Thursday, March 20, 2014

From gold coast to kuala lumpur...Penat tapi puas

Ni adalah peristiwa sebulan lepas...huhuu macam biasa la...sal buat pekasam dulu kasi sedap sikit bila makan ;)

Entry ni adalah peristiwa hari di mana sal balik semula ke Malaysia lepas 5 hari trip ke gold coast Australia bersama adik beradik top leaders circle yang lain.

Penat tak terkata sebenenar nye bila 8 jam perjalan dari brisbane queensland ke singapore. Kami subuh di Changi Airport then terus naik Silk Air pulak untuk ke KLIA. 

Sampai KLIA dalam pukul 8 pagi. And husband dengan damia danisha dah standmy ada kat balai ketibaan. Macam biasa la perkara paling utama yang sal akan buat bila sampai je kat KLIA jalan laju-laju then gi amik luggage pas tu terus serbu masuk kete hug n kiss anak-anak...tak kiss suami tak pe lagi...hahahha...tak kiss anak tu tak complete je rasa nye.

Ya Allah memang jet leg la kan. Dari KLIA terus balik rumah dulu. Mandi then tido kejap sebab tengahari dah janji nak jumpa client kat depan hospital sungai buloh. Kalau ikutkan malas, memang nak je sal tido sampai siang esok..Tapi rezeki pun sure akan malas-malas la nak masuk sebab kita sendiri yang relakan aura malas tu melekat pada diri sendiri.

Ok la bila dapat tido dalam 3 jam...lepas tu bangun mengejut sebab dah lambat untuk appointment coz sal memang tak suka kalau orang yang kena tunggu sal sebab sal sendiri tak suka kalau kena tunggu orang yang dari awal kita dah janji untuk jumpa.



Baru sampai KLIA 8.21 AM

Macam yang sal kata, penat memang penat..lunyai jap rasa badan dengan nak jumpa client then pergi makan, lepas pergi makan bawa pulak anak-anak pegi playground..Nak bagi diorang happy punye pasal lepas 5 hari tak nampak mama..Tapi puas rasa bila tengok muka happy anak-anak. Tak pe la penat sekejap je pun...balik nanti recharge la badan dengan tilam kuat @ sleepmate biovelocity ;)



Tempat favret kami anak beranak untuk makan tengahari adalah kat sini...Restoran ayam kampung dekat kota damansara. Restoren yang tak pernah tak ramai orang. Restoren yang pernah masuk jalan-jalan cari makan ni memang sentiasa jadi tumpuan penggemar masakan kampung yang lazat dengan harga yang agak berpatutan.

 
Sampai menjilat jari danisha makan ;)

Kat gold coast hari-hari makan ikan so balik KL ni sal makan puas-puas 3 ketul ayam kampung ni sorang je..hahaha..sal memang makan banyak kalau masakan tu kena dengan tekak.


Desa park city jom...jalan-jalan jap...mama rindu nak keluar dengan korang.

 







Cinta hati mama ;)

 
 Danish pening dah lepas main buaian pusing ;)


Dah jom balik...mama tak larat dah nak pusing kan korang lagi...


Hahaha mama yang over bila bau durian yang segar ni menusuk ke hidung...Jom layan durian crepe sambil teman husband drive kat sebelah. En halmie dia tak suka durian, so selamat la sal makan lebih sket crepe ni ;)

Sedap tau durian crepe ni. Besar, gebu, segar dari ladang.
Berebut pulak bila makan dengan triple D dalam kereta. Next time mesti nak kena beli dua ke tiga pack terus sebab memang isi durian crepe ni sangat lahhhh sedap!

Uol yang ada kat area kota damansara tu, selain boleh singgah makan nasi ayam kampung kat jalan cecawi ni, boleh jugak la try durian crepe sedap subang bestari ni.

No comments:

Post a Comment