Thursday, April 24, 2014

Kisah Matta Fair - Angan-angan jadi kenyataan

KISAH DULU KALA...
Di zaman era keegoan menebal
Di zaman konon "aku dah selesa" lah sangat

 Belek-belek folder lama kat pc tadi ternampak la gambar-gambar lama masa suka sangat berangan nak pergi melancong... Sampaikan setiap kali ada Matta Fair kat PWTC tu sure muka sal ni akan tercongok kat MATTA FAIR tu. Yang klakanye bukan mampu pun nak beli tiket melancong oversea.. sampaikan siap tersign up credit card untuk matta lagi.. (haaa..buat hutang memang mampu masa ni)

Matta fair biasanye dua kali setahun and sal biasanye pergi untuk cuci mata and feel yang konon-konon "satu masa nanti dapat lah aku pergi melancong"...style sal dulu memang macam tu, suka sangat pergi mana-mana sekadar cuci mata or window shopping. sebab nak beli memang tak mampu disebabkan kekangan kewangan yang melampaui batas.

Oh! insaf sangat dengan life yang penuh "selesa lah sangat" dulu tu...Mulut je kata selesa tapi hati ku penuh seksa..hukhukhukk.

Ya Allah!!!!!!!!! Hari ni rasa sangat-sangat berterima kasih alhamdulillah tak terhingga sebab bukakan jalan n tetapkan pendirian untuk tambah pendapatan dari berniaga.  

Berniaga memang tak mudah, sebab tu tak ramai orang yang suka berniaga...Tapi hasil berniaga sangat Alhamdulillah untuk buat kan kita jadi waras untuk berdepan dengan krisis kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi dan tak mungkin akan turun-turun dah sekarang ni.




Korang bila tengok gaya sal dulu-dulu ni jangan lah sengeh pulak ye ;D
Dulu kan, nak bergaya dengan barang yang melebihi RM40, mesti sal fikir seratus kali sebab memang la tak mampu...!!! Sampaikan pernah je shopping baju kat bundle n biasanye shawl yang sal beli dulu pun sal akan pastikan harga dia tak melebih RM10...

Ya ALLAH bila kenang balik kisah dulu, rasa nikmatnye ujian susah yang Allah bagi. Ada hikmah rupanye kenapa Allah uji dengan ujian kesempitan hidup.

Allah uji sebab:
nak kita ingat kat DIA selalu
nak kita belajar bersabar dan tak kufur bila susah n beryukur sentiasa bila kita dalam keadaan senang. 


Huhuu...dengan damia yang baru nak masuk tiga tahun masa ni.
Memang berangan habis nak bawa anak-anak pergi disneyland.




Segala flyers abis sal angkut. Konon balik nanti boleh la berangan nak pergi sana sini. (Macam lah bajet tu cukup sangat!)

Abaikan gambar yang blur ni.
Almaklumlah masa ni nak beli smartfon berpixel tinggi pun tak mampu. So Sony ericson ni je la yang paling canggih pun mampu sal guna..huhuu..







Jangan kata Matta Fair, Fair untuk cuti-cuti malaysia pun sal pergi jugak..
Hahaha tak sangka kuat nye berangan... 
Ya Allah malu pulak bila kenang balik!!!

Jangan kata nak pergi over the sea, nak pergi Port Dickson or Melaka masa ni pun semput...memang tak de bajet pun nak ke mana-mana sebab memang high komitmen habis dah.

Bila tengok orang lain dapat spend time cuti-cuti malaysia dengan family mula la sal jeles... jeles sebab tak mampu nak pergi...

Sekarang ni mula faham, bila ada yang jeles dengan kita, tu maknanye kita dah mendahului mereka...so jangn kecik hati bila kita tak disukai semua manusia sebab semua manusia suka kan kejayaan tapi tak semua manusia suka tengok kejayaan dan kebahagiaan orang lain

And Alhamdulillah dari kuat berangan dan asik jeles tengok life orang lain, sal selalu doa semoga dibukakan pintu rezeki untuk sal dan keluarga... Akhirnye Hampir Tiga tahun lepas Allah mula lorongkan sal ke dalam bidang perniagaan online ni.

DAN...........
ANGAN-ANGAN SATU PERSATU MULA JADI KENYATAAN! :')


Siap dapat peluk koala n kangaroo secara PERCUMA!

Tak yah pening-pening dah nak redah MATTA FAIR dan plan sendiri perjalanan trip ke oversea...sebab segalanye 100% diuruskan oleh syarikat untuk pakej melancong yang sentiasa on tiga kali setahun!







Berjimba di korea


Shopping sampai lebam kat vietnam.

Dan sekarang sal bukan lah lagi pengunjung setia Matta Fair. 
Dan sal jugak bukan la seorang yang hanya pandai berangan kosong.
Sekarang tau dah teknik nak capai impian dan matlamat, memang kita nak kena ada angan-angan untuk jadi push factor dan tarikkan magnet pada impian kita tu.

Memang terbukti sangat apa yang kita fikir n rasa adalah salah satu doa yang kita boleh submit pada Allah untuk ianye dapat direalisasikan.



Sesungguhnye 9/10 rezeki adalah datang dari berniaga.
Jangan takut untuk berniaga.
Jangan takut untuk jadi kaya.
Jangan takut untuk pasang impian.
Jangan takut untuk terkandas di tengah jalan.
Kerana selagi kita yakin dengan rezeki Allah, selagi tu Allah akan sentiasa ada bersama kita.




No comments:

Post a Comment