Wednesday, May 7, 2014

Majlis ilmu di setiap hari rabu



Jam pukul 12:54 pagi.
Rabu 7 May 2014

Fon berbunyi...bunyi wasap masuk ;)
Mentor just inform yang ada majlis ilmu kepimpinan malam ni.


Terus terfiikir..............
Tak de alasan untuk saya duduk peluk tubuh, goyang kaki, goleh-golek depan TV bila mentor dah jemput untuk datang ke majlis ilmu.

Terasa derhaka pulak bila tak mampu redah halangan untuk ke majlis ilmu.
Terasa "hebat sangat ke aku" sampai kerap cipta alasan setiap kali tiba hari majlis ilmu.
Terasa banyak nye tertinggal bila tak hadir majlis ilmu.
Terasa letih, lesu, kematu bila sambil lewa dengan majlis ilmu.
Terasa tak layak untuk jadi usahawan cemerlang kalau layankan sangat alasan untuk tak jejak kan kaki ke majlis ilmu.

Sedangkan mentor-mentor utama pun sentiasa ada di majlis ilmu tanpa jemu.
Kita anak didik hanya bawa diri je....
Tempat mentor dah sediakan,
Kerahan idea, wang dan keringat mentor dah korbankan,
KITA???????????

Luahan ni bukan untuk anda yang membaca.
Ni luahan untuk diri sal sendiri supaya beringat yang TANPA ILMU kita pasti tak ke mana!!!!


Bila direnungkan sedalam-dalamnye......
Mentor pun ada emosi,
Mentor pun ada suami,
Mentor pun ada anak isteri,
Mentor pun perlukan masa bersama family,
Mentor pun ada tugasan hakiki
Mentor pun ada masalah peribadi,
Mentor pun perlukan masa sendiri....
TAPI sal tak pernah nampak mentor-mentor sal tak muncul kan diri bila tiba hari majlis ilmu diadakan.

Terasa sombong nye "aku" bila tak menghadiri majlis ilmu.

Nak ilmu berkat, nak jadi hebat, kita hadap CIKGU.
Kita tepati masa CIKGU
kita hargai masa yang mereka luangkan untuk berkongsi ilmu

Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak sabar nak ke majlis ilmu malam ni.
AURA POSITIF DIPERLUKAN.......semoga Allah izinkan sal ke majlis ilmu malam ni ;)





No comments:

Post a Comment