Sumbangan diserahkan.

Yeay...dapat duit raya!

 Top Leaders Circle yang happy dapat meraikan Ramadhan bersama anak-anak kecil ni.

 Comel kan. Diorang ni kembar tau.

Menikmati juadah berbuka puasa.


CDM Salha mengagihkan kuih raya pada setiap penghuni Rumah Nur Kasih Bestari.






Elakkan jadi YATIM HAKIKI.
Yatim hakiki adalah apabila miskin akhlak dan budi, sering tak bersyukur dengan kurniaan Allah. Sekiranya kita mengabaikan anak yatim, diri kita inilah yang yatim sebenarnya. Orang yang intim dan menjaga anak yatim akan intim dengan Rasulullah, bahkan akan intim dengan Allah.
Kasih sayang terhadap anak yatim sinonim dengan iman. Maka apakah kita beriman sekiranya mengabaikan anak yatim sama ada yang berada di kawasan berhampiran atau dalam masyarakat dan di negara kita?






Sekiranya anda juga turut mahu menyumbang kepada anak-anak yatim di Rumah Nur Kasih Bestari ini, boleh lah berhubung dengan pihak sekolah.
PUAN KAYROL – 019-250 2663



No comments:

Post a Comment