Tuesday, January 7, 2014

Private event with Hijabista Magazine dan XALF

28 DECEMBER 2013
Saturday
Bangsar Village II

Bersama 20 orang dari family top leaders circle ke majlis khas TLC bersama hijabista dan XALF...Hijabista sure uol tau kot, magazine number 1 kat malaysia sekarang ni and XALF ni pereka kasut profesional yang mana diorang akan buat kasut secara manual dan akan mengambil ukuran kaki pelanggan tu sendiri so memang  kita akan selesa bila menyarungkan kasut yang sesuai dengan ukuran kaki sendiri kan ;)

Tema private event hijabista xalf ni adalah colorful urban.
Punya la kusut memikirkan apakah colorful urban??? hahaa almaklum la orang tak pandai berfesyen ni memang tak faham apa tu urban...tapi tak pe, kita cuba je mix and match kan asalkan tema warna warni tu tetap ada.

Cuti hari christmas tu sal ajak husband pergi cari jap baju kat one utama...
so terus cari map nak ke forever 21 dan h&m je...kat forever 21 dapat la belt besar tu sebab dyna kat lawa kalau pakai belt macam salha. Cuma nak beli belt macam kak salha memang tak tercapai akal ku la buat masa ni kan...lepas dapat sambar belt, terus ke h&m pulak untuk cari top yang boleh match kan dengan belt. Dyna memang i punye perunding imej terbaik! Dyna cakap kalau nak secure better pilih baju hitam so senang nak match dengan apa pun. Dan alhamdulillah dapat la sehelai tophitam dari h&m yang sangat selesa ni. Sesuai untuk orang yang "rajin" menggosok macam sal sebab kalau tak iron pun tak perasan sangat dia punye keduts tu.

Dyna salleh tq so much sebab sentiasa bagi idea kat i untuk dress up dengan penuh sopan...love u!

Kasut tu memang dah beli masa pakej gold coast dulu sebab konon nye en hubby belikan untuk sal pakai masa ke gold coast nanti. Nasib la ada awak en kasut...sangat selesa pakai kasut c&k ni. 

And shawl pulak, nasib la jumpa shawl colorful ni kat al-hajra seksyen 7 shah alam. Kebetulan masa tu ada date dengan liyana tahar kat area butik tu. After that termasuk kedai tu then amik la satu untuk sal pakai kat event ni nanti.

Alhamdulillah senang nye nak bergaya sopan dengan kos yang sangat minima.


Sepanjang event TLC sista enjoy sangat dengan penerangan detailsa dari xalf tentang teknit pembuatan kasut. Dan sambil minum petang dari botanic garden bansgar village ni, kitorg menjawab soalan dari hijabista mag dan siap kena lukis gambar kasut lagi. Yang pasti lukisan sal adalah yang paling tak comel.

Tak sangka kak salha ada bakat melukis terpendam ;)
sebab sal duduk dekat sebelah kak salha so tau la macam mana dia design kasut di hari tu...hehee..kiut.


Thank u so much suzie from hijabista and xalf atas undangan khas buat top leaders circle.

with ratu bbplus collagen...dewi nurhayati!
kenapa u gebuuuuuu sangat ni dewi....!!!!!


With managing editor hijabista magazine...suzie!!!
Thanks suzie atas jemputan ke majlis yang sangat berwarna warni ni.



vespa ni kiut

so jom suruh en husband bawa jalan-jalan ronda satu KL ;)

Damia n danisha pun tak nak ketinggalan jugak.
Mana ada mama, kat situ lah ada diorg ni. sebab tu enjoy sangat buat bisnez dengan top leaders circle ni. Anak-anak sentiasa boleh follow n diorg pun enjoy untuk follow ke mana mama pergi.


Nampak slim lah pulak kan bila pakai serba hitam ni.
Kalau nak the real slim, kena la selalu pakai serba hitam si premium beautiful. Sure kejap je solid!!!


Jom balik...kita continue ke curve pulak lepas ni.


Alhamdulillah...indahnye hidup bila kita tahu mensyukuri segala nikmat samada nikmat kesusahan atau nikmat kesenangan yang Allah berikan sementara buat kita. Segala apa yang kita miliki hari ni adalah dari izin Allah...SegalaNya milik DIA..Apa yang kita ada hasil usaha kita adalah datang dari DIA. Syukur alhamdulillah bila satu demi satu nikmat Allah mula beri buat kami semua.
Dan perlu ingat, bila nikmat kesusahan datang menyinggah pada diri kita, anggap je ianye hanya sementara sebab Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik lagi buat kita dan Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita bila diuji dengan nikmat kesukaran yang tak pernah putus hingga kita putus nyawa. Sebab nikmat syurga tu terlalu indah sekiranye kita mampu tempuh dugaan dengan penuh kesabaran.



No comments:

Post a Comment