Thursday, January 16, 2014

Back to school...bila damia mula ke sekolah darjah satu

Back to school!!!
Yess cabaran kembali ke sekolah.
Tapi kali ni bukan ke genius aulad lagi.
Tapi masuk tahun satu ni damia dah ke sekolah yang lain dari yang biasa dia pergi setiap hari selama tiga tahun berturut-turut dulu tu.

2 Januari 2014 bermula lah cabaran buat mama dan ayah sebagi supermak dan superpak...hahaa..dari tak biasa bangun sebelum subuh tapi sekarang ni memang nak kena biasakan diri untuk bangun seawal jam 5 pagi.

Tak pe la sebab benda yang tak biasa buat, tapi bila kita dah mula biasa-biasakan, lama-lama in shaa Allah mesti tak jadi masalah lagi. Cabaran bila anak mula bersekolah rendah memang still baru buat sal. Dengan nak handle danisha n baby danish lagi, dengan anak-anak business lagi, dengan tugasan kerja hakiki...but alhamdulillah i have a strong support dari en hubby yang tak pernah jemu membantu.

Hari pertama di sekolah kebangsaan Desa Amanpuri.
Alhamdulillah damia enjoy sangat datang ke sekolah.
1st kan...ramai kawan thats y la tersangat lah happy.
Mode budak-budak yang baru melangkah ke alam persekolahan ni bukan nye boleh jangka so hopefully damia tak de rasa down setiap kali sampai ke sekolah.Mesti nak kena semangat dan posotif selalu ye untuk serap ilmu yang di beri.


 Perhimpunan bermula.
Lama nye mama tak merasa suasana perhimpunan.

Kalau 23 tahun lepas, hari pertama perhimpunan sal adalah di perkarangan pintu utama sekolah kebangsaan taman midah cheras...HUWAAA...memang sal sangat tak suka pergi sekolah masa darjah satu. Dah la kena sekolah petang pulak tu kan. Tak suka sekolah petang...tak suka...tak suka..hahaha boleh tak jangan ngada-ngada...

Alhamdulillah damia dapat sesi pagi. Dan kalau request nak sesi petang pun memang takkan dapat lah kan sebab sekolah kebangsaan desa amanpuri ni ada satu sesi je coz student dia tak ramai.

Masa sal sekolah kat taman midah dulu, jumlah pelajar dia masha'allah..selautan manusia...berbelas-belas kelas ada.
Seronok nye bila ingat balik zaman permulaan bergelar pelajar. Nak-nak bila mula tahun satu. Dengan blur, manja, takut, malu, malas semua lah ada..hahahaa..so damia jangan follow mama ye..mama masa tahun satu memang penuh negetivity ;)

Insha Allah anak-anak mama akan membesar dengan penuh aura postif!!!



Doa


Duduk dulu sementara nak dengar ucapan dari tuan guru besar sekolah.


Damia lead kawan-kawan yang lain bersama cikgu untuk ke class.
Beg wajib PINK ok...kata nak macam mama ;D


 Alhamdulillah dapat duduk depan coz duduk depan adalah kesukaan mama. Dan damia pun nampak gaya sangat excited bila dapat duduk depan.



Selamat belajar sayang!
In shaa Allah segala ilmu yang ada nanti kongsikan sama-sama dengan sesiapa je.


List student 1Arif

Teringat pulak zaman belajar dulu sal selalu wakilkan pelajar lain untuk ucapkan "selamat" pada cikgu-cikgu yang mengajar...ketua kelas la katakan...dan sampai sekarang gelaran ketua kelas tu still melekat...hahaa ;D


Sementara tunggu damia punye waktu rehat, pergi beratur beli buku dulu.


Nampak tak...macam ni lah anak...dia punye botol air, dia suruh mama pulak yang pegang.


 So kena latih dia untuk jaga barang sendiri...
sebab tak selamanya mama boleh teman damia ke mana aje.


 1st day kat sekolah desa amanpuri ni sal rasa ok la suasana sekolah dia. Tak sesak sangat dengan pelajar.



 Waktu rehat.
saje je mula-mula tu tengok damia dari jauh. Apa yang dia nak beli..dan dia amik tak duit baki lepas buat bayaran. Nampak gayanye memang nak kena train lagi damia ni untuk tunggu duit balance atau pun, kami kena bagi dia duit kecik selalu supaya dia senang nk buat bayaran untuk dapatkan makanan.

Ikutkan sal lagi prefer dia tak beli apa pun kat kantin sekolah sebab keadaan kantik dan makanan yang disediakan pun kurang memuaskan. Memang kalau boleh setiap hari nak bekalkan dia something memandangkan damia pun bukan jenis makan sangat waktu rehat ni.




1st day ni damia terus rapat dengan yaya.
Dah macam lama kenal pulak maybe sebab yaya memang seorang yang mudah mesra.


Ada gaya guru tak?

Kalau nak berguru tentang business online, in shaa Allah boleh je belajar dengan sal ;)


 Habis sesi sekolah pukul 12.30 tu, balik rumah mertua, makan jap then ke stokis untuk punch barng n then last minute plan untuk jumpa anak business yang makin berdesup sorang ni...


 Bakal DSM Myra.
Seorang yang sangat bulat hati dan komited juga sentiasa menghormati dengan sesiapa saja yang ada bersama nye.


 Muka nampak serius kan masa personal coaching ni?
HARUS serius la sebab income yang kami dapat bukan income main-main kalau amik mudah dengan impian dan matlamat yang jelas depan mata. ;)

Sekian cabaran hari pertama sesi persekolahan, sempat lagi mama menyelit untuk business online mama. Then bersambung pulak tugsan sebagai isteri dan ibu bila sampai ke rumah..fuhhhh..i love my life! 





5 comments: