Tuesday, June 24, 2014

CDM Fresh from the Oven

Alhamdulillah...
Syukur tak terhingga pada Allah yang Maha memberi rezeki.
Bermula dengan hanya memakai dan berkongsi kehebatan baju dalam PREMIUM BEAUTIFUL sahaja.....

Bayangkan, dah la tak tau berniaga,
tak de ilmu langsung tentang berniaga,
dan paling terbaik bila sal sendiri tak minat langsung nak berniaga. 
Dah la kena jual premium beatiful yang memang ramai tahu ianye tak murah...
Berpeluh jugak la tiak nak masterkan ilmu premium beautiful ni.
Tapi bila satu persatu ilmu dan tunjuk-ajar di beri, sal mula enjoy dan makin sayang dengan kumpulan dan product kecantikan dan kesihatan seperti pb corset ni. Issue mahal atau murah tu bukan lagi persoalan, sebab sal tahu yang pb ni adalah corset terbaik yang harus dimiliki oleh setiap wanita yang menghargai nilai kesihatan dan kecantikkan.

Memang benar lah rezeki tahu alamat tuan nye.
Untuk mendapatkan rezeki, usaha dan sabar yang tinggi memang sangat di tuntut. Nak pulak bidang business ni memang kita banyak deal dengan macam-macam ragam manusia.

Dipertengahan May 2014, 
Point sebagai Crown Diamond Manager telah Sal perolehi.
Untuk mencapai level CDM, iaitu level kemuncak business network ni, perlu mempunyai jumlah sales terkumpul sebanyak 2 juta.

Dan Alhamdulillah setelah hampir Tiga Tahun meredah segala macam dugaan dan cabaran, dengan izin Allah sal dinobatkan sebagai Crown Diamond Manager Top Leaders Circle yang baru bagi tahun 2014. Walau tak secepat orang lain, tapi sal yakin ada sebab kenapa Allah panjangkan tempoh untuk sal bergelar CDM.

Untuk berjaya, kita perlu yakin dengan potensi diri sendiri dan yakin dengan bantuan Allah pada kita. Jangan takut untuk bermula, jangan malas untuk berusaha, dan jangan peduli kata-kata sindiran orang lain sepanjang kita focus untuk terus berjaya.

Kerana bila focus kita mula capai sasaran, In shaa Allah kita akan mula jadi orang yang kalis kritikan. Memang ada masa kita akan jatuh dan dijatuhkan, tapi jangan jatuhkan diri terlalu lama...jangan sesekali sabotaj diri sendiri. Dan yang paling penting, jaga hati supaya kita niatkan untuk "bukti kan pada diri sendiri yang kita mampu buat"!

Niatkan "aku ingin berjaya untuk buktikan pada diri sendiri dan bukan nye dengan niat menunjuk pada orang lain."


Ni kisah CDM Salha buat kejutan sempena selesai topup day pada hari jumaat dua minggu yang lalu.
Ikutkan hati kak salha kata dia nak announce awal-awal lagi sebab beliau tak sabar nak kongsi good news ni bersama Top Leaders Circle yang lain.

Sal sendiri TERKEJUT bila kak salha umumkan yang TLC ada melahirkan CDM fresh from the oven. Masa ni apa lagi, terus je airmata mencurah-curah laju. Memang tak boleh control dah. Sebab rasa macam tak jejak bumi bila akhirnye segala pengorbanan dan perit jerih nak mendaki puncak jaya menjadi REALITI!!!!!

ALHAMDULILLAH.

Paling tambah menyentuh hati bila rakan kongsi pun mula menitiskan air mata bila sal diumumkan sebagai CDM TLC yang baru. 

Uol tahu tak??????
Tanpa uol tak kan ada CDM Salleha Roslan hari ni.
Tak mungkin ada CDM Salleha Roslan sekiranye tak de seorang pun dari anda yang masih berdiri kuat di belakang sal di awal pembabitan sal dalam business yang penuh cabaran ni.

Sebab tu Rasulullah menggalakkan umatNya berniaga.
Kerana hanya melalui berniaga kita boleh makin kaya dan berjaya.
Dengan berniaga kita makin memupuk sifat sabar yang teramat tinggi nilainye. Attitude seseorang mudah di bentuk melalui onak duri sepanjang berniaga. Dari tak pemarah boleh jadi penyabar, dari suka buang masa makin tahu hargai masa, dari pemalu tak bertempat mula jadi peramah, dari takut-takut makin ramai yang semakin berani, dari malas jadi rajin dan macam-macam lagi sikap yang boleh terbentuk bila kita yakin dengan rezeki Allah yang akan hadir melalui perniagaan.


Sebelum pengumuman CDM Top Leaders Circle yang baru, kelas mingguan TLC bermula seperti biasa iaitu 9-11.30 malam.

Perkongsian hebat dari CDM Nur Fadzliah memang buatkan sal sendiri melopong dengan curahan ilmu yang beliau sampaikan.

Ilmu dari CDM Izyan Liyana tak kurang hebatnye bila beliau berkongsi tentang bagaiman untuk mendapatkan senarai nama.

Bagi setiap business, senarai nama atau database adalah nadi untuk terus berdiri kukuh di arena perniagaan.

Family portait ni memang rutin mingguan kami di Top Leaders Circle.
Makin hari keakraban kami sekeluarga dapat dirasai antara satu sama lain.
TLC dah ibarat satu keluarga antara kami semua. Makin hari, semangat TLC makin berkembang ke seluruh pelusuk Tanah Air dan in shaa Allah akan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

TLC we love u!!!!



2 comments: