Monday, January 20, 2014

susah dulu sebelum senang




Bersusah-susah dahulu
bersenang-senang kemudian...

biasa dengar kan ungkapan tu?
memang tak mungkin ada jalan pintas yang mudah dan senang untuk kita capai nikmat keselesaan.
sedangkan kita tahu mujahadah untuk tempah tiket ke syurga tu tak sentiasa mudah dan indah, namun dari kesukaran yang ada disebalik ujian Allah tu pasti terselit hikmahNYA.

Biasa jugak sal dengar,
"alaaaa...kak sal tu boleh la bla bla bla sebab dia dah nak CDM dah"
"alaaaa...kak sal tu boleh la bla bla bla sebab dia punye blog dah ada kat 1st page google"
"alaaaaa...kak sal tu boleh la senang je jual pb sebab dia memang ratu pb pun"
"alaaaaaa...kak sal tu boleh la nak bergerak ke mana pun sebab dia ada duit yang cukup nak ke hulu hilir dan ada suami yang selalu follow dia ke mana je pergi"
dan macam-macam lagi la...

Thank you so much sebab selalu doakan sal ni BOLEHHHH la!!!
In shaa Allah semua orang mampu untuk BOLEH lakukan apa yang dia tak pernah rasa yang dia ada potensi untuk lakukan perkara tersebut sebelum ni.

Tapi kan....cuba fikir balik....
sebelum sal dapat apa yang ada hari ni (alhamdulillah walau tak semewah mana) pengorbanan perlu di bayar terlebih dahulu. Ujian demi ujian datang tanpa di undang dan hingga sekarang pun ujian dan hentaman tak putus-putus bertandang. Memang tak mungkin ada jalan pintas untuk jadi senang. Kita akan terus di takuk yang sama kalau kita cepat putus asa, cepat berserah pasrah pada halangan yang ada, cepat menunding jari di setiap kegagalan yang kita temui, cepat marah, cepat bosan, cepat merajuk, cepat terasa sampaikan diri sendiri susah nak MERASA!!!

Alhamdulillah
sal sendiri tak pernah terfikir yang sal mampu ada network yang makin berkembang di seluruh Malaysia!

Sal sendiri tak pernah terfikir yang sal mampu untuk kalis kritikan walau setajam mana tanggapan mulut biawak manusia di luar sana sekalipun!

sal sendiri tak pernah terfikir yang sal mampu untuk bertahan dan in shaa Allah terus kekal bertahan untuk baiki segala kekurangan.

Sebab.......kita adalah apa yang kita fikirkan, dan hasil yang kita perolehi hari ni, detik ni, adalah hasil dari apa yang telah kita kerjakan di hari sebelumnye. Jika baik resultnye, maka baik la tindakkan kita sebelumnye...Jika masih di tahap yang tak mententeramkan jiwa, maka cepat-cepat lah istighfar dan berdoa semoga dapat diperbaiki segala kelemahan yang ada.

Bukan mudah untuk senang...bukan mudah untuk bermujahadah kerana liku-liku nye tak sentiasa indah. Sebelum dapat kesenangan demi kesenangan, sal dah lalui detik-detik yang sangat menyukarkan terlebih dulu. Nak diceritakan kat sini pun, mungkin uol tak sepenuhnye faham sebab hanya yang melalui cabaran yang hampir serupa dengan jalan yang sal lalui ni je akan faham kenapa sal masih terus bertahan hingga ke hari ni dan in shaa Allah akan terus kekal bertahan untuk hari yang seterusnye.

contoh di permulaan bisnez,
sal bermula dengan keadaan ekonomi diri dan keluarga yang sangat kritikal!
Suami sampai menitiskan air mata setiap kali kenangkan apa cara nye untuk kami keluar dari bebanan hutang yang makin membelenggu...dan apa cara nye untuk kami tingkatkan ekonomi keluarga memandangkan keluarga makin membesar. Sebab kemiskinan dan kesusahan hidup kita yang lampau bukan untuk diwarisi, tapi tiba masa nye untuk kita baiki dan tingkatkan productiviti...selain productive menambah umat, productive dalam menambahkan ekonomi keluarga memang sangat perlu! ;)

Permulaan bisnez sal kalau nak dikongsikan, bagi diri sal sendiri memang menyayat hati dan menginsafkan diri sendiri bila mana kami bermula dengan keadaan kais pagi makan pagi...makna nye, bila ada dua ringgit dalam poket untuk sehari tu pun dah rasa bertuah sangat walau terpaksa telan air liur bila tengok orang lain makan sedap-sedap dan boleh beli apa yang diorg nak ikut suka...sampaikan bila jumpa duit syiling terselit-selit kat bawah katil ke or bawah kerusi walau sepuluh sen pun, kami dah rasa bersyukur sangat sebab untuk dapatkan sehari sepuluh ringgit pun agak sukar pada waktu tu.

sayu hati bila kenangkan diri sendiri yang memang nak kan segala yang terbaik especially untuk anak-anak sampai kan dari segala keperluan anak-anak macam pampers, susu, pakaian dan persekolahan anak, sal nak bagi yang terbaik...bila beli susu dan pampers mesti nak yang terbaik...nak beli baju, mesti nak yang terbaik, nak masukkan diorang ke pre school of coz lah nak yang terbaik...dan sedia maklumla kalau nak yang terbaik ni memang poket pun kena lah yang terbaik kan......tapiiiii....ni la dia lumrah manusia, sentiasa nak yang terbaik tanpa ukur kemampuan sendiri.

Ego!!!!!
ego tak bertempat tu lumrah manusia.
Ego manusia hanya akan jatuh bila diri sendiri dah tak boleh nak toleh ke kanan, ke kiri, ke depan atau kebelakang lagi bila crisis ekonomi yang diri sendiri cipta dah tak boleh nak diatasi.

Benda ni la terjadi pada sal...selagi tak terhantuk kat dinding, selagi tu tak de kesedaran untuk berubah..ye lahhh..konon nye SELESA dah dengan life aku sekarang! (dulu punye cerita)

selesa lah sangat sampaikan kereta suami berapa kali kena tarik sampai dia terpaksa balik menumpang orang..sampaikan nak repair kereta pun meminjam duit orang, susu n pampers anak pulak orang lain yang tolong sponsorkan, sampaikan nak bayar sewa rumah pun tak boleh nak hulur on time...duit belanja untuk ibu ayah lagi lah jangan cakap...memang tu list paling hujung!

Ya ALLAH bila ingat balik sebahagian kenangan sebelum dan di awal permulaan bisnez ni, sal rasa sebak sangat sebab memang tak senang lah untuk nak jadi senang ni!!!!!!
Perlu bayar harga pengorbanan dulu untuk capai ke tahap selesa macam sekarang ni. Kena selalu kuatkan diri untuk tak jadi kufur dengan nikmat dugaan yang Allah berikan. Sebab sebelum Allah bagi kesenangan, memang DIA akan bagi dugaan demi dugaan! Dugaan yang diberikan pulak, YAKINLAH memang dugaan yang kita mampu untuk amik, belajar dan baiki diri dan bukan lah dugaan yang Allah beri tu adalah untuk kita sesuka hati menunding jari!!! selfish nama nye manusia macam ni. Waktu di duga, waktu kecewa, waktu rasa terhina adalah waktu paling baik untuk kita muhasabah diri sendiri dari busy untuk lihat kukurangan peribadi pihak lain.


Alhamdulillah...praise to Allah atas segala dugaan susah yang diberikan beberapa tahun dulu. Doa dan keyakinan untuk keluar dari masalah yang membelenggu kehidupan ni memang nak kena seiring...kena sentiasa positifkan diri dengan segala ujian dan cabaran yang di beri. Sebab orang yang Allah kasihi je yang akan terima ujian bertubi-tubi untuk diri kita muhasabah segala kekurangan diri sendiri.




No comments:

Post a Comment