Thursday, December 26, 2013

Majlis Shah Alam Berselawat - Malam Gema Cinta Rasul

22 December 2013 (Ahad)
Majlis shah alam berselawat.

Alhamdulillah syukur sangat bila hajat nak sampai ke malam gema cinta rasul anjuran Anjuran Richwell (Pertubuhan Kebajikan & Rekreasi Richworks) ni dipermudahkan segalanya oleh Allah. Dari bersiap-siap nak keluar rumah, nak parking, sampaikan nak masuk ke stadium malawati shah alam ni segala-galanye mudah dan lancar walaupun kiri dan kanan usung tiga anak kecik yang nampak excited sama untuk berqasidah yahanana ;)


Belum masuk stadium lagi dah meresap aura positif yang ada pada malam gema cinta rasul ni. Dan bila masuk je perut stadium malawati, Masha'Allah........punye lah sepenuh-penuhnye umat Muhammad SAW membanjiri stadium ni. Hampir 20 ribu orang yang hadir untuk sama-sama mengingati rasul kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

Tersentuh hati bila tengok suasana stadium yang sangat harmoni macam ni. Tenang setenang tenangnye suasana dalam stadium sambil kami dialunkan qasidah dan selawat.


Tempat lelaki dan wanita dipisahkan, so mama duduk dengan damia n danisha. And danish duduk dengan en hubby...dah agak dah danish mesti suka punye bila dengar alunan qasidah yang ada kat majlis shah alam berselawat ni especially bila lagu yahanana didendangkan. Siap lentok and lena atas bahu en hubby.


Tak dapat nak cakap macam mana punye la enjoy nye kami bila dihiburkan dengan zikir dan selawat di sini. Terdetik dalam hati yang sememangnye hiburan berlandaskan islam tersangat-sangatlah indah, Tenang dan penuh kedamaian.


Kami duduk di zone A kat bahagian tingkat dua rasanye.
Duduk tepi stage ni...

Ohhhh really love islam.
Islam itu indah dan mudah. Tersangat indah bila dihayati sepenuh hati.

Praise to Allah yang memudahkan dan mengizinkan segalanye berjalan lancar dari kami pergi dan pulang dar majlis gema cinta rasul ni. In shaa Allah untuk next event nak bawa lagi damia danisha n danish hadir ke majlis hiburan islam macam ni.

Jom balik...!!!
Damia letih nak tolak dua orang adik dia yang sangat sihat dan semangat ;)


The best event ever!
We love Rasullullah...!
Masuk kereta sambung pasang cd habib syech assegaf pulak...beryahanana dalam kereta pulak la ;)


Thank you en hubby sayang....!!!
Orang yang sentiasa follow je anak dan isteri punye taste...tapi dalam follow-follow pun respect tetap ada. Coz jadi isteri ni syurga kat tapak kaki suami kan ;)

Lapar la pulak kan...
dan nak tengah-tengah malam ni mana lagi nak makan so kitorang singgah je la kat burger king shah alam ni. Makan sorang satu set whooper...huhuuu...abis la makin comel mama triple D ni nanti...tapi apa nak buat...i love to eat ant eat and eat... ;)





4 comments: