Thursday, October 17, 2013

Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?

Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?


jawapan:

1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. 
Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur.

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? 
Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda positif. 

Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.

Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.

Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?

Mungkin di sini tejawab sedikit sebanyak tentang soalan 
"Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?"

Sama-sama kita renungkan dan muhasabah semula diri sendiri sebelum menunding jari pada orang lain.

credit to:
#DrAzizanOsman

No comments:

Post a Comment