Monday, December 30, 2013

Happy sunday at Aloft KL Sental with dyna salleh and family





Macam biasalah sal ni kisah yang dah dua tiga minggu baru nak update entry.
Ni kisah lepas hari workshop kami di top leaders circle centre. Hari minggu kami dihabiskan bersama di Aloft Hotel KL Sentral.

Dah kenapa nak holiday kat hutan bandar yang penuh bangunan ni kan?
Haaaa...sesekali santai hujung minggu kat tengah KL ni memang best. Sambil duduk tengok anak-anak mandi manda sambil ibu-ibu duduk berbual...Tak de keje lain dah, tak abis-abis cite tentang masa depan...adoii..bila la nak masuk bab gosip ni kan dyna...Gosip??? oh no no no...Alhamdulillah no more gosip bila duduk melepak dengan orang yang betul-betul nampak hala tuju je. 


Best nye view dari atas Aloft ni. Nampak clear bandaraya kuala lumpur. Padat sepadat-padatnye KL dengan bangunan pencakar langit.



"yuhuuu...jom join saya duduk-duduk dengan mama atas kerusi ni...saya takut air kolam, so saya diamkan diri je tengok kakak-kakak dan abang-abang mandi kat pool ni. Bila mama letak kaki saya aje pun saya dah meraung melalak macam orang kena pukul..." ;D



haPpy sangat lah tu damia ngan danisha ni bila dah jumpa kolam. Mandi la korang puas-puas ye.








En hubby rajin melayan diorang mandi ;)



Dyna n i melepak je tengok diorg syok berenang.
Rasa macam nak join tapi tak de mode pulak nak buat kuak lentang ngan kuak kupu-kupu hari ni...so duduk atas darat n layan order client je la sambil berbual dengan dyna.



Danish dengan mama.

Danish dengan mama angkat..hahah!


Danish dengan papa angkat dia.
Pantang kena pegang dengan uncle fen, mesti lelap punye!
i pun tak tau apa la en fen letak kat badan dia sampaikan danish suka sangat tidur kalau kena riba dengan uncle fen.






Ayah susuan..heheheh. ;)

Kan dah kata...lena!
Tak sedar apa dah lepas kena dodoi dengan uncle fen.









After makan kitorg jalan-jalan kejap bergambar kat area muzeum ni. Bayangkan, bertahun lama nye sal tak pernah jejak kaki ke muzeum negara ni, tapi boleh pulak kali ni orang melaka yang bawa kitorg tunjuk kan mana nak makan makanan sedap kat KL ni..haha thanks fendi n dyna. uol bab makan memang terbaik lah.!



3 comments: