Wednesday, August 6, 2014

1st Aidilfitri 2014 Salleha Roslan dan Keluarga




Dalam Islam tidak ada hari raya dalam konteks yang difahami oleh orang Melayu. 
Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot dan permaidani. 
Tidak ada hari untuk membeli baju atau kasut baru.
 Tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewah. 
Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur, berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show, album dan sebagainya. 
Yang ada hanyalah hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan membesarkan Tuhan.


Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. 
Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.
Kerana kalau fitrah sudah rosak dan kotor, manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai insan. Keinsanannya sudah rosak. Nafsunya akan bermaharajalela. Dia akan terangsang hanya dengan dunia dan akan benci akhirat. Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka. Dia akan mengangkat nafsunya menjadi Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal dicampakkan ke dalam neraka.Nauzubillahiminzalik.

Btw SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA PEMBACA WWW.SALLEHAROSLAN.COM

Alhamdulillah tahun ni sal di beri kesempatan lagi untuk beraya bersama keluarga tercinta. Sal memang tak de kampung untuk balik beraya so tiap kali dengar lagu balik kampung memang tak kan sampai feel tu.huhuu. Kebiasaannye hari raya kami sekeluarga akan diraikan bersama sanak saudara di sekitar KL Selangor sahaja.
Area Bangi, Kajang, Cheras, Ampang, Kepong antara lokasi utama kami di sekitar raya pertama dan kedua.

This is my family.
Along n Abang Long je tak de sebab tahun ni giliran mereka beraya di Kedah.

Hmmm..bila tengok gambar ni baru sal perasan yang kami enam beradik ni, Lima dari nye semua dapat jodoh dengan orang Lembah Klang jugak.Huhu jadi tak de masalah untuk balik beraya kat mana dulu. Macam sal sendiri pagi raya memang solat raya kat Masjid Saujana Utama Dulu. Kemudian baru gerak ke rumah mertua di FRIM Kepong. 


Monopod punye pasal.
Thank u Pak Lang Salleh atas gambar-gambar candid.


Tak habis-habis lagi...hahaa..
Ok...fine, weols anak -beranak je yang pakai blue in color.


Ni adik beradik lelaki sal.
Yang baju melayu maroon tu ayah sal.
Yang berbaju melayu oren tu adik beradik lelaki sal.
n yang berbaju melayu biru tu Husband sal. Hehee. Sure uol kenal dah kan tapi saje je nak perkenalkan jugak sebab mana lah tau ada antara uol yang baru je singgah blog sal ni ;)


Thank you Mak Lang n family atas layanan istimewa.


Seperti biasa, Damia and Danisha happy sangat di pagi raya especially bila dapat pakai baju baru. Pose biru kembang ala-ala princess ni idea diorang berdua la ni. Lepas jadi main pusing-pusing kain terus duduk n minta mama amik kan gambar.


Nur Damia Shafiqa AKA Queen Elsa


Nur Danisha Shafiqa AKA Princess Ana. Huhuu atau peminat setia Spiderman.


Yeayyyyyy ayah dah balik dari solat Aidilfitri. Boleh la berbaris salam peluk cium.
Tengok yang belakang skali tu. Hhahahaa dia tak larat nak berdiri lama dah. Isi minyak dulu sambil beratur.


Ayah kakak minta maaf sebab selalu cakap ayah botak.


Ayah adik sayang ayah walau ayah "itam"


Danisha memang cukup marah kalau ayah pegang mama sebab dia kata "nanti mama itam macam mana?!!!"
Hehehe sabar je la...boleh pulak dia fikir mama akan jadi gelap kalau terpegang ayah.. ;D


 Hero Malaya pun nak jugak salam






Dengan Tok Ayah. Nak gi beraya dah.


Cute tak saya pakai tudung kakak.


Mama memang saja nak ngusik kita tau ;D

Nak masuk ke laluan perkuburan Islam Taman Batu Muda ni memang agak sesak pula di hari raya pertama ni.Masing-masing ambil peluang sebelum balik beraya untuk menziarahi dan mensedekahkan doa Alfatihah buat ahli keluarga dan kenalan yang telah kembali ke RAHMATULLAH.


Ziarah pusara arwah Tok Hendon dulu before sambung beraya (Mak Ayah moyang Damia Danisha Danish) di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda.


Al-fatihah

Meng"AMIN"kan doa yang di baca Tok Ayah.



Semoga roh Tok Hendon dan Roh-roh semua kaum muslimin muslimat dicucuri rahmat Allah.


Sambung beraya ke rumah Pakchu Mail aka Cikgu Mail ;)


With cousin Farah Iswa dari Johor Bharu.
Ibu anak tiga yang cantik manis ni pun merupakan pengguna Premium Beautiful Corset.
Logic la kan badan slim dengan PB even dah ada tiga orang anak kecik pun. Body maintain je. Pb corset memang sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tak de masa dah nak keluar berjogging n buat senaman khas untuk shape kan badan. Just pakai je Premium Beautiful dan biarkan pb yang bekerja untuk kita.


 Melawat baby Abdul Rahman yang baru dua minggu usia nye.
Best nye dapat bau baby...biasanye orang sebut-sebut baby ni adalah bau syurga ;)



Raya tahun ni memang sal dan suami pakai je baju apa yang masih elok dan nampak baru. Asalkan bersih dan tak berbau dah memadai untuk menceriakan hari raya Aidifitri kami sekeluarga.

Selesa sangat pakai dress biru dari Zawara ni. Even ada je dress Zawara yang baru n tak terpakai lagi, tapi tetap nak jugak pakai baju yang memang dah biasa di pakai ni. Nak jugak tau apa feel mereka yang tak dapat merasa pakai pakaian baru di pagi syawal. Nak usaha pupuk diri untuk tanamkan sifat syukur.










2 comments: