Monday, May 26, 2014

Premium Beaautiful Set bersalin terbaik dan kisah JJCM coconut shake original di Klebang Besar

Nak share lagi testimoni terkini premium beautiful penipu ni!
hahaha...tipu dah pb corset ni bila dalam masa dua bulan lepas bersalin je boleh dapat bentuk badan rozita che wan? ada tu siap dapat berat badan sama macam zaman anak dara dulu.

Memang mengejutkan la kan ;)
Tapi tu semua memang tak mustahil pun bila kita biasakan diri untuk pakai premium beautiful dalam pantang secara disiplin. Ala suruh pakai corset yang ada ciri-ciri kesihatan pun.

Jangan risau, tak rimas mana pun.
Mana lagi rimasa? Rimas seminggu dua je ke atau rimas seumur hidup dengan berat badan dan bentuk badan yang luar dari kebiasaan? Kalau pakai premium beautiful dua minggu pertama dalam pantang, memang uol akan :

Kerap berpeluh
Kerap buang angin
Kerap kencing 

Perut gatal-gatal dan hitam (tu hanyalah kesan sementara sahaja kerana toksin badan dan peluh asid sedang disingkirkan) jangan panic! sebab after dua minggu ke sebulan kesan gatal dan hitam di perut tu semua akan hilang dan stretchmark pun makin pudar.


Ni fresh from the oven lagi.
Aisyah ni ibu pada dua hero.
Baru je dua bulan melahirkan cahaya mata kedua.
Tapi just imagine, macam mana aisyah boleh dapat semula bentuk badan asal dia dalam masa yang singkat?

Bersenam (ada masa ke dalam pantang nak bersenam)
Tahan lapa (memang tak la kan sebab aisyah menyusukan baby)
Pakai bengkung? (Boleh jadi)
Pakai param pilis jamu bagai? (Memang tak la kot sebab tak menang tangan nak urus anak sendirian)

So the best solution untuk aisyah amalkan sepanjang tempoh berpantang adalah:
pakai PREMIUM BEAUTIFUL je!
simple kan. ;)


Dari segala sudut jatuh menggelebeh, once amalkan pakai premium beautiful corset, Alhamdulillah bentuk badan lebih pejal dan terletak.





Kenangan 13 April 2014.
Last minute punye plan dengan iynas omar untuk turun ke melaka untuk urusan business.
Drive dari saujana utama ke ayer keroh mengambil masa sejam 40 minit untuk sampai ke MITC.
Kami pergi bertiga termasuk dengan danisha. (my daughter)



Sebelum keluar rumah sempat basuh kasut sekolah damia dulu.
Tak kan nak biarkan dia pakai kasut hitam berdebu pulak kan esok ke sekolah.



Selfie dalam kereta seementara tunggu lampu isyarat hijau.
selfie with monopod. En fendy kat depan kereta sebagai penunjuk arah tu tersengeh je bila nampak aksi lupa daratan kitorg ni dari cermin pandang belakang kereta dia...hahaaa.

Ni dalam perjalanan nak ke rumah aisyah.
Kitorg memang tak tau jalan so en fendy la yang tolong escort sampai ke lokasi sebab kebetulan dia nak hantar mak dia balik melalui jalan yang sama.

Dalam 30 minit perjalanan di dalam panas terik, Alhamdulillah kami sampai ke destinasi. Rumah aisyah betul-betul tepi highway AMJ nak menghala ke muar. Kitorg yang blur-blur ni memang follow habis direction n landmark yang aisyah bagi...nak suruh share location guna waze aisyah tak tahu pulak..so lucky we have en fifie yang hantar kan sampai ke pencawang TNB. Then landmark rumah pulak color "hijau"....part rumah color hijau ni memang la tak boleh tahan..sebab nye hampir semua rumah kat area umah aisyah ni adalah rumah warna hijau..hahahaa..naik pening tanye orang kat situ mana rumah en zazuri..hehehe alhamdulillah memang famous en zazuri kat kawasan ni sampaikan ada sorang adik ni yang kitorang pergi terjah rumah dia hasil silap maklumat tu bawa kitorg ke rumah yang betul...

Hahahaa aisyahhhh!
sila perhatikan rumah aisyah betul-betul before bagi maklumat ye..hahahaaaa.



me with aisyah zazuri yang masih 30 hari dalam pantang.
Nampak sihat bertenaga aisyah walau baru sebulan bersalin. Siap boleh lagi tu dia keluar gi kedai bawa kereta.


Muka kenyang sangat lepas di jamu mee rebus sedap.
Thank you pada aisyah dan mak aisyah sebab sudi jamu kami yang memang dalam kebuluran ni makan mee rebus.


Lepas tu kami singgah kat tempat wajib ni.
COCONUT SHAKE ORIGINAL di KLEBANG MELAKA!
saje je amik gambar harga untuk secawan coconut shake tu untuk reviewkan dalam blog ni.

Harga memang berpatutan la dan kena dengan kesedapan dia.
Tak mual dan memang membuka selera serta penghilang dahaga. Sekali minum macam tak cukup, so kalau uol ke sini untuk order coconut shake original ni pastikan order lebih dari satu. Tak tahu lokasi coconut shake original klebang ni kat mana? waze kan aje...confirm ada. ;)


Muka iynas berseri-seri bila dapat minum segelas coconut shake yang paling famous dan maintain sedap ni. Sambil minum, kitorg makan keropok lekor. Tapi keropok lekor memang tak boleh lawan keropok lekor terengganu la kan ;)


Ada dua tempat tau untuk dapatkan coconut shake klebang ni.
Satu untuk take away, dan satu lagi ada kat dalam untuk duduk minum dan makan kuih muih. Maknanye memang dia asingkan untuk yang nak bungkus dan yang nak makan. yang untuk duduk minum kat dalam tu memang tak boleh bungkus la. Nak bungkus mesti nak kena beratur kat luar di tepi jalan sana.


Happy sangat bila dapat luangkan masa dengan my sayang dyna salleh.
Hahahahahaa dyna kalau baca ni confirm gelak kembang tekak kan sayang..hahahahhaha.

Sepanjang duduk dengan dyna ni habis semua plan dan harapan dia untuk majukan kumpulan dia dia luahkan. Memang salute sangat dengan kepimpinan dyna yang memang ambil berat sangat-sangat pada setiap lapisan rakan kongsi beliau. In shaa ALLAH see u dear di pentas diamond nanti.


Macam biasa, tempat sentiasa penuh dan sesak dengan peminat coconut shake original.


Banyak kan kelapa. So tak yah rebut-rebut untuk dapatkan coconut shake klebang ni ye sebab stock sentiasa ada.


Yeayyyy kami puas hati dengan rasa asli coconut shake di sini.
In shaa Allah confirm akan repeat datang lagi.


Ni kat rumah dyna salleh.
Rasa memang nak culik je kucing-kucing comel gebu en fen ni bawa balik kl. Boleh bagi danish bergurau senda dengan cute cat ni.

Sebenarnye macam lucu je bila dalam satu rumah, boleh hidup satu pasangan yang kontra minat dan hobi. hahahahahhaa...dyna tak suka langsung kucing, but fen suka sangat dengan kucing...hahaha macam mana la uol handle kan situasi kontra ni together.


True friendship comes when the silence between two people is comfortable.

Dont walk behind me, i may not lead...
Dont walk infront of me, i may not follow...
Just walk beside  me, and always be my friends ;)


Sampai-sampai rumah dalam pukul 10 tu sejuk je mata memandang bila baju-baju stok seminggu anak-anak dah siap bergosok oleh en hubby. 

Alhamdulillah rezki sal dapat suami yang sangat ringan tulang dalam membantu uruskan anak-anak dan kerja rumah. Suami yang tak berkira dan sentiasa memahami kehendak isteri dan anak-anak.  

Biasanye memang kami hantar baju-baju untuk di basuh dan di gosok ke dobi je.
Tapi sejak crisis catuan air kat area selangor ni berpanjangan, memang nak tak nak kena la berkorban tenaga untuk basuh dan iron baju kat rumah je. Sebab kalau hantar ke dobi pun akan amik masa yang panjang untuk kami dapat semula baju-baju yang dah di hantar ke dobi.


Tu saje kisah hari ahad 13 April 2014
kisah ke meleka visit aisyah dan kisah jalan-jalan cari makan ke klebang.


Untuk keterangan lanjut mengenai premium beautiful boleh la hubungi sal di:
011-1631 1641




1 comment: