Monday, March 10, 2014

Redha GURU!


REDHA GURU

Ramai yang masih tak faham bab adab berguru ni. Saya nak cerita pasal ni pun bukan sebab apa sangat, cuma kesian je kat anda semua terutamanya anda yang ada guru atau mentor.

U nak berjaya, tapi u tak pandai nak gembirakan hati guru u. 
Macamana u nak dapat redha dan doa dari guru u?

Macam ni, mungkin ramai yang masih blur-blur katak.Yang saya maksudkan ialah paling basic sangat.Bila kita pegi belajar dengan seorang guru, apa yang ada di dalam hati kita? Kalau dari situ dan dari awal lagi dah tak bersih kolam jiwa u, macamana nak dapat redha guru?..

Bila balik dari seminar, u semangat!..Buat semua beratus strategi marketing.Tapi at the end of the day, fail jugak.Pastu start nak salahkan guru.Start nampak tak elok pasal guru.Once u ada rasa 'rasa' negatif sikit je pasal guru, walau secalit atau sehalus sehelai rambut sekalipun, saya yakin doa guru untuk anak muridnya tak akan sampai!...

U bayangkanlah!!..

Jadi, u tahu tak betapa perlunya kita mendapat redha guru dan doa guru?...Kalau tahu, u pernah gembirakan guru tak?

Gembirakan macamana ye?...Dr.Azizan kan ada seramai 400 ribu pelajar?..Macamana nak dapat 'reach' Doc?..

Hah, itu lah dia...itu pun susah ke nak faham?..Bab ni saya belajar dari suami saya.Saya ingat lagi, masa 2010 lepas start buat sistem dealer dan sales meletup, suami saya ada buat surat penghargaan pada Dr.Azizan. Dia 'pm' je pun..Saya pun sebenarnya tak tahu dia buat surat tu.

Surat tersebut suami saya buat betul-betul untuk menghargai dan berterima kasih di atas ilmu yang diajar Dr.Azizan.Tak ada niat lain selain ingin menggembirakan dan menghargai guru, bahawa dengan ilmu yang diajarnya lah kami dapat capai ke tahap yang macam ni.

U all buat tak?..Saya tahu ada yang buat.Tapi...ramai yang belum buat.U tahu tak, betapa bestnya perasaan guru kalau dia tahu perkembangan positif anak muridnya?..Boleh nangisss beb.

Saya selalu tekankan bab ni pada para pengedar saya.Walau sedikit mana pun perkembangan, u tetap kena update guru.Sekali tu saya terjumpa student lama.Saya tanya dia, u pernah tulis surat penghargaan pada Dr.Azizan tak? Dia kata tak pernah sebab dia belum berjaya.

Saya tanya dia,takkan tak ada langsung walau secalit perubahan pada diri u lepas attend program Doc?..Tiba-tiba dia kata ada pulak...Dia dah tak suka marah-marah macam dulu.

Hah,itu bukan perubahan ke?.. Jangan ingat Doc pun nak dengar yang bisnes naik 200% atau 300 % je...Yang naik 10% pun konfem Doc dah rasa happy!... Konfem dia akan mendoakan lebih lagi untuk u!...

Start daripada situ je dulu...Sebelum nak dapat doa dan redha guru, kitalah yang kena pandai gembirakan guru kita dulu..Bagi je sebanyak-banyak apa saja yang kita boleh, yang kita mampu, insyaallah guru akan ingat pada kita.Tapi, nak bagi tu....kena ikhlas seikhlas-ikhlasnya.Itu kita saja yang tahu.

Tapi bila nak bagi surat penghargaan contohnya, jangan ada niat supaya Doc jadikan testimonial pulak.Bukan itu aim kita...yang penting niat untuk gembirakan dan nak menghargai guru sahaja!..Tak lebih dari itu!!..Itu baru lah ikhlas!..

Cerita u pulak nanti, jangan letak fakta yang salah!..Jangan menipu untuk dapat perhatian!...Kalau yang nak perhatian, pasti akan dapat perhatian.Tapi sekejap je lah!...

Pastu satu lagi sebelum saya lupa...bila dah berjaya pulak, terus lupakan guru!..Ye lah dah sibuk buat juta-juta!.. Guru pun dah tak ingat dah...Bukanlah suruh pegi kelas memanjang..tapi, pegi lah jumpa Doc kalau dah tahu kat mana guru kita buat seminar.Support lah dia, tunjuk muka, sekejap pun tak apa...Takkan itu pun tak boleh buat?...

Okaylah, panjang giler dah leteran pagi ini...ni baru pasal nak happykan guru..belum masuk bab guru yang lain lagi..hihihi...

Okaylah uolsss, lain kali kita sambung lagi kay...take care dan salam sayang :))

♡ Jom kita beristighfar dan berselawat.



No comments:

Post a Comment