Tuesday, June 17, 2014

Cermin kehidupan

Kita adalah cermin paling dekat buat anak-anak...maka, perbaikilah diri supaya anak-anak yang kita sayangi tak terjebak untuk disenarai pendekkan sebagai ahli neraka hanya disebabkan kelalaian kita sendiri untuk mendekatkan diri pada suruhan Allah...jaga tutur kata dan perbuatan dari melakukan perkara-perkara negetif.

Kebelakangan ni selalu sangat rasa sebak bila rasa diri tak dapat nak beri contoh terbaik pada anak-anak dalam solat, penjagaan aurat dan amal ibadah kebaikan yang lain. Sebab mula-mula kawin, kita minta Allah kurniakan zuriat yang soleh solehah pada kita, bila doa dimakbulkan adakah kita sebagai ibu ayah berusaha ke arah amalan soleh solehah? Adakah anak-anak sekadar bukti cinta pada pasangan? Atau sekadar nak menutup mulut orang sekeliling yang always bertanyakan "bila lagi ni...merancang ke?"

Ya Allah memang tak mudah nak tarik diri untuk sentiasa melakukan kebaikan dan menghindarkan kemungkaran kerana dugaan untuk hebat beribadah ni memang hebat jugak dugaan dia...

Apa yang kita boleh lakukan hanya la berusaha perbaiki solat, jaga aurat, berdoa dan berbuat baik sesama makhluk tuhan. Biar diri penat, mengah, disakiti, disalah erti, di pandang sinis dan sebagainye, asalkan niat kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnye diperkenankan oleh Allah. 
With my lil hero Muhammad Danish Shafiq yang sentiasa menjadi teman setia duduk di tepi sejadah setiap kali mama dan ayah solat. But sometimes dia akan duduk depan n ketuk-ketuk badan kita waktu sujud.

Bila anak-anak buat aktiviti bergurau senda di waktu kita sedang solat, biar kan je..sebab teringat kisah Rasul kita Nabi Muhammad SAW di mana anak cucu baginda sering bergurau di waktu baginda sedang solat.


Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, 
apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ni memerhatikan gerak geri baginda dalam sembahyangnya. 

Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak kecil tu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain.
 Kemudian baginda bersabda:“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).





No comments:

Post a Comment