Friday, December 6, 2013

jalan-jalan cari makan pizza hut



Beriya je si gebu ni!
Danish ni kalau bab makan memang dia yang paling cepat skali. Pas tu mulut dia mula lah akan terkumat kamit nak telan makanan jugak.


Bulan november ni je dah 3 kali makan pizza.
Mula-mula dulu damia yang request nak pizza, tapi kali ni danisha pulak nak jugak makan pizza leleh yang baru tu. ;)


Alhamdulillah duhai anak!!!
Rezeki Allah maha luas untuk mama dan ayah bawa korang ke sini tanpa cakap banyak.

Kalau dulu ye, asal anak request nak makan itu, nak makan ini, nak beli itu, nak beli ini...mula la mama akan jadi incredible hulk...naik hangin tak tentu pasal bila anak-anak minta macam-macam. Sampaikan terpaksa bohong anak sebab nye...of coz la sebab tak de duit!!!!!!! Tak de lain dah, kalau tak de duit tak kan la nak belikan jugak apa yang diorang nak tu, kalau tak de duit tak kan la nak puaskan kehendak diorang untuk makan makanan yang sekali order boleh cecah more than RM60...???

Dah kata duit gaji mama yang ada dulu memang khas untuk komitment hutang je. Tak de langsung yang boleh digunakan untuk belanja dan melancong walau ke port dickson sekali pun! :')

Jangan kata nak makan pizza, nak bawa makan KFC n MCD pun mama kena tunggu gaji dulu baru berani bawa anak-anak makan kat luar. Kalau makan kat kedai-kedai tomyam pun mama akan pastikan kita semua order makanan yang paling murah yang ada kat kedai tu...contoh nye "nasi goreng kampung"

sebab nak kata jimat memang tak boleh jimat dah. Nak jimat apa bila komitment melebihi gaji yang ada??? Tapi Alhamdulillah...disebabkan komitment yang melampau, dan gaji yang dikategorikan miskin bandar ni lah yang buat kan mama n ayah mencari peluang supaya kesusahan kami selama 4 tahun yang lepas tak mungkin diwarisi oleh anak-anak pulak.

Biar kami jadi ibu dan ayah yang bersedia untuk simpanan diri sendiri dan simpanan anak-anak kami. Sebab dunia mereka lagi banyak cabaran...lagi banyak perbelanjaan...Jadi, jihad ekonomi perlu diteruskan.


My hubby pun pandai dah reply mesej client n amik order.... ;)
Berbaloi sangat sal korbankan masa dua tahun buat biz online ni secara part time...
Alhamdulillah dah hampir 4 bulan suami jadi full time businessman untuk support sal sepenuhnye dalam urusan bisnez ni. No more stress, no more kena marah, kena bebel, kena tengok muka tak mo senyum dia setiap pagi and setiap kali balik kerja ;)

Suami ni, pe'el diorang memang cam ni...asal stress je memang kita akan rasa susah sangat nak nampak muka suami senyum...maybe sebab stress melampau dengan bebanan kerja.

But now setiap pagi pun dia akan senyum je...and rela hati nak bantu urusan kerja rumah tanpa kita yang bebel kat dia...tq so much sayang...i love u till jannah in shaa Allah!


Danisha n Danish...geng yang serasi...!!!


Pantang leka...memang dia akan capai dan masuk terus dalam mulut.

ya Allah.......sedap tak terkata pizza chessy bites trio ni.
Patut la budak-budak ni suka sampai tak sampai seminggu tiga kali ulang pegi pizza.

Tapi tak boleh selalu ye....bahaya untuk kesihatan. ;)
So balik nanti kena minum garam buluh untuk detox badan lepas makan makanan hi cholestrol ni.


Mr papa melayan anak-anak makan ;)




No comments:

Post a Comment