Tuesday, June 3, 2014

Fitting Premium Beautiful at Shah Alam Seksyen 2

#Thowback Friday 23 May 2014

Hari ni buat business sesat sampai ke rumah hantu..scary!!!
Hahaha tak pe la kan, alang-alang buat business jangan toleh belakang dah sebab belakang banyak hantu.


Ready nak dating and fitting client di Shah Alam Seksyen 4.
Muka maintain legend walau baru melepasi pengalaman cuak seram sejuk kat seksyen 2 tadi.


Pergi dengan Miss Zazalina


Lepas penat redah jem untuk ke Shah Alam dari Bandar Sri Damansara, kami singgah makan dulu kat area seksyen 9 Shah Alam. Makan Asam Pedas. Memang sedap dan terangkat. Lepas ni tau dah kat mana nak makan asam pedas power kat area Lembah Klang ni.


Licin makan sal sorang makan.
Alhamdulillah dapat suami soleh. Hahaa tu ayat masa zaman bujang-bujang dulu la kan masa kat asrama. Asal makan licin je diorg kata akan dapat suami soleh. Alhamdulillah dapat sorang dah ;)

Dah ada tenaga baru la excited nak pergi jumpa client.


Haaaaa!!!!!
Korang pernah baca tak kisah seram 18 SG ni beberapa tahun lepas?
Femes jugak la sekejap kisah rumah sewa murah kat Shah Alam ni.

And boleh tak malam kitorg nak pergi fitting cash buyer Premium Beautiful ni, kisah cuak seram ni tetiba jadi. Kisah nye, sampai-sampai je area Shah Alam tadi mulut sal pergi ringan sangat tanya kat Zaza "zaza pernah baca tak kisah rumah hantu kat Shah Alam ni?"

Hahahaaa...zaza cakap "tak pernah n ada ke?"

Then after magrib lepas makan asam pedas super power kat Seksyen 9 tu, maka kami pun deal la dengan client untuk jumpa kat McDonald Sekyen 4 Shah Alam. Ala yang kat roundbout after Masjid Shah Alam tu.

Zaza pun setting la waze dia sebab dia yang drive kan..so dia pun follow je la instruction waze tu. Follow punya follow, boleh pulak Mr Waze ni bawa Sal dengan Zaza masuk area lot-lot rumah besar Seksyen Dua ni. Huwaaaa dalam hati memang dah berdebar, kepala sampai ke kaki dah seram sejuk dah. Tapi maintain cool depan Zaza sebab tak nak dia drive dalam keadaan panic. 

Ya Allah...!!! Alhamdulillah tak de peristiwa pelik like kereta terberhenti kat tengah jalan ke apa sebab kawasan tu memang gelap dan sunyi sepi. Sampai kat satu area tu, Mr Waza cakap "U have reach the destination" Hahahaha...Kenapa kat area ni jugak yang dia bawa kitorg berdua...Ya Ampun..Tobat tak nak tanye soalan apa-apa dah lepas ni tentang kisah hantu-hantu ni. Sebab tak pasal-pasal je kitorg di bawa jalan-jalan naik ke area gelap seksyen 2 ni.

Dengan jiwa cool dan still dalam keadaan waras, Sal tunjukkan Zaza jalan untuk ke jalan besar. Dah keluar dari situ baru Sal cakap dengan Zaza yang situ lah area Rumah Sewa RM50 yang hangat diceritakan dulu tu.

Nasib baik lah Zaza tak pernah tau kisah tu, kalau tak confirm dia gigil masa drive tadi.

Thank you Ya Allah sebab lindungi kami dari perkara-perkara yang menyeramkan tu.


After settled appointment Sal dan Zaza terus ke Gombak untuk ke majlis ilmu mingguan Top Leaders Circle.


Rasa tak lengkap kalau seminggu tu tak luangkan masa ke majlis ilmu.
Kat sini lah tempat paling sesuai sekiranye kita nak dapatkan roh-roh orang berniaga.

Kerana bila kita bergaul dengan mereka yang mempunyai impian dan tindakan yang serupa, in shaa Allah kita juga mampu untuk capai apa yang mentor-mentor yang dah terbukti berjaya dapat.

Di sini lah tempat untuk cas semula bateri semangat dan bateri minda yang makin lemah.

Jika kita gagal relakan diri sendiri untuk jejakkan kaki ke majlis ilmu, jangan bermimpi di siang hari untuk kita perolehi segala whislist yang kita impikan kerana tanpa ilmu kita pasti tak ke mana. Dan dalam bisnez ni, tanpa ilmu kita pasti sama sahaja iaitu tak mungkin ada simbol kejyaan aka CDM pada diri kita. Ilmu perlu sentiasa dipelajari...dalam menjadikan diri insan berjaya, ego kena tolak tepi walau macam mana hebat sekali pun kita di bidang akademi dan di alam perkerjaan hakiki sebab ilmu bisnez dan ilmu teori yang kita pelajari memang tak sama dengan ilmu praktikal yang kita perolehi dalam bidang perniagaan seperti ni

dan untuk KUNA Thanks sangat-sangat sebab sanggup datang dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur demi untuk naik kan semula semangat sendiri dan dapatkan ilmu terkini bersama kami di Top Leaders Circle. In shaa Allah pengorbanan kuna dan suami pasti akan mendapat nikmat ganjaran berganda.

Thanks jugak untuk semua yang berjaya hadir ke class TLC hari ni..!!!
Balik rumah semua tak boleh tido sebab ilmu yang diberikan memang super tiptop dari mentor kita yang merupakan expert social media.


Sempat lagi after class diorg berkelah kira flyers Marine Essence dan Mineral Coffe kat bawah TLCC.


Ni lagi sorang mummy anak dua semangat kental.
Balik dari kerja terus ke class and stay sampai habis.




Salleha Roslan

No comments:

Post a Comment